Pada waktu pagi yang indah. Matahari yang terbenam naik ke atas langit semula...." Ain!!! " jeritan gadis kedengaran di dalam bilik mandi. Tetapi tiada siapa yang menyahutnya. Gadis itu pun keluar dari bilik mandi. " Ya Allah budak ni... Tidur pulak. Oii!! Ain!!! Bangun!! " jerit gadis itu lagi sambil mengoyangkan badan kawannya. " Hmmm..." Ain bangun dari tidurnya. " Ko nak apa ni Azwa..?" Ain tanya dalam keadaan mamai sambil menguap. " Aku nak apa ko tanya. Ko tengok sekarang pukul berapa?" Azwa tunjuk ke arah jam yang tergantung pada dinding. Ain pun melihat." Alamak dah lambat!!! Pasal ko tak kejut aku... Aduh... dahlh aku ada kelas dengan Cikgu Hamizah.. Kau tahukan Cikgu Hamizah tu macam mana. Dia tak suka orang lambat masuk kelas dia." Ain membebel panjang lebar menuju ke arah bilik mandi dengan kelam kabut. " Eleh.. kau ni... Aku dah banyak kali kejutkan kau. Kau je yang tak bangun." Azwa mengemas katil. "Ye ke? Bila masa kau kejut aku.Tak dengar pun." Cakap Ain dalam bilik mandi. "Tadilah...masa aku tengah mandi.Kau tak dengar ke?" Soal Azwa. Ain yang sudah keluar dari bilik mandi. " Tak" jawapannya.Ain mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah.
Apabila sudah selesai mereka keluar dari rumah yang mereka duduki. Dalam perjalanan ke sekolah di dalam bas. " Ain.. Kenapa dengan kau pagi tadi?" Azwa yang berada disebelah Ain bertanya kerana Ain selalunya selepas solat terus siap untuk ke sekolah tapi hari ini. " Kenapa dengan aku?" Ain menanyakan kembali. " Hishh.. Kau ni aku tanya kau. Kau tanya balik kat aku." marah Azwa. " Yelah.. dah aku tak tahu. Aku tanya kau balik." Ain memandang Azwa. " Aku tanya sebab kau selalunya lepas solat terus siap.Tapi pagi tadi lain pulak. Kenapa?" tanya Azwa lagi.
" Entahlh.. mungkin penat sangat kot. Yelah malam semalam aku siapkan kerja Cikgu Ayuni. Hari ini dah nak hantar." Ain memandang ke arah luar tingkap bas. " Ooo..." itu sahaja yang terkeluar dari mulut Azwa kerana dia tahu perangai Ain yang tak suka tangguh kerja.Tiada suara yang dikeluarkan dalam bas. Sunyi sepi...Sampai sahaja ke sekolah. Bas yang di naiki oleh Ain dan Azwa pun berhenti. Apabila mereka hendak turun. Kedengaran suara perempuan berteriak di hadapan pintu pagar Dynamic High School.Sekolah yang khas untuk orang kaya dan pelajar yang cemrlang.
Apakah yang sedang berlaku di hadapan pintu pagar sekolah Ain? Tunggu part 2.