Bab 1

112 8 0
                                    

"Hoi, apa korang buat kat Laila hah?!"

Huh? Suara tu.. Qaseh? Aku membuka mata. Kepala dan badanku terasa sakit. Aku meraba belakang kepalaku. Ini.. darah. Baru aku ingat - aku ditolak jatuh dari tangga sewaktu aku ingin turun ke kantin. Ya, ditolak oleh 'mereka' lagi. Sakit.

"Yang kau nak sibuk apesal?" kata satu lagi suara.

Penglihatan mataku semakin kabur. Benda terakhir yang aku lihat pada waktu itu hanya lah Qaseh yang sedang cemas memanggil cikgu-cikgu yang berdekatan dengan tangga tersebut. Aku rebah. Semuanya menjadi gelap dengan serta-merta.

"Laila? Laila! Kau dah sedar, Alhamdulillah.."

Sedar-sedar je aku sudah terbaring di katil bilik rawatan - bersama Qaseh yang duduk di kerusi bersebelahan dengan katilku. Aku berusaha untuk bangun. Ugh..

"Hah? Laila, kau tak boleh bangun lagi la. Baring je dulu." kata Qaseh.

"Aku nak duduk." balasku. Qaseh meletakkan bantal di belakangku dan aku bersandar padanya.

"Err.. sorry tapi, kau tak perlu lah susah payah tolong aku. Aku dah biasa lah macam ni." Masih gugup lagi. Maklumlah, kawan baru. Qaseh tergelak. Aku ada cakap benda kelakar ke tadi?

"Kau ingat aku macam budak lain ke? Aku tak bodoh macam dorang. Bila kawan baik dalam kesusahan, aku mesti tolong " jelas Qaseh.

Kawan baik?

"Tapi, kau tahu kan..-

"Sudah! Aku tak kisah kau anak sesiapa pun. Kau takde kena-mengena pun dengan kes ayah kau tu.. Tu kau pun tahu, kan." Qaseh mencelah kata-kataku.

Aku terdiam.

"Jadi, kau kena marah dorang! Kau kena bertegas dan lawan dorang balik." katanya lagi.

Aku menitiskan air mata.

"Laila? Sakit sangat ke? Lagi satu, aku nak minta maaf sebab tak tolong kau masa kau kena buli dengan dorang tu sebelum ini. Aku dah tak tahan tengok kau dilayan macam tu, jadi aku ambil keputusan untuk jadi kawan kau, okay?" katanya lagi.

Aku genggam tangannya. "Terima kasih, Qaseh.."

Sepanjang kami berada di bilik rawatan, kami hanya bercerita tentang tempat tinggal dan minat kami. Qaseh pun minat anime (animasi khas Jepun;) seperti aku. Bukan itu je, dia pakar dalam melukis pemandangan; nature. Tak sangka kami mempunyai bakat dan minat yang sama. Katanya, dia ada belajar bahasa Jepun sikit-sikit.

Sejak hari itu, pembulian terhadap Qaseh juga terjadi. Begnya disorok, pakaiannya dikotorkan, dan dia dicederakan di kelas.


Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang.

"Laila~ kau jalan kaki balik rumah, kan?" soal Qaseh.

"Ya, kenapa?" jawabku - sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg.

"Jom jalan kaki sama-sama! Rumah aku pun dekat je dengan sekolah ini." katanya.

"Aduh!"

Aku cepat-cepat memapah Qaseh yang hampir jatuh.

"Qaseh, lutut kau luka lah.. sini aku tampalkan plaster" kata aku sambil mengeluarkan sekeping plaster dari dalam beg - aku memang selalu bawa untuk kecemasan.

"Haha, terima kasih." balasnya.

Selesai menampal plaster di lututnya, kami berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah.

Semasa perjalanan pulang,

"Qaseh, kau tak perlulah risaukan aku lagi. Aku tak sanggup tengok kau kena buli." kataku kepada Qaseh.

Arigatou, Sayonara.Where stories live. Discover now