Bab 25

151K 6.6K 883
                                    

Tengku Farhan terjaga dari tidur setelah dikejutkan dengan bunyi alarm telefon bimbit di sebelah bantalnya . Dia menguap dan mengeliat perlahan . Fuh sejuknya pagi ni . Mestilah sejuk kalau tidur tak pakai baju . Dia tidak selesa memakai baju ketika tidur . Rasa rimas

Perlahan-lahan dia bangkit dari katil lalu meregangkan otot-ototnya , memanaskan badan . Kemudian dia meniarap di atas lantai seperti kedudukan push-up . Tangannya dirapatkan sehingga kedua ibu jari dan jari telunjuk membentuk seperti diamond . Badannya diturun dan dinaikkan . Push-up ini dinamakan Diamond push-up . Selain daripada Diamond push-up , kadang-kadang Tengku Farhan melakukan Incline push-up atau Decline push-up

Rutin hariannya setelah bangun dari tidur . Wajib bersenam dulu . Bagus untuk otot-otot badan

Kemudian dia melakukan sit-up pula . Push-up 20 × 6 dan sit-up juga 20 × 6

20 × 6 maksudnya 20 kali 6 sesi . Setiap sesi selang sit-up terus push-up . Dan setiap sesi juga diselangi rehat 5 minit . Ini antara sebab Tengku Farhan bangun awal pagi pukul 5:30 . Kalau bangun lambat sangat , nanti tak sempat pulak . Nak ke office lagi . Dah lah tiap hari hadap jammed je

Selesai push-up dan sit-up , Tengku Farhan bergerak ke arah pull up pada pintu bilik yang menghubungkan bilik tidurnya dengan closet . Tangan kasarnya mengenggam bar kemudian mengangkat badan serta lipatkan kakinya ke arah belakang . Perlahan-lahan dia menurunkan diri sehingga siku pada sudut 90 darjah dan kemudian tolak kembali . Senaman ini dinamakan Dips & Flys . Sesuai untuk membina otot dada

Ramai diantara teman rapatnya yang mencemburui tubuh sasa Tengku Farhan . Lebih-lebih lagi Haiqal . Badan keping je aku tengok . Aku dah share tips pun dia tak mahu buat . Exercise pun malas , lepastu nak harapkan badan sado . Memang takkan dapat hasil lah

Setelah selesai melakukan senaman hariannya , Tengku Farhan mencapai tuala lalu melangkah ke bilik air . Takut terlewat pula ke office . Dah macam jurulatih bina badan pula haha

************

" Hah ! "

" Oh mak kau beranak lapan ! " Orked melatah sambil mengurut dadanya . Kus semangat !

Ika sudah ketawa berdekah-dekah sambil memegang perut . Bukan main lagi masak sambil menyanyi . Kena sergah sikit terus melatah

" Eiii kau ni kan ! Tak nampak ke aku tengah masak sarapan ni ? Nasib baik tak terpelanting sudip tahu tak " kata Orked geram sambil mengaul kembali nasi goreng di dalam kuali panas itu . Rasa nak ketuk je kepala Ika

" Ala rileks la . Anyway mak aku beranak 3 orang je . Abang Aiman , Aku dan Isya . Bukan lapan okay " jawab Ika sambil ketawa . Orked menjeling

" Bukan main mulut kau ye . Huh , jangan makan masakan aku . Pergi sarapan kat luar " balas Orked . Dia mematikan api dapur gas lalu mengambil mangkuk kaca sederhana besar dan memasukkan nasi goreng ke dalamnya . Dia berjalan ke hadapan lalu meletakkan mangkuk tersebut ke atas meja . Ika hanya membuntuti

" Aduh , Ked . Janganlah macam ni . Aku gurau je . Kau punya masakan memang the best . Takkan aku nak makan kat luar pulak " Ika mula merayu . Tak nak lah makan kat luar . Baginya , masakan Orked adalah yang terbaik . Orked memang pandai memasak . Tak macam aku huhu

Bibir Orked mula tersenyum . Kembang habis mendengar pujian Ika . Dia mengambil 2 buah pinggan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan

" Hmm tahu pun . Haa duduklah makan " Orked menghulurkan pinggan kepada Ika . Ika pula tersengih sumbing menyambut pinggan tersebut

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now