"Yeah!!! Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke pertandingan bola tampar piala Meng'z yang ke sebelas. Seperti biasa, saya selaku wakil daripada pihak penganjur iaitu Batu Putih Beach Resort sangat berbesar hati ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan."
Suara pengulas sukan untuk pesta sukan ini berkumandang di seantero pantai. Aku cepat-cepat mengambil tempat duduk yang di atas sekali. Dari situ aku dapat melihat court bola tampar dengan clear.
"Yeah!!! Kita akan mulakan pertandingan ini dengan kumpulan The ABC'z Boy menentang Budaq Pulau."
Aku menonton semua perlawanan. Team Faruq, TheStalker dan team Syuk, The Three Lion nampak sama-sama handal. Team mereka masih belum berlawan antara satu sama lain. Aku semakin cuak melihat perlawanan demi perlawanan. Persaingan hebat jelas nampak antara team Syuk dengan team Faruq. Sampai la ke peringkat final.
"Nampaknya kita da sampai ke final. Hah! Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, TheStalker akan menentang The Three Lion. Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua. baiklah tuan-tuan dan puan-puan, perlawanan final antara team The Stalker dengan The Three Lion akan bermula pada pukul 5 petang."
Lantas aku melihat jam tangan aku. 4.24. Lebih kurang setengah jam lagi perlawanan akan bermula. Semua penonton yang tadinya khusyuk menonton mula meninggalkan tempat duduk mereka. Masing-masing berangkat ke gerai-gerai berdekatan membeli makanan ringan untuk dijadikan santapan ketika menonton perlawanan akhir nanti. Aku duduk termenung sorang-sorang. Hati aku cuak, berdebar. Aku tak tau apa nak jadik dengan hidup aku. Macam-macam terbayang kat minda kalau team Syuk menang.
"Hei!"
Suara garau menyapa membuatkan aku keluar dari kotak imaginasi tadi.
"Ouh, Faruq."
"Hm.. I thought you're not coming."
"Hm.."
"Risau?"
"Bodoh la saya kalau saya tak risau."
"Hm.. Tak payah risau la. Saya boleh menang."
"Janji kat mulut tak boleh dipercayai."
"Awak tak percaya saya?"
"Entah la Faruq. Kepala saya ney da bayangkan yang macam-macam tau."
"Bayangkan apa, sayang?"
Tiba-tiba Syuk muncul dan bersuara. Faruq yang tadinya berdiri di hadapan aku kini membelakangi ku.
"Bro! Kau nak apa?"
"Hahaha.. Takde apa. Saja nak tengok sayang aku ney."
"Weyh! Kau jangan harap la. Anees takkan jadik milik kau la."
"Hahahahahahahaha... Kau pikir aku takut ke setakat gertak macam budak-budak ney."
"Perlawanan akan bermula dalam 15minit lagi. Harap peserta dari team TheStalker dan The Three Lion lapor diri di meja pendaftaran. Terima kasih."
Pengumuman bergema memecah gegendang telinga aku. Syuk berkata.
"Ok la sayang. Panggilan kemenangan da memanggil I. I gerak dulu."
Syuk terus beredar dari situ. Faruq pandang aku.
"Awak don't worry."
Aku hanya mampu diam.
"Hey! Trust me!"
"Panggilan terakhir untuk peserta dari team TheStalker. Sila lapor diri di meja pendaftaran sekarang. Harap maklum."
Pengumuman kedengaran lagi dan kali ni hanya ditujukan khas untuk team Faruq.
"Anees.."
"Awak pergi la. Dia da panggil tu."
"Bagi saya satu senyuman dulu. Jadi semangat untuk saya main nanti."
Nak tak nak, aku terpaksa la tersenyum dekat Faruq. Faruq senyum semula kepadaku dan terus beredar. Tempat duduk penonton yang tadinya agak lengang kini telah penuh semula. Suasana agak riuh dengan suara-suara dari orang ramai. Dalam banyak-banyak suara, aku dapat menangkap satu perbualan.
"Weyh! Team TheStalker ney budak-budak lagi. Confirm kalah."
"Betul cakap kau. The Three Lion tu team da lama. Tak silap aku da 5 kali diorang menang piala ney. Cuma tahun lepas je dorang kalah. Tu pown sebab 3 orang player dorang yang terror tu injured. Kalau tak, memang 6 tahun berturut-turut diorang ney juara."
"Hahaha.. Aku rase kalah teruk ah team budak-budak tu."
Perbualan dua orang lelaki tu da cukup buat dada aku berkocak, berdebar dengan laju.
"Perlawanan akan bermula sebentar saja lagi. Nampaknya kedua-dua team sudah memasuki gelanggang...!"
Aku menonton setiap pergerakan Faruq dan Syuk. kedua-dua team bersalaman. Faruq dan Syuk juga bersalaman dan aku nampak ketika mereka sedang bersalaman, Syuk sengaja menggenggam tangan Faruq kuat-kuat. Selesai bersalaman, mereka mengambil tempat masing-masing. Syuk yang menjadi penghantar bola sudah bersedia di belakang garisan.
PRREEETTTTT!!!!!!!!!!!!!
Wisel dibunyikan dan Syuk menghantar bola ke gelanggang team lawan. Bola dapat disambut. Kini bola di bawah kawalan team TheStalker. TheStalker membuat tamparan tajam ke dalam gelanggang The Three Lion tapi berjaya diselamatkan pemain barisan hadapan The Three Lion. Bola ditampan tinggi dan seorang lagi pemain bersedia untuk menghantar tamparan tajam ke dalam gelanggang TheStalker. Tamparan tajam dibuat memasuki gelanggang TheStalker dan tak sempat diselamatkan. The Three Lion mengaut mata pertama.
"Itu dia!! Mata pertama untuk The Three Lion!!"
Aku nampak Faruq memandang aku dari dalam gelanggang. Mukanya masih memberikan harapan yang cerah kepadaku. Permainan diteruskan. Persaingan amat sengit antara kedua-dua pasukan. Aku hanya mampu menyaksikan perlawanan tersebut.
"Kini, team The Three Lion mendahului dengan 14-10. Masih tidak jauh untuk TheStalker mengejar. Hantaran dilakukan oleh The Three Lion... Cantik hantaran itu tapi masih mampu diselamatkan oleh TheStalker. Bola kini dalam kawalan TheStalker. Bola ditampan, dan tamparan tajam ke dalam gelanggang The Three Lion dilepaskan. Namun, masih mampu di selamatkan oleh The Three Lion. Bola di dalam kawalan mereka. Mereka melakukan tampanan sempurna. Bola dinaikkan. Tamparan hebat akan dilakukan dan...... Itu dia!!! Mata ke lima belas untuk The Three Lion."
Aku terus bangun dari tempat duduk. Tak sanggup lagi aku melihat perlawanan itu. Aku terus melangkah beredar. Langkah ku atur ke chalet.
*****
YOU ARE READING
SAYANG KAU
RomanceHELLO GAISSS~ Cerita entah cerita ke berapa aku tulis tapi baru nak upload sini. Mengisahkan hmmmm.. aku tak pandai nak bagi sinopsis . haha .. kalau nak tau , baca je la ea . Tak panjang pown cerita ni . Layan laa~~