"Hei! Sorang je."
Aku menyapa Faruq yang sedang duduk seorang diri kat bar kafe tu. Faruq menoleh ke arah aku. Sambil tersenyum, dia berkata.
"Ouh, awak. Hm.. Sorang je la. Awak tak nak teman. Hehe.."
Aku tersenyum nipis mendengar kata-katanya. Jauh kat dalam hati, aku rasa bersalah sangat dengan dia.
"Awak ok?"
"Ok la. Biasa je."
"Saya nak mintak maaf pasal siang tadi. Sorry sangat-sangat 'cuz saya da libatkan awak dalam hal ney."
"Ala.. Takde apa pown. Hidup lagi saya ney. Hm.. Petang tadi kenapa tak turun tengok saya training?"
"Saya terlelap la. Penat sangat."
"Ouh.. Syuk datang kat court bola tampar tadi."
"Hah?! Dia buat apa kat sana?"
"Laa.. Training la. Dia kan join competition tu."
Aku terdiam. Faruq bersuara lagi.
"Habis training kitorang berselisih and terlanggar. Saya tau, dia sengaja langgar bahu saya. Dendam betul dia tu kat saya."
"Faruq. I'm really really sorry. Saya ingat kan dengan cakap camtu kat Syuk, dia boleh pergi dari situ. But, ney pulak yang jadik."
"Takpe. Relax.. Relax.. Maybe ney boleh membantu gak."
"Memang boleh bantu."
Tiba-tiba Syuk muncul dan terus duduk kat kerusi sebelah Faruq. Aku terkejut.
'Bila masa pulak dia datang?'
"Hahaha.. Merpati dua sejoli la korang ney. Aku da agak da. Korang takde apa-apa sebenarnya kan? Tak payah la nak kencing aku. Aku da makan garam dulu sebelum korang."
Syuk berkata sambil memanggil waiter dan lantas memesan minuman. Aku dah diam tertunduk memandang meja bar kafe tu. Faruq bersuara.
"Ok la bro. Macam ney la. Aku memang takde apa-apa dengan Anees. Aku kawan Anees and kitorang baru jumpa kat sini. Aku da tau kisah korang dua orang ney. So, bro! Aku rasa baik la kau lepaskan je Anees. Kau pown da takde apa-apa dengan dia kan."
"Hey! Kau siapa nak cakap camtu dengan aku, hah?!"
"Aku bukan nak campur tangan hal korang tapi aku tak sanggup la tengok perempuan ney terseksa pasal lelaki macam kau, bro. Hey bro! Kalau kau nak perempuan tapi setakat nak buat main je, kau pergi carik orang lain la. Anees tu kau tolong la lepaskan. dia bukan perempuan yang untuk dibuat main."
Syuk bangun dari tempat duduknya. Api kemarahan membara di hatinya setelah mendengar kata-kata pedas Faruq. Faruq pantas memberi amaran lagi sebelum Syuk sempat melayangkan tumbukan ganasnya.
"Bro! Jangan bikin panas tempat ney. Aku tak nak gaduh kat sini. Kalau kau berani, kita selesai cara jantan la."
Syuk duduk semula dan menyedut minumannya sambil bersedia mendengar apa yang Faruq nak cakap.
"Ok! Kalau kau nak sangat Anees ney, kita deal. Kalau kau menang bola tampar esok, kau ambil la Anees ney. Kalau kau kalah, kau lepaskan Anees dan jangan kacau dia lagi. Berani?"
Aku tersentak. Faruq buat deal camtu macam la aku ney barang yang suka-suka boleh dijadikan hadiah untuk siapa yang menang. keadaan menjadi senyap seketika. Tiba-tiba Syuk bersuara.
"Ok! Deal! Dan aku nak bagi amaran kat kau. Kau da boleh jauhkan diri daripada Anees sebab da memang ternyata team aku yang akan menang. Hahahaha...."
Syuk ketawa besar dan terus blah dari situ. Aku masih berdiam diri kat tempat duduk aku. Faruq yang perasaan keadaan aku yang hanya membungkam, bertanya kepada ku.
"Anees.. Ok tak?"
Aku terus bangun dari tempat duduk aku dan beredar dari situ menuju ke chalet. Faruq menjerit memanggil nama aku tapi aku tak endahkan. Dia terus mengejar aku.
"Anees! Awak kenapa?"
Aku dengar suara Faruq dari belakang. Sampai kat chalet, aku terus masuk dan menutup pintu. Ketika itu juga, air mata aku berjurai tanpa aku tau apa sebabnya. Aku terduduk menyandar pintu.
TUK!TUK!TUK!
Pintu chalet aku diketuk dan lantas kedengaran suara Faruq.
"Anees.. Anees.. Sorry saya pertaruhkan awak. Tapi tu satu-satunya cara awak nak lepaskan diri dari dia."
Aku masih diam menangis seorang diri kat pintu tu. Faruq menjerit lagi dari luar.
"Anees percayakan saya. Awak jangan risau. Team saya boleh kalahkan team Syuk. Saya jamin."
"Kalau awak kalah jugak macam mana?!"
Giliran aku pula menjerit dari dalam.
"Takkan punya. Saya jamin. Awak jangan risau. Anees jangan nangis. Buka pintu."
Aku masih terduduk membiarkan air mata membasahi pipi.
"Anees.. Sorry la. Jangan macam ney. Buka pintu kejap."
Suara Faruq merayu. Aku bangun dan memulas tombol pintu. Pintu terbuka. Faruq tengah berdiri di depan.
"Anees...."
Aku terus memeluk Faruq. Air mata yang tadinya membasahi pipi kini membasahi baju Faruq. Dalam sedu-sedan, aku berkata.
"Faruq... Tolong saya... "
Faruq meleraikan pelukan dan memegang bahu aku. Dia mengesat air mata yang tak kering kat pipi tu. Sambil tersenyum dia berkata.
"Saya akan tolong awak. Jangan risau."
*****
YOU ARE READING
SAYANG KAU
RomanceHELLO GAISSS~ Cerita entah cerita ke berapa aku tulis tapi baru nak upload sini. Mengisahkan hmmmm.. aku tak pandai nak bagi sinopsis . haha .. kalau nak tau , baca je la ea . Tak panjang pown cerita ni . Layan laa~~