Bab 8

158K 6.9K 119
                                    

Tengku Farhan melabuhkan punggungnya . Beg sandang dibuka lalu air mineral dikeluarkan . Pantas dia meneguk air tersebut . Peluh yang mengalir di dahi dan leher tidak diendahkan

Tiba-tiba bahunya ditepuk kasar . Dia berpaling . Wajah Haiqal tersengih

" Dah lama tak nampak kau kat sini beb . Mana hilang ? " Haiqal juga turut melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Farhan

" Aku busy la . Saja datang sini main . Kurang stress sikit " Tengku Farhan menjawab dengan mata dihalakan ke hadapan melihat kawan-kawannya yang lain bermain futsal

" Oh , stress sebab kerja . Ingatkan sebab Tasha " Haiqal sengaja membangkitkan nama Tasha . Dia sengih jahat

Tengku Farhan menjeling tajam " Aku rimas dengar nama dia ok "

Tawa Haiqal pecah

" Aku tak faham betul dengan kau ni . Kalau kau tak suka dengan Tasha tu , blah jela . Kenapa jadi baik sangat setia-setia ni ? "

Baru sahaja mulut Tengku Farhan hendak menjawab , Haiqal memintas

" Sebab family kau ? Come on la , Farhan . Sekarang ni bukan zaman dulu-dulu yang orang tua aturkan jodoh . Kau kena tentukan hidup kau sendiri "

Haaa tu dia . Apabila lawyer mula bercakap

" Yang jadi mangsa tu aku , bukan kau . Kau kalau cakap senang lah " jawab Tengku Farhan perlahan

" Kau yang suka susahkan . Masalah senang je nak selesaikan . Ok , sekarang ni cuba kau fikir , lambat laun kau akan kahwin dengan Tasha . Kahwin bukan untuk 1 bulan ke 2 bukan tapi untuk seumur hidup . Kau rasa kau boleh bahagia ? Hidup kau macam takda makna je " ujar Haiqal .

Tengku Farhan diam seketika . Otaknya ligat memikirkan kata-kata Haiqal

" Aku tahu semua tu tapi aku tak sanggup nak hampakan mummy dengan daddy aku "

" Lawanlah sikit . Yang kau jadi anak mithali sangat ni kenapa " selamba Haiqal membalas

" Haha , But aku akan sentiasa berdoa supaya aku takkan kahwin dengan Tasha or dia sendiri yang blah ke " Tengku Farhan ketawa kuat

" Tasha nak blah ? " kini Haiqal pula yang ketawa

" Asyik berkepit dengan kau je . Memang tak lah dia nak blah " sambungnya lagi

" Alah kau ni , doa lah jugak untuk aku " Tengku Farhan menumbuk bahu Haiqal perlahan

" Takde kerja aku . Kau buatlah perangai bagi si Tasha tu menyampah dengan kau . Nanti dia blah lah tu "

" Tak payah buat perangai pun dah nampak yang aku memang taknak kat dia . Tapi still berkepit dengan aku . Sumpah rimas "

Haiqal ketawa lagi . Banyak betul masalah dalam hidup kau ye

" Kau dah nak tunang dengan dia ke ? " soal Haiqal tiba-tiba

" Mana kau tahu ? " tanya Tengku Farhan sedikit terkejut

" Aku main teka je . Betul ke kau nak bertunang ni ? "

Tengku Farhan mengeluh tanpa sedar

" Haah " sepatah Tengku Farhan menjawab

" Bila ? " Tanya Haiqal lagi

" ASAP . Dah la . Aku malas cakap pasal ni " Tengku Farhan cuba mengelak

Haiqal cuma mengangkat bahu

**************

Orked mendail lagi nombor telefon Haydar . Ni dah masuk kali ke berapa Haydar langsung tak angkat . Takkan dia still marah pasal aku tolak cadangan dia nak meminang aku tu . Aku bukannya tolak terus cuma minta tangguh dulu je hmm

" Sudah lah tu , Orked . Serabut pulak aku tengok kau ni " tegur Ika yang sedang asyik meggubah bunga

" Haydar tak pernah macam ni tau . Aku risau la " Orked mengeluh perlahan

" Kau tak payah la fikir sangat . Mungkin dia merajuk lagi kut . Nanti okay lah tu . Haa , ni ada pesanan yang kau kena hantar "

" Kawaii kan ada ? " tanya Orked dengan dahi berkerut

Kalau penghantaran bunga ni , memang kerja Kawaii

" Kau lupa ke yang Kawaii MC harini ? So kau yang kena hantar . Aku banyak lagi kerja ni " Ika kelihatan kusut

Adumak , rasa kesian pulak tengok Ika

" Haa yelah . Hantar kat mana ? "

" Rumah Pn Sri apa tah . Nanti aku bagi address . Kau bawak lah van tu . Jangan bawak kau punya kancil buruk tu pulak . Karang mati semua bunga " selamba Ika memerli Orked

Ewah ewah , sedapnya mulut kau ye . Dari dulu lagi si Ika ni memang pengutuk tegar kereta kesayangan aku

' Kereta buruk ni juga yg kau sayang '

' Buang kat lombong jelah kereta kecik ni '

Itu antara bait2 kata Ika yang sungguh tajam bagaikan sembilu huhu

" Kau layan Pn Sri tu baik-baik tau . Dia tu pelanggan tetap kita . Anyway , aku dengar anak lelaki dia handsome . Boleh la kau tackle kan lepastu bagi aku " Ika ketawa berdekah-dekah

Orked hanya mencebik.

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now