Estadio Part 5: Kubu Gajah Perang

215 13 1
                                    

Tak, ni bukan cerita pasal Stadium Darul Makmur. Tapi kali ni aku nak cerita pasal game bertaraf internasional. Okay, tak adalah tahap internasional sangat. Satu kisah pengembaraan demi bola sepak dan negara ke negara Asia Tenggara.


Secara jujurnya aku bukanlah fan gila yang sanggup keluarkan duit untuk tengok bola sampai ke luar negara. Maksud tengok bola sampai ke luar negara ni bukan pergi tengok MU kat Old Trafford atau Liverpool di Anfield. Tapi ini tengok pasukan kesayangan yang dekat di hati kita, tanah tumpah darah kita di luar negara. Ini cerita aku ke Thailand untuk tengok Final Piala AFF Suzuki 2014.

Seperti yang ramai tau, Malaysia kalah dengan Vietnam di Shah Alam. Kalau tak tau pasal game, korang mesti tau pasal insiden fan Vietnam kena pukul. Itu first leg. Second leg, kita bertandang ke Vietnam. Aku ni tak adalah berduit sangat, so aku tengok kat kedai dengan kawan kawan je. Menuju ke game tu, aku baca juga kat twitter, ada penyokong terutamanya Ultras Malaya yang ke Vietnam. Dalam hati, aku cemburu juga. Cemburu sebab aku tak segila itu. Aku terfikir, macam mana agaknya perasaan pergi away game Malaysia.

Sambil tengok game tu, aku dah terfikir, kalau Malaysia mampu menang dan pergi final adakah aku nak ke Bangkok? Nak pergi Bangkok bukan murah. Aku pernah ke Bangkok sekali, tapi itu pun sebab songkran. Songkran tu apa? korang baca nanti kat karya aku lagi satu tu. Aku cerita detail nanti apa benda tu. Balik semula ke cerita bola. Aku dah berkira kira dan tanya member member berapa tambang untuk ke Bangkok. Ada yang suggest naik keretapi, ada suggest sewa bas pergi ramai ramai. Aku tau, ramai cerita lebat je. Kah Kah Kah. Paling logik untuk budget aku masa tu adalah keretapi, tapi masalah cuti pula kacau. Cuti tahunan dahlah tak banyak. Masin mulut aku, Malaysia menang. Ah, sudah. Aku kalau dah fikir nak pergi, kena pergi. Kalau tak, menyesal tak sudah.

Aku pun tanya member member yang rajin ke Bangkok. Diorang kata naik keretapi pergi Hatyai. Lepas tu naik train dari situ ke Bangkok pula. Game dahlah weekdays. Adoi. Lagipun kalau ke hatyai aku takut aku tak tengok bola pula. Kacau ni. Aku fikir masak masak. Aku dah mula give up. Aku tengok tiket flight. Mahal. Last sekali aku buat keputusan tunggu game 2nd leg kat Malaysia je sebab cuti tak banyak dan budget tak ada.

Rezeki. itu je yang mampu aku cakap. Masa tu aku tengah hantar bini aku pergi OU sebab ada meeting sana. Aku pun tak tau kenapa orang meeting kat shopping complex. Dalam perjalanan ke sana, member aku Fred cakap dalam whatsapp group yang Tony Fernandes ada buat contest kat twitter. Hadiah dia? Tiket flight, penginapan dan tike perlawanan tengok Malaysia vs Thailand di Stadium Rajamangala. Syarat dia, hantar gambar atau selfie dengan jersi Malaysia. Bini aku suruh aku singgah Nike OU, pakai jersi baru kat sana dan snap gambar. Aku punya tak menyabar, aku hantar je gambar masa tengok game lawan Vietnam sambil drive tu. Aku tak sanggup nak tunggu pergi Nike, cari baju semua tu. Contest macam ni kena cepat, aku fikir. Tekan tweet dan teruskan perjalanan. Aku just doa ada rezeki. Kalau tak ada, aku tak rugi, at least aku cuba.

Aku drop bini aku dan cari parking. Dah park, aku cek fon. Banyak pula conversation kat Whatsapp group ni. Aku just nampak ayat "NIZAM MENANG WOI". Aku lost kejap. Aku bukak twitter dan cek mention box. YA! AKU MENANG! Seronok dia sampai aku jalan pusing OU tu tapi tak tau nak ke mana. Aku macam minfuck kejap. Aku pusing OU sambil tengok fon dan tersengih macam orang gila! Orang gila pun akan cakap aku gila masa tu. Ya,pengalaman pertama aku awaydays Harimau Malaya, semua benda ditaja! Alhamdulillah rezeki!

Kitorang bertolak pagi hari perlawanan dan balik esoknya. Seronok dia, Tuhan saja tau. Sebab pergi 2 hari 1 malam je, aku pack ala kadar. Yang penting, jersi dan mafla. Tengok bola kan? Bukan nak pergi clubbing. Kitorang ke KLIA2 awal sebab orang Air Asia tu kata ada sesi fotografi dulu. Ramai juga pemenang masa tu. Ada 2 orang yang aku kenal menang juga, Berto raja masad dan Sha Saleh. Bini aku ikut juga trip ni, tapi dia beli tiket. Kesian bini aku sebab aku menang 1 tiket je. Nasib penginapan free dan tiket game aku belikanlah. Kitorang naik pesawat Harimau Muda masa tu, kalau korang perasanlah kapal terbang tu. Pesawat tu adalah bukti Tony Fernandes kotakan janji masa Harimau Muda menang Sukan SEA 2011 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Kat boarding gate, dalam pesawat, semualah kitorang bergambar. Rasa macam artis. Ada penyokong lain naik juga pesawat yang sama dengan kitorang. Power diorang ni sebab sanggup keluarkan duit. Sampai Don Mueang airport, orang Air Asia Thai cakap kitorang kena tunggu kejap, ada TV nak interview. Lagipun transport tak sampai lagi. Aku tak ingat tv mana yang interview, diorang tanya pasal scoreline, pendapat pasal game dan juga chant sikit.Glamour aku masuk TV Thailand ni. Kalau mak bapak aku tau, mesti diorang bangga dengan aku.

Kitorang sampai tu dah tengahari juga. Dapat rehat sekejap je. Check in makan masa juga sebab kitorang ramai. Masa tu tak kisah dah pasal makan. Semua dah tak sabar nak pergi Stadium. Bagi bagi bilik, tukar baju, terus turun ke lobi. Excited! Plus, kena gerak awal sebab konfirm jem nak ke stadium. Ditambah dengan orang balik dari ofis. Game weekdays kan.

Memang betul jem. Tapi driver van kat Thailand ni gila sikit. Dia selit sana sini. Dan kitorang sampai dalam pukul 6-7 macam tu rasanya. Tuuuu dia. Stadium Rajamangala. Kubu Skuad Gajah Perang.Gah betul. One thing pasal matchday kat sini, aku tak jumpa booth jual jersi. Dahlah stadium tu besar. Nak pusing pun tak larat. Padahal aku dah berniat nak beli jersi Thailand. Lain weyh kalau beli jersi kat Stadium team tu. Contoh, kau beli jersi MU kat kedai Adidas Malaysia dan Old Trafford. Mungkin kat Old Trafford mahal sikit, tapi kau beli kat home pasukan tu. Macam tu lah pemikiran aku.

Orang Thailand ni super peramah. Dia nampak je fan Malaysia, diorang ajak bergambar. Kau jalan sikit, diorang tahan kau ajak bergambar. Letih juga melayan. Yang tahan tu tak adalah reti cakap English sangat, tapi diorang just tegur dan buat gaya nak ambik foto. Sekarang baru aku tau macam mana Brad Pitt rasa. Ingat nak cari juga tomyam kat area stadium, tapi malas pula. Aku dapat tau untuk ke Stadium Rajamangala ni, naik bot pun boleh. Ada penyokong Malaysia yang naik bot dari tempat penginapan diorang ke stadium. Tak tau pula aku kot jem kat sungai tu.

Satu benda yang aku suka pasal Stadium Rajamangala ni, nak masuk dia cukup sistematik. Security dia berlapis, tapi laju. Kalau game final kat Malaysia ni, slow juga walaupun satu lapis je security. Dia akan cek tiket, cek beg dan last sekali dia akan cop kat tangan kau. Fan Malaysia duduk satu tempat. Diorang akan tunjukkan kau jalan. Takkan sesat punya. Fan Malaysia duduk upper tier macam tu. Beza Stadium Rajamangala ni aku rasa, dia macam seat macam curam sikit. Tak tau nak cakap macam mana tapi kira seat dia tinggi lah. Kalau terjatuh mungkin kau berguling terus sampai ke bawah. Sangat berbeza berbanding stadium kat Malaysia.

Kat Stadium Rajamangala ni, kau tengok bola macam tengok wayang. Kenapa? Sebab dia tak jual kuaci. Tapi, dia jual set air dengan popcorn. Dah macam tengok wayang. Ada juga jual sandwich,tapi ceklah dulu. Ada terbeli sandwich ba.....bila dah makan tu jangan buang sampah merata. Lepas tu, dia jual kat tempat tertentu juga. Jauh juga dari tempat fan Malaysia. Tak ada brader jual kuaci datang ke kerusi kau atau jual air drinking water mahal nak mati. Air karbonat dia pun rasa pure. Tak rasa macam campur air paip. Tapi itulah, lain tempat lain budaya. Mungkin ada fan thailand tulis kat wattpad pasal pengembaraan dia ke Bukit Jalil makan burger stadium dan rasa best, kita tak tau.

Pasal game, kita kalah masa tu. Tapi penyokong Thailand memang super awesome. Diorang bagi laluan untuk Ultras Malaya dan fan Malaysia chant. Dah habis chant, diorang tepuk tanda respect. Fan Malaysia kena tunggu lama sikit untuk keluar. Bagi laluan home supporters keluar dulu supaya tak kelam kabut. Sistematik.

Bila keluar stadium, kitorang alami benda yang sama macam datang tadi, tapi lagi gila. Lagi ramai fan Thailand yang ajak bergambar. Dari makwe makwe Thailand yang comel, sampailah ke brader brader muka macam nak pukul orang, semua ajak bergambar. Tak taulah diorang ajak bergambar ni sebab Thailand menang atau memang ikhlas. Siapa ada sorang makwe ni cakap dia cam aku sebab tengok interview aku kat Thailand. Famous betul rasa, mungkin aku patut consider berpindah ke Bangkok. Punya ramai ajak bergambar ni,kalau layan, sampai AFF 2016 pun tak habis.

Balik hotel, tukar baju dan makan. Esok tu balik. Nak balik tu, dah ada fan Thailand yang ke Malaysia untuk tengok 2nd leg. Padahal game adalah dalam 2-3 hari lagi. Siap cakap, Malaysia yang akan menang nanti. Kesudahannya? Kita menang 2nd leg, tapi kita kalah keseluruhan. Apa apahal pun, pengalaman awaydays ni memang best. No wonder orang buat. Sejak tu aku bertekad, lepas ni aku nak try awaydays, pakai duit sendiri pula. Harap harap itu akan terlaksana.

" I don't go to the bakery because of the baker but because of the bread. A maestro is someone who demands the best, who demands rigour." - Arrigo Sacchi

estádioWhere stories live. Discover now