Bab 8

58 4 0
                                    

Tempat ini lagi.

Padang hijau yang dipenuhi kabus tebal. Sepi.

Tetapi kali ini, ia berbeza. Tubuh badan aku dapat bergerak secara bebas. Aku pun mula melangkah. Aku berjalan perlahan-lahan sambil memerhati sekeliling. Tiada apa yang hendak dilihat. Ia berkabus.

Selepas beberapa minit berjalan, aku ternampak lembaga itu lagi. Aku mengecilkan mataku untuk melihat dengan lebih jelas. Adakah itu ayah? Aku berjalan lagi menuju ke arah lembaga tersebut.

Ya! Itu ayah.

Langkah aku dipercepatkan.

"Ayah!!" aku teriak memanggil ayah. Aku harapkan balasan daripada ayah.

Ayah berpaling dan tersenyum lagi. Wajahnya masih lagi bersih.

Tanpa berlengah, aku terus berlari menuju ke arah ayah. Tidak dapat kubayangkan betapa gembira perasaan aku ketika itu kerana dapat menatap wajah kasih ayah.

Ayah mendepakan tangannya.

Aku memeluk ayah erat-erat. Kami saling berdakapan untuk beberapa ketika. Sudah bertahun lamanya aku tidak merasa pelukan hangat ayah. Mataku dipejam. Airmata aku mengalir dengan deras.

"Ayah.. jangan tinggal Laila, ya.." kata aku.

Kepalaku diusap lembut.

"Laila.."

Eh? Suara itu..

Aku melepaskan pelukan. Apa yang aku lihat sekarang bukan lagi ayah.

"Qaseh..?" Itu perkataan pertama keluar daripada mulutku.

Insan yang berada di hadapanku sekarang ialah Qaseh. Masih lagi tersenyum memandang aku. Dan kakinya.. tidak berbalut dan boleh berdiri.

"Qaseh! Kaki kau.."

Dia tersengih.

"Sayonara, Laila.."

Aku terpinga-pinga. Sayonara? Selamat tinggal?- "Qaseh, tunggu!!" Teriakku apabila Qaseh hampir hilang diliputi kabus-kabus.

Aku sempat memegang tangannya namun tangannya lenyap dengan serta-merta sebaik sahaja dipegang.

"Qaseh!!"



Aku terjaga.

Aku bingkas bangun dari katil dan mengurut-urut dada. Jantungku masih laju berdegup. Keluhan panjang dibuat.

"Huh.. lagi sekali.." ujarku.

Selepas aku rasa degupan jantung aku kembali normal, aku baring semula di katil dan termenung memandang siling. Sejak akhir-akhir ini asyik termimpikan perkara yang pelik saja. Mimpi berulang. Ayah.. kemudian Qaseh. Mengapa?

Apakah maksud 'selamat tinggal' yang dikatakan oleh Qaseh dalam mimpi tadi?

Aku memandang jam yang digantung di dinding. Masih malam lagi. Aku pun memaksa diri aku untuk lena semula.

Petang itu..

Aku hanya berdiri di luar pintu bilik wad tersebut.

Kelihatan doktor sedang bercakap dengan Qaseh. Nampaknya Qaseh baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan. Pemeriksaan apa aku pun tak tahu. Muka Qaseh berubah menjadi sugul apabila doktor selesai menghabiskan percakapannya. Aku risau. Apa yang diberitahu oleh doktor tadi?

Doktor dan nurse pun keluar dari bilik wad Qaseh. Wajah kerisauan terpampang di muka mereka.

Tanpa membuang masa, aku pun meluru masuk. Qaseh hanya tersenyum memandang aku.

Arigatou, Sayonara.Where stories live. Discover now