Estadio Part 4: Gergasi Tidur

218 12 1
                                    

Pengembaraan seterusnya kita tak pergi jauh. Selepas Stadium Merdeka, kita pergi ke stadium yang dekat juga, iaitu di Shah Alam. Yup, Stadium bagi pasukan Selangor yang mendapat jolokan sebagai Red Giant.

Tak payah cerita, ramai tau pasukan Selangor adalah pasukan paling berjaya di Malaysia. Belum ada mana mana pasukan mampu lawan kejayaan pasukan Selangor ni. Majoriti pasukan pasti cemburu tengok jumlah pingat pasukan Selangor ni. Malangnya, semua tu di masa lampau. Sekarang pasukan Selangor belum dapat nak angkat Piala.

Tak nak cerita pasal pasukan sebab itu semua orang dah tau. Ini nak cerita pasal Stadium Shah Alam. Stadium Shah Alam ni unik. Kalau kau datang dan kau support Selangor, patutnya kau boleh rasa aura kejayaan lampau pasukan Selangor. Stadium ini memang besar, sebab tu kalau rasa Stadium Bukit Jalil besar sangat atau tengah renovate, Stadium Shah Alam yang dipilih jadi venue. Tak kiralah perlawanan Malaysia, final piala atau sekadar game sarkis.

Terletak di tengah tengah kota Shah Alam, menjadikan Stadium Shah Alam ni umpama eksklusif untuk orang Shah Alam. Parking cukup luas, keliling ada kedai makan dan juga Giant. Sesuailah dengan Red Giant. Stadium Shah Alam kalau penuh, memang power. Bayangkan lautan merah kuning di Stadium Shah Alam, memang boleh buat pemain pasukan lawan cuak. Aku sering ke Stadium ni untuk game Malaysia dan pernah juga saja saja tengok match Selangor sebab ramai member di Shah Alam.

Satu benda yang menarik tapi sedih pasal Stadium Shah Alam adalah muziumnya. Ya, Stadium Shah Alam ada satu bahagian yang menunjukkan kejayaan lampau pasukan Selangor. Malangnya ia tidak dijaga rapi. Sepatutnya pengurusan Stadium kena ambik kira benda ni. Berapa banyak team di Malaysia yang ada piala sebanyak Selangor? Dengan adanya muzium mini ini, mungkin Stadium Shah Alam boleh jadi tarikan pelancong seperti di luar negara? Bahkan,Selangor pernah ada pemain pemain bertaraf lagenda seperti Mokhtar Dahari! Sayang betul benda macam ni diorang tak ambik kisah. 

Di Stadium Shah Alam, suasananya meriah. Gerai gerai jualan bersepah. Jual air, jual jersi, jual topeng. Tapi di Stadium Shah Alam ada karakter menarik. Nama dia Medan, cari orang pakai baju macam bendera Selangor dan selalu jual mafla. Dia juga selalu ada di game Malaysia kat Bukit Jalil. Tak taulah dia ni siapa dan kenapa begitu, tapi itu karakter menarik di Stadium Shah Alam. 

Stadium Shah Alam di zaman kemuncak, orang dari belah Kuala Selangor sana pun sanggup turun untuk tengok. Zaman Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy memang Stadium Shah Alam ni gah. Sekarang dah kurang sikit sambutan. Nak penuhkan stadium kena sampai ke peringkat separuh akhir piala atau perlawanan tertentu liga. Serious cakap, penyokong Selangor kalau penuhkan stadium memang Stadium Shah Alam ni nampak macam Gergasi. Penuh merah kuning, rasa garang. 

Kepada penyokong Selangor,kajilah balik kejayaan pasukan anda. Korang beruntung ada pasukan bertaraf lagenda. Mungkin pengurusan sedikit bangang, tapi cubalah turun ke perlawanan Selangor. Selangor main power sebenarnya. Korang cuba sama sama wujudkan kembali aura garang merah kuning itu. Dah sampai masa gergasi bangkit dari tidur.

"The fans should not only recognise us by our black and yellow jerseys. Even if we play in red, everyone in the stadium should think, 'Whoa, that can only beBVB'. - Jurgen Klopp 

estádioWhere stories live. Discover now