Allahuakbar. Hanya itu saja perkataan yang keluar dari mulut insan yang kehilangan anak. Aku tidak percaya bila dapat tahu emak dan ayah Qaseh sudah lama bercerai namun dirahsiakan oleh Qaseh.
Kepala Qaseh dikucup, pabila airmata wanita itu hampir tumpah, dia menjauhkan kepalanya.
"Adik.. abang sayang adik.." Mata abangnya, Qhalid dah mula berair.
Aku genggam tangan kiri Qaseh. Air mata aku dah bertakung. Aku hanya tunduk memandang lantai dengan pandangan kabur.
Hannan dan Adam setia ada di sebelah aku. Setiap kali Hannan berasa sedih dia akan pegang aku.
Aku menangis. Seboleh mungkin. aku menangis - dari lepas jumpa doktor, sehingga aku dipeluk semua orang, sehinggalah malam.
Malamnya,
Aku masih menghadap kau. Family aku dan lain dah balik. Aku paksa mereka balik, sebab tak nak susah-susah. Yang ada bersama, cuma emak dan abang kau. Emak kau tunggu di luar. Tapi aku minta izin, untuk bagi aku satu malam bersendirian dengan kau. Dan, mereka izinkan.
Aku pegang tangan kau. Memori lampau mula muncul, ketika aku dibuli dulu. Ketika pertama kali aku jumpa kau. Waktu kau selalu tolong aku bila aku disakiti..
"Lukisan kau semua cantik. Aku tak boleh nak lawan kau.." kata aku.
Aku pandang muka kau. Tenung sedalam mungkin. Aku memegang sekuntum bunga mawar berwarna biru. "Kau memang suka bunga ini, kan? Bunga ni.. bunga yang kau bagi, aku jaga baik-baik!"
"Laila...?"
Aku tersentak mendengarnya. "Qaseh?"
Mata Qaseh dibuka sedikit. "Laila... sayang aku, kan..?"
Aku mengangguk beberapa kali. "Laila sayang Qaseh! Kita mesti selalu jadi kawan baik."
Dia tersenyum - buat kali terakhir.
Beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeep..!
Aku menangis lagi. Untuk keberapa kalinya harini.
Lepas kebumi,
Mungkin kubur ini akan terus diziarahi, tapi apa yang mereka akan tahu cuma apa yang tertulis di atas nisan ni. Itulah sahaja yang boleh digambarkan, yang mewakili 16 tahun Qaseh hidup.
Aku orang terakhir yang pergi dari pusara Qaseh.Aku kira tapak kaki aku sehingga langkah ketujuh. Aku pandang semula pusara yang masih merah tanahnya itu. Munkar dan Nakir dah bertemu kau, Qaseh. Sekarang cuma amalan kau yang temankan kau. Aku tak tahu hari aku bila. Mungkin esok, atau lusa.
Orang akan terus bercakap. Macam sebelum ni, orang tanya pasal Qaseh. Macamana dia mati, kenapa dia mati, dan kata-kata terakhir dia sebelum kau mati. Penting ke semua tu? 16 tahun dia hidup, kenapa mereka cuma nak tahu hujungnya?
Orang tak habis-habis tanya apa yang aku rasa. Aku tak tahu. Sedih. Menyesal. Aku tak sempat cakap macamana aku hargai budak tu. Tapi, pada masa yang sama, aku gembira. Sebab aku nampak senyuman di wajah dia sebelum dikafankan.
Kubur Qaseh hanya bersebelahan dengan kubur ayah. Dua orang yang aku sangat sayangi.. sekarang baru aku faham makna mimpi aku sebelum ini.
Hana datang pada aku. Tak sangka dia akan datang juga. Dia hanya diam dan memandang ke bawah.
Apabila dia sudah berjalan melepasi aku-
"Aku maafkan kau." kataku kepada Hana.
Riak wajahnya kelihatan terkejut. Matanya berair dan dia pun mula menangis.
Aku temankan Hana melawat pusara Qaseh. Hana telah berjanji dia tidak akan berbuat jahat dan menyiksa sesiapa lagi. Alhamdulillah.. aku sangat bersyukur. Kemudian, kami berjalan pulang ke rumah.
Setiap langkah aku bagaikan tidak terasa ketika aku berjalan pulang.
"Laila.. nak minum apa-apa tak?" soal umi sebaik sahaja aku sampai ke rumah.
Aku menggeleng. Aku tiada selera hendak makan.
"Eh, Laila!" panggil umi.
"Hum?" Aku berpaling ke arah umi.
"Ni.. ada surat Hannan bagi tadi. Katanya, surat tu Qaseh yang tulis sebelum dia masuk bilik pembedahan untuk kamu." kata umi sambil menghulurkan sepucuk surat.
Aku terus mengambil surat tersebut dan naik ke atas. Kemudian, aku duduk di atas katil dan membaca isi kandungan surat itu.
"Laila yang disayangi,
Kalau pembedahan aku tak berjalan lancar, aku cuma nak bagitahu yang aku sangat sayang pada Laila dan bersyukur dapat berjumpa dengan kau. Aku takde kawan lain selain daripada kau dan Hannan. Aku rapat ngan Hannan sebab dia selalu datang ke bilik apartment aku untuk menghantar bunga.
Maaf ya sebab aku tak bagitahu kau pasal penyakit aku. Aku tak nak kau risau.
Laila, kau betul-betul tak ingat ke pasal janji kita? Kau tak ingat ke yang kita pernah jumpa dulu? Masa kita berumur 9 tahun. Ayah kau meninggal dan kau terus berlari pergi bukit. Aku pun kejar kau. Pada masa itulah kali pertama kita berjumpa. Kau.. dah janji nak datang bukit tu keesokan hari, tapi kau tak datang. Aku tunggu kau hari-hari. Waktu panas, waktu hujan. Tapi kau tetap juga tak datang.
Selepas bertahun lamanya, aku jadi risau. Aku pun datang ke rumah kau. Tapi, aku terkejut sangat bila nampak rumah kau kosong. Jiran kau kata kau dengan keluarga kau dah pindah Pahang. Aku sedih sangat masatu. Hari-hari aku teringat kau.
5 tahun selepas itu, nenek aku meninggal. Jadi, emak aku hantar aku pergi Pahang sebab asrama abang aku kat situ. Aku gembira bila dapat tahu yang aku akan sama sekolah dengan kau, Laila. Perasaan gembira aku tu hilang bila aku nampak kau kena buli dengan budak-budak jahat. Aku marah sangat dengan dorang jadi aku pun tolong kau.
Aku tak kisah kalau kau tak ingat.. kalau kau sudi jadi kawan baik aku pun dah cukup.
Kau nak tahu maksud lagu yang aku selalu nyanyi tu kan? Okay~
'Baby, don't cry anymore...
This isn't goodbye.
After all, we are best friends,
so I believe that we'll meet again someday.
So I'm not crying anymore,
and I won't say that I'm lonely.
After all, we are best friends,
so no matter where we are, our hearts will always be as one'Haha, Laila. Aku tengah menangis sekarang ni. Terima kasih sebab selalu jaga aku selama ni. Lagi satu, Laila.. ingat ayat ni baik-baik, ya?
"Some flowers grow best in the sun, others do well in the shade. ALLAH always knows what's best for us so, he puts us where we grow the best."
Sayonara, Laila. Daisuki!"
Surat yang ditulis oleh Qaseh terlepas daripada tanganku. Kenapa aku tak ingat..? Betapa bodohnya aku. Janji aku dan seorang budak pelik di sebuah bukit hutan itu, rupa-rupanya dia Qaseh. Selama ini, dia tunggu aku. Aku tak datang..
Qaseh..
Aku minta maaf..
Airmata aku menitis lagi.
Kepala aku menjadi makin pening. Badanku mula lemah dan semuanya menjadi gelap.
YOU ARE READING
Arigatou, Sayonara.
Random"Selamanya, forever, smpi bila-bila... hanya sehingga mati saja.." Kata-kata terakhir kau, Benda kesukaan kau, Aku tak akan lupa. "Arigatou, sayonara" 'Arigatou, Sayonara' ini mengisahkan tentang masalah-masalah yang menimpa seorang budak perempua...