Sementara itu..
"Hari ini kau tolong hantarkan order kat alamat ini. Aku dah tulis semuanya dalam kertas itu." kata Izzudin - anak seorang penjual bunga - sambil menghulurkan sejambak bunga semarak api dan secebis kertas.
Barang itu bertukar tangan. Hmm, apartment? Bilik 207..
"Kau tak penat ke tolong aku hantar bunga kat rumah-rumah orang?" soalnya.
Aku memandang ke arah Izzudin. "Aku tak nak menyusahkan ibu bapa aku untuk jaga aku. Biarlah aku cari duit lebih sendiri dulu." jawabku. Kemudian, aku melangkah keluar daripada kedai dan berjalan kaki menuju ke apartment yang dikatakannya.
Sampai di bilik 207,
Aku menekan loceng dan pintu dibuka. .
"Sampai pun. Terima kasih, ya cik Hannan." kata Qaseh sambil menghulurkan bayaran.
"Sama-sama." Belum sempat untuk aku memulangkan baki, dia sudah masuk ke dalam dan mahu menutup pintu-
"Eh, cik Qaseh! Baki?"
Dia menoleh semula ke arah aku dan berkata, "Simpan sahaja lah" dan mengenyitkan sebelah mata.
Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini..
Aku pun pulang semula ke kedai.
Di rumah Laila,
Sebaik sahaja aku tiba di pintu rumah, aku sudah terlihat kasut seorang perempuan pertengahan umur tersusun di situ. Nampaknya umi dah balik. "Assalaamualaikum!" Aku memberi salam sambil membuka selipar dan susunkannya di rak. "Umi~ Laila dah balik ni"
Pintu rumah dibuka. "Waalaikumsalam, Laila pergi mana tadi? Dh lewat ini" kata umi.
"Sorry, umi, Laila jalan-jalan tadi nak cari ilham untuk melukis." jawabku. Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah dan mencium tangan umiku.
Malam itu, selepas makan, aku duduk di meja belajar untuk sambung mewarna lukisan pemandanganku tadi. Hari yang memenatkan, tapi.. dalam satu hari ini, banyak perkara telah terjadi. Dan semuanya kerana.. Qaseh. Mataku terus terpejam rapat..
Kat mana aku ni?
Seluruh bilik ini terlalu gelap. Hanya ada sedikit cahaya datang melalui tingkap. Aku berjalan menuju ke tingkap tersebut dan menjenguk ke luar. Subhanallah, aku berada di sebuah bangunan yang.. kelihatan hangus? Hitam? Dan aku berada di tingkat yang paling tinggi. Aku berundur semula ke belakang dan merapati dinding.
Aduh! Dinding ini panas. Baru aku perasan, sejak tadi bilik ini terasa berbahang. Aku dapat rasakan siku aku semakin lama semakin melecur. Bila diteliti semula, aku berada di sebuah bangunan.. apartment?
"Laila!!"
Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan menjerit namaku. Qaseh?
"Laila! Pergi dari sini, cepat!!"
Hah? Kenapa..
Qaseh terus menarik tangan aku keluar dari bilik tersebut. Anak-anak tangga yang kami lalui semakin lama semakin rapuh dan mula merekah. Kami harus cepat. Berapa banyak lagi anak tangga yang kami harus lalui? Ia seperti, tangga yang tidak ada penghujungnya.
Hm? Bau asap?
Aku menoleh ke belakang. Masya-Allah - api yang marak.. sedang mengejar kami? Bukan, ia sedang mengejar aku. Peluh aku mengalir dengan deras. Degupan jantungku semakin laju. Wahai kaki, kenapa engkau tidak laju seperti degupan jantungku ini.
Api yang marak itu semakin mendekati.
Prakk!
Rekahan atap jatuh dengan tiba-tiba mengenai aku.
"Laila!!!"
Pada saat itu, masa dirasakan seakan-akan terhenti. Apabila aku sedar, aku sudah bertukar tempat dengan Qaseh. Kedua kaki Qaseh dihempap dengan rekahan atap yang jatuh tadi.Aku pula yang sudah berlari jauh daripada tempat tersebut. Aku kembali semula ke arah Qaseh.
"Lai.. la.. kenapa k.. kau datang sini? Pergi lari ce..ce..p.. pat" katanya dengan suara yang sudah tersekat-sekat. Airmataku hampir jatuh melihat keadaan Qaseh begitu. Aku mengendahkan kata-katanya dan cuba mengangkat rekahan atap yang besar dan seberat seekor gajah itu namun tidak berjaya. Tidak, tidak..
"Laila.. d.. dengar cakap a.. ku.. lar-"
Wuushh!
Sudah terlambat. Api yang marak tadi sudah menelan kami - dengan sekelip mata. Semuanya hangus terbakar. Seperti sebuah lukisan yang dibakar oleh pelukisnya sendiri. Seorang pelukis yang sudah berputus asa-
Panas, panasnya.. Qaseh, di mana kau?
Aku bingkas bangun dari katil, nafasku tercungap-cungap, dan jantungku sedang laju berdegup. Bulu roma aku juga berdiri tegak apabila aku cuba mengingati kembali mimpi yang baru aku lalui tadi. Aku dapat rasa yang badanku panas, dan aku sedang berpeluh.
"Astaghfirullahhal'azim!"
Mukaku diusap beberapa kali, dan cuba mengumpul kembali nafas. Aku meraba-raba badanku dan melihat kakiku. Syukur, itu semua sekadar mimpi. Aku memandang jam yang tergantung di dinding - 4.03 pagi. Hurr, aku tidak dapat tidur semula. Aku takut kalau-kalau aku termimpikan benda yang sama. Aku hanya termenung memandang dinding sehingga mataku terpejam semula.
Aku berlari dengan cepat ke sekolah. "Ya Allah, macam mana lah boleh tertidur balik ini!!" Aku merungut seorang diri. Sudah pukul 7.18 pagi. Masih sempat lagi sebelum pukul 7.20 pagi.
Huh, huh. Dalam mimpi kena berlari, dunia realiti pun kena berlari. Kuruslah aku lepas ini. Sampai sahaja di sekolah, aku terus menuju ke kelas. Aku duduk dan mengeluarkan cermin dari dalam poket baju bagi membetulkan tudung aku yang senget selepas berlari tadi.
Qaseh hanya tertawa melihat aku yang kelihatan kusut.
Qaseh.. patutkah aku ceritakan apa yang aku mimpi tadi? Tak, tak. Itu hanya sekadar mimpi buruk. Aku patut lupakan.
"Meh, aku betulkan tudung kau tu" kata Qaseh.
"Terima kasih" balasku. Kemudian, kami belajar seperti biasa.
Pada waktu rehat.
"Laila, kau tahu pasal pertandingan seni yang diadakan dua kali setahun itu?" soal Qaseh.
"Tahu"
Ya, pertandingan seni itu diadakan dua kali setahun di sekolah kami bagi tingkatan 1 hingga 3 - semester 1 dan semester 2. Setiap tahun aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut. Biasanya, aku akan mendapat tempat kedua atau ketiga. Sampai ke hari ini aku masih tertanya-tanya siapa yang sentiasa mendapat tempat pertama . Tunggu. Jangan-jangan..
"Jom kita masuk. Aku setiap tahun masuk pertandingan tu. Seronok sangat. Lagipun masa perhimpunan tadi cikgu dah cakap pasal pertandingan itu. Borang boleh amik kat bilik guru. Lepas makan ini kita pergi, eh?" ujar Qaseh.
Aku hanya mengangguk. Kalau betul tekaan aku, aku tidak boleh biarkan dia menang lagi. Tidak. Walaupun Qaseh kawan aku, aku tidak boleh biarkan dia lagi hebat. Tidak! Dia kawan aku, patutnya aku berasa bangga. Tapi, tapi..
Selepas makan, aku dan Qaseh pergi ke bilik guru untuk mengambil borang pertandingan itu.
Selesai mengambil borang, kami balik ke kelas.
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang,
Semasa perjalanan pulang,
"Oh, yelah! Hampir terlupa!" kata Qaseh. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan menghulurkannya kepada aku.
Aku mengambil barang tersebut. Bunga semarak api - sudah dibungkus cantik. "Untuk apa ini ?" soalku.
"Saja. Aku beli bunga itu kat kedai bunga berdekatan jalan semalam. Aku nak bagi kat kelas tadi tapi lupa pula." jawab Qaseh.
"Terima kasih, Qaseh." balasku.
YOU ARE READING
Arigatou, Sayonara.
Random"Selamanya, forever, smpi bila-bila... hanya sehingga mati saja.." Kata-kata terakhir kau, Benda kesukaan kau, Aku tak akan lupa. "Arigatou, sayonara" 'Arigatou, Sayonara' ini mengisahkan tentang masalah-masalah yang menimpa seorang budak perempua...