Bab 7

174K 7.5K 938
                                    

Orked membetulkan kedudukannya . Kepalanya menunduk . Dia menyisip perlahan jus oren yang dipesan . Dia resah . Tidak selesa dengan renungan tajam Haydar sedari tadi . Anak matanya cuba melihat sama ada Haydar masih merenungnya dan yasss Haydar masih tetap begitu . Bibir Haydar tersenyum nipis

" Malu ? " sepatah Haydar bertanya . Orked kelihatan sungguh comel di matanya

Orked gigit bibir . Ish Haydar suka macam ni

" Mana ada ... " antara dengar tidak dengar sahaja jawapan Orked

" Then kenapa saya tanya tak jawab ? " Haydar tersengih . Suka sungguh dia mengusik Orked

Orked mengeluh perlahan . Tak sanggup untuk dia suarakan kepada Haydar

" Orked ? " soal Haydar apabila melihat Orked hanya membatu dengan kepala masih menunduk

Orked rasa serba salah . Serba salah untuk suarakan keputusannya kepada Haydar

Go go Orked !

Perlahan kepalanya diangkat memandang Haydar . Melihatkan wajah Orked itu , Haydar sudah dapat mengagak mengapa Orked bersikap sedemikian

" Awak tak suka saya masuk meminang ? " suara Haydar berubah

" Tak , bukan tu maksud saya "

Adumak , dia pikir lain pulak . Muka pun dah berubah keruh huhu

" Saya ... saya cuma tak ready lagi . Lagipun kedai saya tu ... " kata-kata Orked terhenti apabila Haydar terus bangun lalu beredar tanpa sepatah kata

Bibirnya mengeluh lagi

************

Oh tuhan , tolonglah selamatkan aku !

Tengku Farhan menjerit dalam hatinya apabila kelibat Tasha menyapa mata

" Mika , Tasha datang ni " kata Puan Sri Sharifa . Excited sungguh

Ish apa benda lah yg perempuan ni nak sampai datang ke rumah aku

Puan Sri Sharifa menjemput Tasha masuk . Tengku Farhan yang sedang berada di ruang tamu membentak geram . Ceh dalam hati jer

Makin serabut la otak aku macam ni . Aduhaiii

Tasha melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Farhan . Bahu mereka bersentuhan

" Hi sayang , I miss u so much " Tasha berkata manja

Tengku Farhan senyum kelat . Mula lah tu nak menggeletis eii

Puan Sri Sharifa yang duduk berhadapan dengan mereka tersenyum . Harap-harap cepat la dorang berdua ni kahwin

Tengku Farhan pula mula rasa tidak selesa . Sekilas matanya meneliti pakaian Tasha . Fuh seksa mata aku

Perlahan Tengku Farhan menjarakkan kedudukan mereka . Gila apa ? Dengan perfume macam tumpah sebotol . Aku pun lelaki jugak . Ada nafsu

Ok abaikan apa yang aku cakap tadi

Dia berdehem untuk menghilangkan rasa kekok

" Kenapa you datang ni ? " mukanya cuba dimaniskan

" I saja je datang sini . Nak buat suprise kat you " Tasha ketawa kecil

Haah , suprise sangat-sangat . Sampai aku rasa macam nak kena heart attack bila tengok muka kau depan rumah tadi

" Plus I rindu kat you , rindu kat auntie " sambung Tasha lagi

Makin melebar senyuman Puan Sri Sharifa

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now