Estadio Part 6: Dari KL ke Yangon

49 2 1
                                    



Aku sayangkan Harimau Malaysia. Aku memang suka pergi ke stadium menyokong Malaysia jika ada perlawanan. Namun, aku tidak punya semangat dan kegilaan yang cukup untuk menghabiskan wang banyak untuk pergi ke luar negara dan menyokong Malaysia. Dari dulu aku hanya melihat mereka beraksi di kaca TV kalau mereka bermain di tempat lawan.

Sebelum ni aku pernah pergi ke Rajamangala. Korang boleh refer cerita aku  kat estadio part 5 pasal Bangkok. Itu tak dikira sebab aku pergi ditaja. Feel dia best, tapi tak sebest yang trip kali ni.

Segalanya bermula pada suatu malam. Melihat pada jadual perlawanan Malaysia dan kerja, aku mula berfikir sama ada aku patut ke Yangon atau tidak. Dalam banyak-banyak negara di Asean, Myanmar adalah satu-satunya negara yang sedikit asing bagi aku. Tidak banyak yang aku tau mengenai Myanmar selain mungkin Wilayah Bagan yang terkenal dengan pemandangan cantik dan Pagodanya.

Malam itu aku mula mengkaji mengenai Yangon. Ada rasa was-was dalam diri. Ditambah pula aku bakal pergi sorang-sorang. Buka google. Buka laman web air asia. Buka twitter. Tanya orang. Tutup semula semua tab. Berulang kali aku buat semua tu. Tengok duit dalam akaun bank. Aku geleng kepala. "Duit tu banyak benda lagi aku buat," fikir aku masa tu. Beberapa minit kemudian, aku dapat text mengatakan gaji sudah dimasukkan ke akaun. "Fuck it, i'm going to Yangon".

Selesai beli tiket ke Yangon, aku hubungi kawan aku, Ahmad Boii yang akan pergi ke sana. Tapi dia ni lagi hardcore. Dia and group Ultras Malaya pergi dari first game. Aku pulak, sebab tuntutan kerja, kena lah pilih satu game je. Dan aku pilih untuk pergi game paling penting dan lawan tuan rumah, Myanmar. 

Kenapa aku pilih lawan Myanmar? Sebab kalau bertandang tempat orang, baik tengok yang lawan team tuan rumah. Baru rasa rivalry dia dan macam mana penyokong tuan rumah. Kalau tengok lawan team lain, konfirm stadium tak berapa penuh dan tak feel sangat kehangatan dia.

Seterusnya untuk visa. Ya, untuk ke Myanmar kita perlukan visa walaupun Myanmar berada dalam rantau Asia Tenggara sama seperti kita. Tak susah pun nak buat visa ke Myanmar. Pergi ke sebuah syarikat yang terletak di atas Burger King Masjid Jamek, bawa salinan passport, gambar berukuran passport dua keeping, salinan tiket penerbangan dan booking hotel, bayar RM143 dan visa anda akan siap pada hari yang sama (jika anda pergi sebelum waktu makan tengahari).

Cuma sebenarnya masa aku pergi buat visa tu ada masalah sikit. Sebab masa awal-awal aku baca kat blog dan tanya member, tak perlu pun salinan tiket flight dan booking hotel. So, aku tak bawa semua tu. Sekali pergi, orang kaunter tu kata baru hari tu kena. Menggelabah aku. Mana nak cari tempat print area Masjid Jamek tu. Sekali dia kata takpe, boleh email ke diorang and diorang printkan. Tapi kena bayar and agak mahal. Celaka buat duit company ni. Dahlah caj servis untuk visa dah ambik. 

Aku yang malas pun email jelah. Cuma satu lagi masalah aku. Sebab kat sana aku duduk satu guest house. And booking dia just macam berbalas email macam member. Mana ada resit ke apa macam pakai booking.com, agoda semua. Aku pun tanya orang kat kaunter, dia kata kalau guest house atau home stay just print je email yang dia balas tu. Visa settle.

Dua hari sebelum aku berangkat ke Yangon, mula kecoh isu Malaysia akan tarik diri kerana isu keganasan di Wilayah Rakhine dan pembunuhan etnik Rohingya.  Masa tu pulak kerajaan Malaysia dah didesak oleh para netizen untuk tarik diri and diorang akan bermesyuarat pada hari Jumaat, which is the day aku ke sana. Aku terfikir: "Semua dah bayar ni. Janganlah tarik diri. Ada trip ni aku jalan-jalan je nanti."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
estádioWhere stories live. Discover now