Bab 58

142K 6.2K 790
                                    

Tengku Farhan memakirkan kereta Audi R8 miliknya bersebelahan dengan kereta kancil Orked . Dia tidak terus keluar malah duduk termenung di dalam kereta

Sebaik sahaja Orked ternampak dia dan Bella di café tadi , isterinya itu terus beredar . Tengku Farhan cuba menahan Orked namun semuanya sudah terlambat . Sekelip mata sahaja kereta Orked sudah hilang dari pandangan

Tengku Farhan meraup muka . Melihat air mata Orked yang mengalir kerananya membuatkan dia berasa sakit . Dia tak mahu menjadi punca Orked menitiskan air mata . Melihatkan itu sahaja sudah cukup membuatkan dia terseksa

Dia yakin ini semua angkara Bella . Dia yang merancang semuanya . Siapa lagi akan buat benda bodoh kalau bukan perempuan jalang tu ?

Tengku Farhan bersandar pada kusyen kereta . Matanya dipejamkan erat

Tak tahu bagaimana dia harus berdepan dengan Orked . Dia bimbang jika Orked tidak mahu mendengar penjelasan darinya . Dia tahu Orked begitu terluka saat ini

Dengan perlahan dia membawa tubuhnya keluar daripada kereta . Kaki terus diatur memasuki rumah dan seterusnya ke tingkat atas , menuju ke bilik tidur mereka

Dia berhenti apabila tiba di muka pintu . Ditarik nafas lalu dihembus perlahan . Cuba mencari kekuatan sebelum dia memulas tombol pintu

Matanya terus terpandangkan Orked yang sedang duduk di birai katil . Anak mata mereka bertemu apabila Orked mengangkat kepala memandangnya

Tergamam dia melihat wajah Orked yang memerah dan matanya yang sembap . Pipi gadis itu pula basah dengan air mata . Tak pernah dia lihat Orked menangis sebegitu teruk

Suasana antara mereka kemudiannya senyap buat beberapa ketika . Tengku Farhan hanya statik ditempat dia berdiri . Begitu juga dengan Orked . Masing-masing saling berbalas pandangan , saling bertentang mata

Tengku Farhan nampak kekecewaan di mata Orked . Dia nampak kesedihan di matanya . Dan itu semua adalah berpunca daripada dirinya sendiri

Dia perasan setitis air mata gadis itu menitis di pipi

" Orked .. " Tengku Farhan bersuara perlahan . Tidak mahu melihat Orked menangis sekali lagi . Hatinya sudah cukup terseksa

Pantas Orked mengalihkan matanya ke arah lain . Air mata diseka perlahan

" Sampai hati awak buat saya macam ni , Farhan " katanya dengan suara yang sedikit serak

" Awak tipu saya . Awak khianati saya " tambahnya lagi. Terlayar kembali di ruang matanya adegan mesra Tengku Farhan bersama Bella . Hatinya bagai dirobek melihat adegan tersebut

Tengku Farhan menggeleng perlahan . Dia mula mendekati Orked

" Saya tak pernah tipu awak . Apatah lagi nak khianati awak . Saya betul-betul sayangkan awak " ujarnya lembut . Dia cuba mengelap air mata Orked namun segera ditepis . Orked terus bangun dan berdiri dihadapan Tengku Farhan

" Jadi , apa maksud semua yang berlaku dekat café tadi ? Lakonan ? " suara Orked tiba-tiba meninggi . Air mata yang bertakung di tubir mata cuba ditahan daripada menitis

" Itu hanya salah faham . Saya tak ada apa-apa hubungan dengan- "

" Saya tak bodoh , Farhan ! Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang awak berpeluk dengan Bella . Saya nampak awak bermesra dengan dia . Saya nampak semuanya !" air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga . Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini . Dia lemah . Hatinya sudah begitu sakit diperlakukan sebegini oleh Tengku Farhan

" Apa salah saya kat awak ? Kenapa awak buat saya macam ni ? " kata Orked dalam esakan panjang . Air matanya mengalir keluar mencurah-curah dari kelopak mata

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now