Bab 60

135K 6.4K 666
                                    

Udara segar dihirup sebelum dihembus perlahan . Hati Orked terasa begitu tenang melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapan matanya

Sudah seminggu dia berada di Kedah . Dan dalam seminggu juga Tengku Farhan tidak putus-putus menelefon dan menghantar mesej kepadanya . Tetapi satu pun tidak dijawab

Apabila teringatkan tentang hubungan Tengku Farhan dan Bella membuatkan hatinya menjadi lagi sakit

Tergamak Bella lakukan semua ni . Kononnya hendak berkawan . Mungkin juga ni rancangkan mereka untuk butakan mata aku

Tangan Orked naik memicit dahinya yang tiba-tiba sahaja rasa berdenyut . Haa ini satu lagi masalah

Sejak akhir-akhir ni , dia kerap sakit kepala . Atas sebab apa dia sendiri tak tahu . Dia selalu berasa mual dan perutnya pula kadang-kadang terasa senak . Badan pun cepat letih

" Hang buat apa duduk kat pangkin ni ? " sapa mak tok lalu melabuhkan punggungnya disebelah Orked . Dia berasa hairan melihat Orked yang asyik memicit dahinya

" Awat ? Sakit kepala lagi ka ? "

Orked hanya mengangguk

" Pi la jumpa doktor . Risau pula mak tok tengok hang . Dah lama dah hang duk sakit lagu ni "

" Tak pa lah mak tok . Sakit biasa ja ni " Orked menolak lembut

" Cuba hang dengaq cakap mak tok . Pi klinik tu " kata mak tok lagi . Degil sungguh dia ni

" Ya la . Satgi la " jawab Orked meleret-leret . Bukannya dia tak mahu pergi ke klinik , nak drive ke klinik pun rasa malas yang amat

" Farhan tak ada telefon hang ka ? " soal mak tok tiba-tiba . Sengaja mahu mengorek masalah cucunya

" Apa ni mak tok ... " kata Orked acuh tidak acuh . Dia tidak suka bercakap tentang Tengku Farhan . Buat sakit hati sahaja

" Sampai bila hangpa nak jadi lagu ni ? "

Orked terdiam buat seketika . Dia menundukkan kepala . Entah sampai bila mereka akan terus begini

Bukan senang untuk dia maafkan Tengku Farhan . Suaminya sudah berlaku curang dengan perempuan lain . Lebih-lebih lagi apabila perempuan tersebut adalah orang yang dia kenali . Bella

" Entah lah , mak tok " jawab Orked perlahan

Mak tok mengeluh . Sudah berbuih mulutnya menasihati Orked tetapi sedikit pun dia tidak dengar . Hanya buat tidak endah sahaja

" Cuba la hang dengan Farhan bincang elok-elok . Jangan duk ikutkan perasaan tu "

" Tak apa lah , mak tok . Orked tau apa yang Orked buat " jawab Orked seraya bangun dan masuk ke dalam rumah . Dia tak mahu bercakap tentang itu lagi

Mak tok hanya menggelengkan kepala . Dia mengeluh kecil

*******************

Mak tok membuka pintu rumah . Dia dan Orked baru sahaja pulang dari klinik . Dia memandang Orked yang terus berjalan menuju ke biliknya

" Orked .. " panggilnya lembut

Orked menoleh . Setitis air matanya jatuh

" Tolong jangan bagitahu Farhan pasal ni " katanya sebelum masuk ke dalam bilik . Mak tok terdiam sebelum mengangguk perlahan

Orked menutup pintu biliknya dengan rapat . Dia bergerak ke birai katil lalu duduk . Air mata yang mengalir di pipi terus diseka

Berita daripada doktor sebentar tadi benar-benar mengejutkannya . Bagaikan tidak percaya sahaja yang dia telah disahkan hamil

Orked memegang perutnya yang kempis . Gembira ? Sedih ? Dia sendiri tidak tahu . Perasaannya bercampur baur

Dia mengambil telefon yang terletak di atas meja . Ada beratus-ratus mesej dan missed call daripada Tengku Farhan

Tiba-tiba telefonnya berdering . Tertera nama Tengku Farhan di skrin . Orked berasa teragak-agak hendak menjawab panggilan tersebut . Dengan tangan yang mengigil , dia menekan punat hijau lalu telefon dilekapkan ke telinganya

" Sayang , kenapa awak tak angkat call saya ? Kenapa awak tak reply mesej saya ? Sampai macam tu sekali ke awak bencikan saya ? "

Air mata kembali bertakung di tubir mata Orked . Sudah lama dia tidak mendengar suara Tengku Farhan

" Sayang .. tolong maafkan saya . Saya tak sanggup macam ni lagi . Saya terlalu sayangkan awak . Tolong bagitahu saya kat mana awak sekarang . Saya bawa awak balik okay , sayang ? " terdengar suara sebak Tengku Farhan di hujung talian . Tidak semena-mena air mata Orked mengalir di pipi . Dia cuba tahan daripada mengeluarkan suara

" Sungguh saya rindukan awak . Setiap hari saya fikirkan awak . Setiap hari saya terbayangkan awak . Saya sayangkan awak .. terlalu sayang .."

" Kalau awak tak nak cakap apa-apa , please cakap sama ada awak okay atau tidak . Itu dah cukup bagi saya . Sekurang-kurangnya saya tahu awak okay kat sana "

Semakin deras air jernih mengalir daripada sepasang matanya yang sudah letih berendam air mata itu . Orked menekup mulutnya dengan tangan . Tak mahu esakan tangisnya didengari Tengku Farhan

" Saya cintakan awak , Orked Dahlia . Saya nak awak tahu yang saya tak pernah curang dengan awak . Saya hanya cintakan awak seorang . Saya- "

Serentak itu , Orked mematikan panggilan . Dia sudah tidak sanggup mendengar semuanya lagi . Perutnya dipegang erat lalu dia menangis teresak-esak

-----------------------------------------------

Sorry kalau hambar dan pendek , saya nak fokus pada part Orked pregnant . Next bab apa yang jadi pulak ? Hehe tunggu tau

Vote and comment guys ! Jangan lupa baca cerita kedua saya ' The Bodyguard ' . Thank you

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now