Estadio Part 3: Merdeka Kota

270 11 0
                                    

Aku sebenarnya tak adalah rajin sangat, tapi aku cuba lah make sure buat benda ni secara mingguan. Kali ni aku nak cerita pasal satu Stadium yang cukup bersejarah bagi rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia tau stadium ni. Satu stadium yang menjadi saksi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka ni untuk tahun 2015 kembali digunakan oleh pasukan Kuala Lumpur. Setelah sekian lama beraksi di Stadium Cheras, Kuala Lumpur kembali ke Stadium Merdeka untuk tahun 2015 sementara tunggu Stadium Cheras siap. Bagi menyambut kepulangan KL ke Liga Perdana selepas terhumban ke Liga FAM (atau di kalangan peminat dipanggil Liga Kumbahan), Stadium Merdeka dianggap venue paling sesuai. Hujung season, anda sendiri tau apa jadi.

Sebagai pencinta bola sepak tanah air, memang jadi impian aku nak tengok game dekat Stadium Merdeka. Selama ni, aku selalu dengar cerita je pasal Malaysia dan Kuala Lumpur bermain di Stadium Merdeka. Macam macam cerita best mengenai kejayaan pasukan Malaysia dan KL di Stadium Merdeka. Aku jealous. Aku pernah jejakkan kaki ke Stadium Merdeka, tapi atas dasar kerja masa himpunan KL 112 dan juga konsert. Masa konsert, sebab nak rasa macam tengok bola aku sanggup pakai jersi KL. Tapi tetap feel dia berbeza.

Bila dapat tau KL akan bermain di Stadium Merdeka, aku excited. Akhirnya dapat merasa tengok game KL kat Stadium Merdeka. Tak silap aku, sebelum ni MyTeam pun pernah mintak untuk jadikan Stadium Merdeka sebagai venue. Pada mulanya, aku rasa Stadium Merdeka ni satu pilihan tepat untuk tarik fan KL. Yelah, tengah bandar KL, sesuai dengan pasukan KL, ada public transport yang dekat dan aura Stadium Merdeka yang cukup dikenali ramai. Tapi, malangnya rata rata rakyat KL dah berkiblatkan bola sepak Eropah atau sokong pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Perlawanan pertama KL di Stadium Merdeka. KL vs Sabah. Selain daripada tarikan Stadium Merdeka, perlawanan ini juga menarik perhatian ramai kerana bekas pemain Liverpool, Bolton dan Celtic, El Hadji Diouf akan membuat debut di Liga Malaysia. Ramai warga afrika datang memberikan sokongan kepada El Hadji Diouf. Warga Sabah di Lembah Klang turut hadir untuk menyaksikan perlawanan ini. Orang KL? Busy kerja barangkali. Game hari Jumaat petang kan. 

Aku tak nak cerita pasal game, sebab KL kalah. Tapi aku nak cerita betapa terujanya aku bila dapat tengok match kat Stadium Merdeka. Rasa macam balik ke zaman silam. Aku membayangkan bagaimana Stadium ni boleh penuh dulu, bergema dengan sorakan. Meremang bulu roma. Ya, sekarang padang pun teruk sebab tak dijaga dengan baik, tapi aura Stadium Merdeka ni tetap ada.

 Stadium Merdeka ini satu stadium yang epik. Malang sekali bila orang tau Stadium Merdeka ni untuk konsert atau himpunan je. Tidak. Suatu masa dahulu, Stadium ini menyatukan kita dengan laungan Merdeka. Stadium ini suatu masa dahulu bergema dengan sorakan untuk KL dan Malaysia. Ini bukan sekadar Stadium untuk orang berdansa. 

Harapan aku, Stadium Merdeka ini akan dijaga dengan elok. Ini tanda sejarah kita. Sejarah negara juga sejarah bola sepak. Janganlah dihentam, dikeronyok dengan segala macam aktiviti sampai jahanam. Aku dah merasa tengok bola di Stadium Merdeka walaupun KL akhirnya kembali ke Liga Kumbahan. Mungkin sebab pemain sendiri tak bangga dapat bermain di stadium yang cukup bersejarah ini. Sayang seribu kali sayang. 


Playing football is very simple,but playing simple football is the hardest thing there is - Johan Cruyff

estádioWhere stories live. Discover now