Kai menyandarkan dirinya pada kerusi sambil memikirkan seorang perempuan yang dia masih tidak dapat miliki, iaitu Lee Reyna.
Tuk Tuk!
Kai duduk dengan tegak sambil membetulkan tali lehernya yang senget. "Masuk"
"Ini fail yang Tuan mintak" kata pembantu Kai
"Terima kasih"
Pembantu Kai menunduk hormat lalu pergi. Kai mengambil fail itu dan membaca segala tulisan di dalam fail itu. Segala rancangan yang dikemukakan oleh bahagian pemasaran membuahkan hasil kepada Seoul Mall. Kai tiba tiba teringat akan Rey. Dia segera mencapai telefonnya dan mendail nombor Rey.
"Hai Rey" - Kai
"Ada apa apa yang Tuan dari saya?" - Rey
"Saya nak awak jadi milik saya?" - Kai
Rey terdiam apabila Kai berkata sedemikian kepadanya. Gila ke apa mamat ni.
"Rey? Rey? Dah putus ke?" - Kai
"Saya ada. Boleh saya tahu kenapa tuan call saya?" - Rey
"Lunch nanti Kai nak Rey teman Kai makan. Bolehkan?" - Kai
"Saya bus..." - Rey
"Jangan nak tipu. Nanti Kai pergi pejabat Rey okay sebelum keluar lunch" - Kai
Kai mematikan panggilan itu. Dia tahu jawapan yang akan dia dapat. Lebih baik paksa dia je. Kai bangun dari tempatnya dan keluar berjalan di sekitar mall.
---
"Dia ni. Ish!" Kata Rey dengan geram. Mana tidaknya. Dia taknak keluar dengan Kai tapi Kai nak jugak keluar dengannya. Walaupun perasaan bencinya pada Kai sudah tiada lagi, tapi dia perlu memegang janji yang dibuatnya.
"Cik Reyna, jauh termenung. Sampai saya masuk pun tak perasan" kata Dani
"Eh? Dani nak apa?"
Dani menghulurkan sebuah file pada Rey. "Ini senarai nama vendor dan juga carta jualan yang cik Reyna suruh saya cari"
Rey mengambil file yang dihulur oleh Dani. Dia menyemak satu per satu. "Terima kasih. Dani boleh pergi"
"Lagi satu cik Reyna. Tadi saya ada terserempak dengan seorang lelaki ni, dia suruh bagi surat ni pada cik Reyna" kata Dani sambil meletakkan surat itu di atas meja Rey. "Saya pergi dulu"
Rey memgambil surat itu dan membacanya.
Saya akan tunggu awak Rey. Sampai awak buka hati awak untuk saya.
Rey melipat semula kertas itu semula apabila selesai membaca. Kemudian dia letakkan di laci berkunci. Rey sambung semula meneliti hasil jualan vendor.
×××
Jam menunjukkan pukul 12.30 tenga hari. Kai bangun dan mengambil telefonnya lalu memasukkannya ke dalam poket. Dia terus menuju ke pejabat bahagian pemasran.
"Tuan" kata Ketua pasukan, Encik Jisung
Semua di pejabat itu bangun dan tunduk hormat pada Kai.
"Semua sambunglah kerja balik" kata Kai kemudian terus menuju ke bilik Rey
Kai mengetuk pintu dua kali dan terus masuk ke dalam bilik. Rey yang sedang mengemas mejanya tidak memberi riaksi apa apa.
"Jom" kata Kai
Rey mengambil begnya dan terus berjalan. Dia sebenarnya malas nak ikut apa yang Kai suruh tapi bila dia fikir semula, Kai merupakan bosnya, kenalah patuh. Rey jalan depan sikit dari Kai. Semua hairan apabila melihatnya dan berbisik dengan orang di sebelahnya. Sampai di tempat letak kereta, Rey ke arah keretanya.
"Naik kereta Kai jelah" kata Kai
Rey yang telah membuka kunci pintu keretanya, menutup semula. Dia ke arah kereta Kai. Kai mahu membuka pintu untuk Rey tetapi tangan Rey lebih pantas membuka pintu kereta itu. Dia ni cepat sangatlah bukak pintu.
"Makan dekat sini?" Tanya Rey drgan pelik apabila mereka sampai di restoran
"Yerlah. Makanan dekat sini sedap" Kai keluar dari keretanya dan membuka pintu untuk Rey
Mereka berdua masuk ke Lee's Cafe dan ke kaunter untuk memesan makanan.
"Bawa balik atau makan sini?"
Tera tak ada ke? Rey melihat sekeliling.
"Makan sini," Kai menjawab soalan pelayan itu apabila Rey lambat jawab
"Berdua je,"
"Yup"
"Nanti cik berdua ke meja 12 ye, order?"
"Saya nak set B," kata Rey lalu pergi
"Saya jugak,"
"Ini jumlahnya," pelayan itu menunjuk harga pada skrin komputer
Kai mengeluarkan kad kreditnya kemudian menyerahkan kepada pelayan itu. Selepas membayar, dia ke tempat duduk. Rey hanya menghadap telefonnya.
"Rey.." kata Kai dengan lembut
Rey hanya fokus bermain dengan telefonnya. Malas nak menghadap Kai.
Kai hanya memandang Rey. Dengan itu, Rey akan berhenti daripada bermain telefonnya.
"Nak apa?" Rey meletakkan telefonya. Dia memang tak suka orang memandangnya lama.
"Please maafkan Kai. Bukan salah Kai sepenuhnya kan.."
"Makanan sampai.." kata Tera sambil membawa makanan yang di pesan
"Tera-ya,"
"Unni!" Kata Tera sambil meletakkan makanan di atas meja lalu duduk di sebelah Rey
"Sihat? Suho mana?"
"Sihatlah! Oppa? Beli barang, nanti baliklah tu," kata Tera
"Tera ada pesanan lagi," kata Heju yang merupakan pekerja bahagian dapur
"Okay. Unni, bye bye. Call lah Tera," kata Tera lalu pergi
Kai memandang kemesraan mereka berdua. Alangkah bagusnya kalau Rey macamtu dengan aku.
"Apa pandang? Makan, banyak kerja lagi dekat pejabat,"
Selepas menikmati makanan tengah hari, mereka pulang semula ke mall dan ke pejabat mereka. Sampai di biliknya, Rey terus menyandar pada kerusinya sambil mengeluh.
"Aku dah lama maafkan kau. Tapi perasaan serba salah aku atas kematian Jiyeon buatkan aku tak boleh dan susah untuk terima kau sedangkan aku nak..."
BERSAMBUNG
Yeay! Finally sambung jugak cerita ni. Rasa nak update pulak tiba tiba. Harap pembaca yang ku sayangi terhibur! 💕💕JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT
YOU ARE READING
FIRST
Fiksi PenggemarSinopsis? Apa kata baca cerita ini dan, Tahu perkara yang terjadi. Lee Reyna X Kim Kai