Silalah baca novel ini sambil dengar soundtrack di atas setiap bab sekadar untuk menambahkan lagi feels. Selamat membaca~
Sekolah.
Huh, itu bukan tempat aku. Setiap langkah yg aku bakal jalani , mungkin terdapat pelbagai dugaan dan cubaan untuk ku. Entah apa yang 'mereka' akan lakukan padaku hari ini. Aku sudah penat untuk lalui hari-hari yang sama. Jantungku berdegup kencang apabila sampai sahaja di depan pintu kelas. Aku takut nak masuk tapi aku tiada pilihan lain selain daripada itu.
"Anak alien dah sampaii!!"
Ugh, dia ini lagi - Adam. Kalau sehari tak panggil aku macam itu memang tak boleh. Jeritan Adam disahut oleh rakan-rakan kelas yang lain. Aku geram. Tiada apa yang boleh aku lakukan.
Aku terus berjalan ke tempat dudukku tanpa mempedulikannya.
Aku terkedu.
Meja aku penuh dengan contengan, 'ANAK ALIEN, BOD*H, HODOH, PERGI MATI LAH! ANAK PEMBUNUH!'. Kerusi aku juga dijahanamkan dengan menggunakan pisau - mungkin? Rakan kelas aku hanya memandang sambil tergelak kecil.
"Woi, cepatlah duduk tempat kau tu!" jerit salah seorang dari mereka.
"Anak pembunuh."
Aku bergegas keluar untuk mendapatkan kerusi yang lain. Walau berapa kali aku tukar kerusi, walau berapa kali aku bersihkan meja, walau berapa kali aku menangis, keadaan tetap sama. Aku dicaci, aku diejek 'alien' oleh Adam hanya kerana mata aku yang sedikit besar - dan kelihatan agak pelik. Aku juga digelar sebagai 'anak pembunuh'. Aku tidak punya kekuatan untuk melawan 'mereka'. Siapa mereka? Kawan sekelas aku sendiri.
Tak. Tak layak dipanggil kawan.
Pada ketika aku datang semula ke kelas - bersama kerusi yang diambil dari bilik simpanan, aku terlihat seorang perempuan - hampir sama tinggi denganku membersihkan meja aku. Dia berpaling ke arah aku yang sedang berdiri dengan pegun berdekatan dengan meja tersebut. Kemudian, tersenyum.
"Assalaamualaikum, Laila?" soalnya.
"W..waalaikumsalam. Ya.. Ya!" balasku.
Ya Allah, kenapa aku gagap sangat ini. Pertama kali orang tegur aku baik-baik macam itu. Tapi, wajahnya.. seperti pernah aku lihat sebelum ini, hmm.
"Nama aku Qaseh Imani. Kau boleh panggil aku Qaseh je. Kalau aku panggil kau Laila boleh, kan?" katanya.
Aku hanya menganggukkan kepala. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya. Siapa dia ini ya?
"Hoi, Qaseh! Jangan rapat sangat dengan budak tu! Kau tahu tak, ayah budak tu pembunuh! Kau tak tahu ke pasal tu?!" gertak ketua mereka - Hana.
Ya. Sewaktu aku berumur 9 tahun, ayah aku memandu dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Disebabkan itu, kemalangan berlaku. Kemalangan tersebut menyebabkan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa, ibu dan anak perempuannya maut. Ayah aku cedera parah di bahagian kepala. Selepas kejadian itu, ayah aku menjadi tak waras dan menyalahkan diri sendiri. Dengan tidak semena-mena, ayah aku bunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Itu apa yang penduduk-penduduk taman aku beritahu-lah.
Sejak itu, semua orang menjauhkan diri dari aku..
"Ayah Laila bukan pembunuh! Laila pun takde kena-mengena!" balas Qaseh.
Baru sahaja Hana hendak membalas, cikgu sudah masuk ke kelas. Aku hanya memerhatikan Qaseh yang memindahkan mejanya di sebelah meja aku - aku memang duduk seorang diri. What? Duduk sebelah aku pula?
Bermula daripada saat itu, dunia aku berubah dan kisah aku bermula. Insan bernama Qaseh.. kenapa kau masih hendak berkawan dengan aku?
YOU ARE READING
Arigatou, Sayonara.
Random"Selamanya, forever, smpi bila-bila... hanya sehingga mati saja.." Kata-kata terakhir kau, Benda kesukaan kau, Aku tak akan lupa. "Arigatou, sayonara" 'Arigatou, Sayonara' ini mengisahkan tentang masalah-masalah yang menimpa seorang budak perempua...