Orait, ayuh kita mulakan pengembaraan. Semua ini bermula kerana satu plan. Satu plan yang membawa aku ke hampir semua stadium di Malaysia. Kubu kuat (sepatutnya) bagi setiap pasukan.
Seawal pagi aku memulakan perjalanan ke Selatan Tanah air. Walaupun masa tu bulan puasa, tidak menjadi halangan. Demi kerja, aku jalan. Selalu aku dengar Larkin ni susah dapat tiket sebab sold out, demi tidak mengambil risiko, aku kirim tiket pada kawan aku. Walaupun kena bayar lebih, aku relakan sahaja sebab takut tak dapat tiket. Biasa tengok di twitter, facebook dan cerita orang, di Larkin ni kalau ada match, lain macam sold out dia. Ada beratur seawal pagi untuk tak lepaskan peluang menyaksikan pasukan mereka beraksi.
Sampai sekitar jam 1 Tengah hari, aku terus check in hotel sambil berurusan dengan orang yang belikan tiket. Dalam pukul 2 petang dia datang ke hotel hulur tiket aku. Ada sedikit menyesal sebab dia kata tak ramai orang pun yang datang beli. Mungkin sebab bulan puasa, orang pergi terawih, match pukul 10 dan hari berkerja membuatkan orang tak pergi. Aku redha je.
Settle berbuka dan Solat, aku bertolak ke Larkin walaupun hotel tak jauh mana. Itu pun sebab member aku yang pergi sekali kata kalau lambat susah nak parking and dia pernah menapak jauh sebab datang tak berapa nak awal (bukan lambat). Betul fanatik orang Johor ni.
Sampai je ke Stadium dan parking, kami berjalan kaki menuju ke stadium. Satu benda yang pelik (atau unik) adalah korang takkan jumpa orang jual jersi fake kat area Stadium. Korang takkan jumpa orang jual hon, rambut afro warna warni serupa badut atau topeng V for Vendetta di area Stadium. Tiada carnival like atmosphere tetapi digantikan dengan booth yang menjual T-shirt tempatan dengan design Johor. Hampir semua kedai menjual T-shirt lokalah dengan design pelbagai. Dari situ aku dapat rasa satu aura. Aura apa? Aura keangkuhan Johor.
Aura angkuh ini bukan satu benda yang buruk. Aura angkuh ini membentuk pemikiran kepada semua penyokong bahawa tiada pasukan yang boleh tewaskan Johor. JDT adalah yang terbaik, dan mereka bangga menjadi bangsa Johor dan ada pasukan seperti JDT. Kita boleh cakap perkara negatif, tapi keangkuhan ini disalurkan ke pemain dan pemain akan rasa seperti adiwira yang kebal.
Masuk ke stadium, kita takkan jumpa burger stadium, tapi yang dijual adalah KFC dan Pizza Hut sebagai makanan. Tiada kuaci bertaburan di atas lantai. Dari segi keselamatan, sebagai penyokong tuan rumah kau akan rasa extra selamat. Kenapa? Sebab berlapis lapis lapisan security mereka. Cubalah kalau nak buat hal, memang kena hambat.
Dari banyak sudut, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos ini terbaik. Papan LED, padang cantik. Tapi dari pandangan aku, yang mungkin boleh diperbaiki dan rasanya sedang diperbaiki adalah tempat duduk penonton. Sakit juga punggung duduk atas simen. Juga bagi menampung penyokong JDT yang semakin ramai, molek juga dibesarkan Stadium Larkin, tapi dengan harapan kehadiran akan terus meningkat dan konsisten.
Perlawanan berakhir dengan JDT menewaskan Terengganu. Mungkin aku sedikit terlambat datang ke Larkin. Aku pernah tengok few years ago masa JDT baru nak naik, auranya lebih sedikit dengan semua penyokong mengikut chant BOS. Sayangnya masa aku pergi tu tak berapa ramai dan mungkin penyokong lebih fokus ke perlawanan. Tapi Stadium Larkin masih one step ahead dan molek juga stadium lain di Malaysia ikut contoh mereka. Khabarnya Stadium baru akan dibina, pastinya lebih baik. Aku nantikan siap supaya aku boleh datang tengok game di Selatan lagi.
Sekian coretan di Larkin. Tunggu next episod aku cerita pasal stadium lain. Stadium mana? Tunggu.
P.S: Semua stadium yang dilawat, aku duduk dengan home supporters
I was lucky to come from a difficult area. It teaches you not just about football,but also life - Zinedine 'Zizou' Zidane
YOU ARE READING
estádio
PertualanganKisah pengembaraan gila hanya kerana bola. Tolak tepi fakta, ini kisah semangat.