Orang Asing

159 1 0
                                        

Berapa banyak kau maki
Berapa banyak kau hina keji
Aku masih tersenyum lagi.

Bengang itu ada
Marah itu ada
Aku hanya mampu sabar,
Dengan batas dunia.

Ini bukan tempat aku
Aku tahu semua itu,
Tak perlu aku tunjuk taring serigala
Kerana itu memudarat segalanya
Biar takdir yang menulis semua
Aku hanya menjalaninya.

Cerita-cerita itu,
Aku mampu.

Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang