Berakhir Buntu

56 3 0
                                        

Dibangku itu
Aku duduk termenung lagi
Menunggu dan menunggu
Minda mula melayang jauh
Apa yang otak aku cari
Aku sendiri tak pasti
Walau diri ini coba untuk selami
Aku terhenti kosong sesat dalam minda ini.

Pandangan tanpa arah tuju
Yang berakhir aku
Dengan buntu
Aku sendiri tak tahu
Kenapa aku jadi begini
Buat aku rasa berbulu.

Apa kau mahu?
Minda yang satu?
Beritahu aku?.

Cameron Highlands
8.45PM
22/01/2014

Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang