Part 14 ; Jumpa

47 2 0
                                    

Di Lee's Cafe.

"Encik mahu pesan apa?" Soal Tera

"Saya nak jumpa manager dekat sini. Dia ada?" Soal Kai

"Sekejap ye.. Encik duduk di sana dulu"

Kai tunggu. Selepas beberapa minit, Suho muncul.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Suho

"Kau seorang je boleh jawab soalan yang aku nak tanya ni" kata Kai "Rey dah balik sini ke?"

"Aku rasa kau dah tahu jawapan tu dari Ricky"

"Dia duduk mana sekarang? Mungkin dia dah kerja sekarang, tempat kerja dia mana?" Soal Kai

Dia tak jumpa Rey lagi ke? "Kau akan jumpa dia nanti. Dahlah, aku ada kerja nanti kita hangout together ye" kata Suho kemudian pergi

###

Rey menuju ke pejabatnya. Sekarang dah masuk sebulan dia bekerja di Seoul Mall. Hari ini dia perlu membentangkan kerja yang di beri oleh Ricky ataupun Penolong Pengarah. Rey ke biliknya mengambil beberapa dokumen untuk pembentangan. Dia ke bilik mesyuarat bersama pasukan pemasaran ke bilik mesyuarat. Kini, hanya tunggu semua orang masuk. Ricky masuk ke dalam bilik diringi bersama beberapa orang yang Rey kenali dan belum dia kenali.

"Kita akan mulakan mesyuarat ni tanpa Pengarah. Mungkin dia akan sampai lewat" kata Ricky

"Baiklah. Saya akan mulakan pembentangan ini"

Semua lampu di dalam bilik itu gelap dan hanya skrin di hadapan yang bernyala. Rey membentangkam penyelidikan yang dilakuakan bersama pasukannya bagi mempertingkatkan jualan di Seoul Mall.

Kai memasuki bilik mesyuarat dengan senyap dan duduk di tempatnya. Kai terkejut apabila melihat orang yang sedang memberi pembentangan itu adalah Rey. Orang yang dia cari selama ini. Ricky melihat Kai. Sekarang senanglah kau Kai.

Pembentangan tamat. Semua lampu dibuka semula. Rey yang sedang sibuk menyusun kertas ucapannya terkejut melihat Kai berada di kerusi Pengarah. Aku mimpi ke apa ni? Kenapa dia pulak muncul dekat sini?

"Pembentangan yang Cik Reyna amat bagus. Saya rasa kita boleh laksanakan seperti yang Cik Reyna cadangkan. Saya harap bulan depan dan seterusnya jualan kita akan meningkat. Tindakan seterusnya akan saya beritahu. Cik Reyna, selepas ini jumpa di bilik saya" kata Kai

"Baik Tuan"

"Semua boleh bersurai" Kai bangun dan membutangkan kotnya lalu pergi

Semua orang bangun kemudian keluar selepas Kai keluar dari bilik mesyaurat tersebut. Semua pasukan pemasaran amat gembira tetapi Rey masih kaku di tempat berucap. Itu Kai ke? Betul ke apa yang aku nampak ni.

"Cik Reyna?" Kata Dani

"Ha?"

"Cik okay ke?" Soal Dani

"Tak ada apa apa.." Rey menyimpan kertas ucapannya lalu memberikannya kepada Dani "kamu letak fail ni dalam bilik saya. Saya nak jumpa Pengarah"

Rey ke arah bilik Pengarah. Hatinya terasa berdebar dan langkahnya berat. Kalau tu Kai, apa aku perlu buat. Rey mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik itu. Rey ke arah meja Pengarah. Tanda nama itu tertulis Pengarah Seoul Mall Kim Jong In. Bukan dia. Nama dia Kim Kai. Memandangkan Kai menghadap ke belakang, Rey tidak dapat melihat muka Kai lagi.

"Duduk" kata Kai

Rey duduk di kerusi yang berada di hadapan meja Pengarah itu. "Kenapa Tuan panggil saya ye?"

FIRSTWhere stories live. Discover now