Yang Senang Kau Lupus

117 2 0
                                        

otak bukan macam microsoft word
senang senang nak tekan button delete
data yang disimpan banyak
dan dibuang bila bila masa.

hati bukan macam sekeping kertas
yang kau coret coretkan dengan kata kata
dan bila salah kau ronyok buang
walau kau mahu gunakan kembali
kesan dia tetap sama
tak boleh diubah lagi.

kenangan bukan macam dakwat pen
yang senang dipadam dengan pemadam
ia kekal sampai bila bila
selagi tidak dilupuskan
ia kekal sama.

ini manusia yang kau bicara
bukan barang barang
yang senang kau lupuskan.

bukan.

Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang