ANGIN malam yang sejuk menyapa tubuh kecil Hyera membuatkan dia berpeluk tubuh. Lelaki yang duduk di tepinye menyedari bahawa dia sejuk dan terus membuka jaketnya dan memakaikan jaket itu pada badan Hyera.
"Eh? Thanks."
Hyera tersenyum sambil memandang lelaki itu. Lelaki itu membalas senyumannya sambil menunjukkan giginya yang putih.
"Err macam mana awak boleh ada kat sini? Bukan ke awak cakap awak duduk kat China?"
Tanya Hyera perlahan. Matanya melihat muka lelaki di sebelahnya. Wajah yang selama ini dirinduinya.
"Erm saya baru balik minggu lepas. Ni saya datang sebab Irene sepupu saya so saya datang jelah. Tak sangka dia kawan dgn awak."
Kata lelaki itu bersahaja. Bibirnya tidak henti mengukirkan senyuman. Arh, senyuman itu selalu membuat hati Hyera tidak tenteram.
"Mark, saya rindu awak. Saya masih kecil hati tahu tak, awak pergi macam tu je. Yang awak tinggal, sepucuk surat je."
Nada suara Hyera kian berubah. Matanya berkaca. Tanpa disedari, lelaki itu menarik Hyera supaya berada di dalam pelukannya. Hyera terkejut. Dadanya bergetar dengan hebat. Ya, dia dah lama jatuh hati kat Mark. Cuma malu nak mengaku.
Hyera perlahan lahan membalas pelukan itu. Hyera berasa selesa berada di dalam dakapan Mark. Dia berasa selamat. Akhirnya, insan yang di carinya selama ini muncul jua.
-----
KAI memandang wajah pembantunya itu. Mata sembab. Tak cukup tidur ke? Matannya memerhati wajah Hyera. Lebih kepada mengamati. Fuh, dia ni cantik jugak. Bisik Kai di dalam hati. Nafsunya bergetar.
"Hyera. Bangunlah. Awak ingat tempat ni ayah awak punya ke?"
Hyera menggosok matanya. Haih ngantuknyaa. Matanya dibuka perlahan lahan. Bam! Mukanya dengan muka Kai gila bapak dekat.
"Jangan risau. Kat sini tkde cctv."
Kai tersenyum sinis. Hidung mancungnya menyentuh hidung Hyera. Hyera segera mengalihkan mukanya jauh dari Kai.
"Sorry. Saya tertidur."
Kata Hyera. Kai menghempaskan punggungnya di sebelah Hyera.
"Takpelah. Awak boleh balik. Biar saya uruskan."
Kata Kai sambil menepuk bahu Hyera. Hyera segera berdiri kerana tidak selesa dengan perbuatan Kai.
"Okay. Thanks."
Kata Hyera sambil menunduk hormat kepada Kai.
-----
YOU ARE READING
Doctor Stranger
Romance"Kau patut bersyukur aku tolong kau dulu." -KAI- "Nasib aku dapat ketua mcm kau. Ergh." -HYERA-