bab 6

375 9 1
                                    

Cuti dah habis, so kena lah pergi u balik. Haishhh malasnya nak pergi. Nak jumpa budak-budak lain, nak jumpa prof, ha! En.Adi kan ada. Hehehehe ok yang itu aku rajin. Lagi, nak jumpa siapa lagi, haa jumpa pak cik siram pokok bunga, guard, mak cik kafe, Afiq.... Afiq, apa khabarlah dia sekarang. Mesti hidup dia dah bertambah gembira bila dah bertunang ni.

•••••••••••••••

"Hye Mia," Afia menegurku.

"Ehh, Afiq. Hye," aku berkata. Jantungku berdegup kencang. Lagi sekali aku kena lalui situasi macam ni.

"Dah lama tak jumpa Mia," Afiq berkata.

"Hmmmm," aku menjawab endah tak endah.

"Mia sihat?"

"Sihat. Dah lah, saya ada kerja lain,"aku mengemaskan barang-barangku dan berjalan pergi dari situ.

"Eh eh Mia, alah, kejap lah. Kenapa ni?" Afiq berkata dan cuba untuk menarik tanganku. Tetapi aku berjaya menarik tanganku dari dipegang oleh Afiq. Aku dengan laju berjalan ke kelasku. Namun, Afiq masih lagi tekad mahu menahanku. Hish budak ni. Karang sia sia je kena hempuk dengan buku-buku aku ni.

"Mia!" Afiq memegang lenganku dengan erat sekali. Kali ini, aku tidak dapat meloloskan diri lagi.

"Kau nak apa ha?!" aku menjadi marah dengan sikapnya yang memaksa.

"Tunggu lah kejap, hari tu masa hari saya bertunang, kenapa awak macam tak ada mood je? Saya nak cakap dengan awak pun jadi takut tau," Afiq cuba memujuk.

'Aku tak boleh jatuh cinta balik dengan Afiq, dia tunangan orang. Jangan buat yang bukan-bukan Mia. Kawal diri tu'

"Tak ada mood sebab tak ada mood lah," aku berkata dan berjalan kembali.

Dan sekali lagi tanganku direntap oleh Afiq.

"Mia! Kenapa ni? Please tell me," Afiq masih lagi merayu.

"Sayang!" Hani memanggil Afiq.

'What the hell is she doing here?' aku berteka teki didalam hati.

Afiq yang sedang memegang tanganku tadi, terus melepaskan pegangan.

"Ehh sayang, you buat apa dekat sini?" Afiq bertanya.

"I kan belajar dekat sini. You tak ingat ehh?" Hani menjawab manja.

Welkkkk nak muntah aku tengok free show ni. Aku yang malas nak berdiri dekat sini lama-lama pun melaingkan badanku untuk berjalan kembali.

Tetapi sekali lagi aku ditahan. Bukan Afiq yang menahan aku, tetapi kali ini, Hani yang menahanku.

Haishh! Tahu lah aku ni popular, tapi tak payah lah nak kacau. Aku nak masuk kelas kot. Lepas dah habis kelas nanti baru lah boleh nak autograph ke, ambil gambar ke, ni orang nak masuk kelas.

"Ehh awak ni Mia kan? Bi ni lah kawan you yang you cakap tu eh?" Hani berkata dan menanya Afiq.

"Errr a'ah. Ni lah dia," Afiq membalas.

"Ohh. Hye, saya Hani. Tunang kepada Afiq. Saya pasti, awak tahu kan?" Hani bertanya.

"Hmmm," aku menjawab. Kemudian aku terus berjalan ke arah kelas. Yes! Kali ini, tiada yang menghalang. Boleh lah aku berjalan dengan tenang. Dari jauh aku dapat mendengar Hani merungut oleh kerana aku terus berjalan meninggalkan mereka. Muahahahaha! Padan muka kau!!

▥▥▥▥▥▥▥▥▥

'kring kring kring kring'

"Hello?"

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now