Part 1 ; T.H

765 21 7
                                    

-REY POV-

[SEOUL HIGH SCHOOL]

'Dia dah sekolah sini balik!'
'aaah!'

Itulah jeritan segelintir pelajar perempuan sekolah aku yang sedang berlari ke arah lobi utama sekolah.

'Asal doh perempuan perempuan ni?' Soal aku pada Hani yang berada disebelah aku

'T.H. back'

'T.H. ? Binatang apa tu' kata aku dengan hairan. Manalah aku nak tahu T.H. tu apa.

'The Hottest , dia lah yang paling popular dan paling kaya dalam sekolah ni'

'Kau cakap back? Asal? Dulu kena buang sekolah ke apa?'

'Gila kau nak buang dia dari sekolah, dia lah kaya lepastu ayah dia kaya dan juga berpengaruh, takkan ada sesiapa  berani  nak buang dia dari sekolah ni walaupun dia sejahat mana sekali pun..tapi nasib baik dia tak jahat' jelas Hani pada aku dengan panjang lebar

'Amboi, banyaknya kau membebel'

'Kau tu kena terang semuanya, nanti tanya tu tanya ni, malas aku nak jawab'

'Jomlah masuk kelas'

'Taknak join, jerit jerit?'

'Buang masa'

-----
|Waktu Rehat|

Aku berjalan sendirian pergi ke kantin. Hani ada urusan dengan Encik Rain. Kalau aku sorang ni memang aku malas nak pergi kantin. Memandangkan perut sudah berbunyi , terpaksalah pergi juga . Selepas mengambil makanan aku cari tempat nak makan. Semua tempat penuh. Aku cari cari dan ternampak satu tempat duduk yang kosong, walaupun ada orang duduk di depan tempat duduk yang aku nampak. Biarlah sesiapa pun, janji aku dapat makan dengan selesa. Aku terus pergi ke tempat duduk itu dan duduk. Tiba tiba ada kedengaran suara.

'What? Beraninya dia'

Aku hairan. Duduk tempat ni pun orang kata aku berani? Hey hello, duduk nak makan je. Tanpa mendengar apa yang orang kata, aku terus makan. Aku pandang depan dan depan aku adalah T.H. . Barulah aku tahu kenapa orang tadi tu cakap aku berani.

'Hai' kata aku dengan selamba sambil mengangkat tangan aku yang memegang sudu

T.H. hanya senyum dan sambung makan. Aku pun sambung makan makanan yang ada di depan mata aku. Semua perempuan di kantin memandang aku. Semua tak puas hati. Yerlah, diaorang semua berharap nak duduk makan dengan T.H. ni dan aku dapat. Kesian.

-KAI POV-

•KANTIN•

"Laparnya"

Aku mengambil makanan dan duduk di tempat yang kosong. Semua perempuan memandang aku. Aku tidak hairan kerana sebelum ini pun aku selalu menjadi perhatian dalam sekolah ini. Semua hanya memandang kekayaan dan kehandsomeman aku ni. Tapi yang penting diaorang pandang kekayaan aku. Aku berminat pada diaorang? Tidak pernah sama sekali. Kenapa? Sebab mereka tergila gila , terjerit jerit bila nampak aku dan aku menggelar mereka P.G.J. Perangai macamtu aku nak suka? memang tidak sama sekali. Aku menyuap makanan ke dalam mulut. Dah lama tak rasa makanan kantin sekolah ni. Memang sedap. Aku menikmati makanan itu, tiba tiba seorang perempuan duduk di hadapan aku. Aku hairan. Tak pernah sama sekali mana mana perempuan yang aku tak kenal tiba tiba duduk dengan aku termasuk P.G.J.

'Hai' kata perempuan itu

Aku hanya membalas senyuman pada perempuan itu. Sekejap , kenapa aku senyum pada dia? Selalunya aku tidak akan senyum pada mana mana perempuan yang aku tidak pernah kenal dan juga P.G.J. Perempuan itu menyambung makan makanannya. Mungkin perempuan ni bukan daripada  P.G.J. sebab dari gaya dia , dia bukan P.G.J.

Perempuan itu bangun selepas dia selesai habiskan makanannya.

'Terima kasih' kata perempuan itu kemudian pergi

Dia pergi begitu sahaja selepas mengucapkan terima kasih padaku. Aku melihat dia pergi.

"Kenapa aku pandang dia?"
------

-REY POV-

• KELAS 6-2•

Hani pusing ke belakang dan memandang aku

'Wei, aku dengar kau duduk makan dengan T.H.'

'So?'

'Kecoh satu sekolah kot..untungnya kau'

'Untung apanya, dah depan dia tempat kosong aku duduk je, itu pun untung ke?' Kata aku

'Tak ada sesiapa berani duduk dengan dia kau tahu'

'Diaorangkan tergila gilakan T.H. tu, takkanlah tak berani' kata aku dengan hairan.

'Itu aku tak tahu, maybe takut kut'

'Takut dengan T.H. tu? Tapi suka? Pelik betul'

'Dah, dah .. Semua duduk tempat masing masing buka latihan addmath semalam' kata Puan Chery sambil masuk ke dalam kelas

Hani pusing kehadapan semula dan aku mengambil buku latihan addmath dalam beg aku.

•••••••••••••
Bersambung~~

A/S: Maybe ada ayat atau perkataan yang korang tak faham. Maaf!

FIRSTWhere stories live. Discover now