kau pandang aku,
serupa aku penuh dengan dosa celaka
bagaikan aku ini,
manusia yang tak tahu apa itu pahala.
kau pandang aku,
si celaka yang harus ke neraka jahanam
itu yang kau nampak,
aku dan hanya aku
harus dan harus jahanam.
Pernah kau pandang diri kau?
apakah sempurna tanpa cacat cela?
apakah amalan dah cukup mulia?
bilamana kau menjaja tak kira masa,
pandangan apa pula kau mahu aku kata?.
mulia?-
ANDA SEDANG MEMBACA
Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]
PoesíaPuisi "Jiwa Sesat" menggambarkan keadaan seseorang yang hilang arah dalam dirinya sendiri. Ia bukan tentang hilang tempat, tetapi hilang rasa - kosong, keliru, dan sepi dalam diam. Puisi ini membawa pembaca menyelami jiwa yang penuh persoalan, menyi...
![Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/49749381-64-k12177.jpg)