-REY POV-Habis waktu sekolah~
: Kamu terus datang cafe appa ye, lagipun Minguk ada ni : En.Lee
: nae : Reyna
: hati hati : En.Lee *matikan panggilan*Nampaknya bolehlah jumpa Minguk, anak salah seorang pekerja ayahku. Dia comel sangat sangat, umurnya 3 tahun. Kalau aku ada di cafe, aku akan jaga dia dan bermain dengan dia. Aku rindu sangat dengan dia kerana selalunya waktu aku ke cafe ayahku dia duduk dirumah ayahnya. Ayah dan ibu Minguk bercerai masa Minguk umur 1 tahun. Tapi Minguk bernasib baik, dia masih ada ibu dan ayah walaupun mereka bercerai. Aku? Aku hanya ada ayah , ibuku meninggal semasa aku berumur 5 tahun kerana kemalangan.
Aku berjalan meninggalkan sekolah. Aku terasa ada seseorang mengekori aku dari belakang. Tiba tiba aku rasa tangan di bahuku. Dengan pantas aku memegang tangan itu dan menjatuhkan orang itu. Lelaki tak guna.
'Aduh'
'T.H. ?'
'Aduh, sakitnya' kata T.H sambil menahan sakit di tangannya
Aku terus melihat keadaan tangan T.H. Aku memegang tangannya.
'Sakit sakit' kata T.H.
'Kita pergi klinik, kau boleh jalankan' soal aku
T.H. hanya mengangguk. Aku membantunya bangun. Nilah akibatnya kalau kau ekori aku lepastu pegang bahu aku.
-GYURAN KLINIK-
'Tangan kamu tak ada apa apa cuma luka sahaja' kata doktor yang merawat T.H.
'Tak ada sebarang retakan ke? Darah beku ke?' Soal aku
'Tak ada, jangan risau . Cuma luka sahaja. Kalau tak ada apa apa saya pergi dulu' kata doktor itu kemudian pergi
"Nasib baik"
'Sorry, aku fikir pejahat mana tadi tiba tiba ekori aku lepastu pegang bahu aku dari belakang..kau tak kenakan saman kat aku kan..' kata aku dengan takut . Maklumlah orang kaya ni kan suka saman orang kalau orang bawahan macam aku ni cederakan diaorang.
'Buat apa nak saman kau?'
'Yerlah, anak orang kaya ni.. Kalau ada je orang cederakan dia , nak saman je'
'Kau fikir aku macamtu'
'Aku manalah tahu, aku rasa je..ha! Kenapa kau ekori aku'
Dia mengambil sesuatu dalam begnya dan mengeluarkan sebuah buku.
'Nah, ni buku kau . Tadi kau tertinggal dekat kantin'
Aku mengambil buku itu pada dia.
'Terima kasih' kata aku
'Sama sama'
'Okaylah, kau pun tak ada apa apa, aku pergi dulu eh' kata aku
'Kejap, nama kau?' Soal T.H.
'panggil je Rey' kata aku
'Ouh, aku Kai'
'Ouh, k bye' kata aku lalu pergi
------
[JUNG'S CAFE]'Minguk!!'
Aku terus menjerit memanggil Minguk apabila memasuki cafe. Nasib baik tak ada pelanggan masa tu, kalau tak buat malu aku je. Minguk daripada kaunter berlari ke arah aku. Aku terus memeluknya apabila dia mendekati aku.
'Minguk sihat?'
'Sihat, dah lama tak jumpa Rey noona' kata Minguk
'Noona pun rindukan Minguk'
-------AUTHOR POV-
'Rey, kamu baliklah dulu . Appa ada hal sekejap' kata En.lee sambil mengunci pintu cafe
'Humm, okay' balas Rey
Rey berjalan ke bus top yang berhampiran dengan cafe. Rey duduk dulu memandangkan bas akan sampai lagi 10 minit. Rey membuka buku yang diberi oleh T.H. iaitu Kai.
'Harap harap dia tak tengok dalam buku ni'
Buku ini merupakan hadiah terakhir daripada ibu Rey sebelum kemalangan. Dalam buku ini terdapat lukisan yang dilukis oleh ibunya sendiri dengan kata kata yang semangat untuk Rey.
'Yen?'
Rey mencari siapa yang memanggil namanya. Nama yang dipanggil itu hanya keluarganya sahaja yang tahu. Ada seorang lelaki mendekati dia dari arah kiri dan duduk disebelahnya
'Reykan'
'Aah, siapa ni?' Soal Rey sambil meneliti
'Jaewok, kenal?'
'Jaewok oppa? Kenal! kenal!'
'Rey tinggal dekat Seoul? Tak sangka' kata Jaewok
Jaewok, dia merupakan rakan Rey semasa dia duduk di Busan. Ayah Jaewok merupakan rakan kepada ibu Rey. Ayah Jaewok selalu membantu keluarga Rey. Semasa kecil, mereka berdua selalu bermain bersama. Jaewok tua dua tahun daripada Rey. Rey sudah anggap dia sebagai abang kandung dia sendiri. Keluarga Jaewok berpindah semasa umur Rey 9 tahun. Selepas keluarga berpindah, mereka berdua tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
'Sekarang oppa dah semakin handsomelah' kata Rey
'Handsome? Well' kata Jaewok dengan bangga
'Oppa duduk Seoul ke?' Soal Rey
'Aah, oppa uruskan syarikat appa Park'
'Appa Park sihat? Omma Park?'
'Diaorang sihat. Oppa, Rey taknak tanya?'
'Rey dah nampak depan mata. Nampak sihat je, badan pun dah tegap. Dulu lembik je, orang tumbuk sikit sakit'
'Dulu tumbukan Rey sakit.. Tu yang oppa sakit tu..sekarang sakit lagi tak.. Cuba tumbuk' kata Jaewok sambil menghulur lengannya pada Rey.
'Kalau sakit jangan menangis..'
Rey menumbuk lengan Jaewok dengan kuat.
'Kuat lagi rupanya Rey ni..ingat makin besar semakin lembut..rupanya tak' kata Jaewok
'Oppa, bas dah sampai..Nanti kita sambung lagi eh'
'Nombor telefon Rey, kalau tak ada macam mana nak sambung' kata Jaewok
'Telefon oppa?'
Jaewok menghulur telefonnya kepada Rey. Rey mengambil telefon itu lalu menekan nombor telefonnya dan save.
'Rey dah save kan nombor Rey..Bye oppa' kata Rey lalu masuk ke dalam bas.
'Akhirnya Oppa jumpa jugak Rey' kata Jaewok sambil melihat Rey pergi.
•••••••••••••
Bersambung~~A/S: Maybe ada ayat atau perkataan yang korang tak faham. Maaf!
YOU ARE READING
FIRST
FanfictionSinopsis? Apa kata baca cerita ini dan, Tahu perkara yang terjadi. Lee Reyna X Kim Kai