"Ammar!!" jerit Ain di dalam hatinya. Kini dia makin tidak keruan. Tadi Zairul sekarang Ammar. Lantas dia berdiri dan ingin masuk ke kelas tetapi tangannya dicapai dan digenggam oleh Ammar!. Hatinya menjadi panas akibat perbuatan Ammar. "Kau nak apa hah!? Tak cukup ke kau seksa aku selama ini? Sekarang kau nak seksa aku kembali? Jangan bermimpi lah. Bukan aku yang terseksa nanti tapi kau!!" Ain berkata dengan nada yang cukup menakutkan. Ammar tidak pernah melihat sikap Ain sebegitu rupa. Selalunya Ain akan bercakap dengan sopan santun. Ain merentap tangannya dari gengaman Ammar. "Aku nak borak dengan kau. Aku nak kita macam dulu. Aku nak......"..... "Kau nak apa?! Kau dengan aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Kau cara kau, aku cara aku.Faham!! Dan kau jugak yang mintak kita berpisah. Sekarang, buat apa pulak kau nak kembali!" Ammar tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana Ain telah mencelah. Sesungguhnya Ammar amat terkejut dengan perubahan dan sikap Ain yang dulu dan kini. Amat berbeza. " Aku mintak maaf. Aku tahu semua tu salah aku. Aku kena tipu dengan Mira. Dia cuma mempermainkan aku. Aku tak sangka dia boleh buat macam tu kat aku" katanya lagi. " Habis, kau tak pernah fikir selama ini kau mempermainkan aku!?" Ain sudah cukup masak dengan perangai Ammar yang super playboy itu. Dia tidak sangka dia akan ditipu hidup- hidup oleh Ammar. "Sekarang, aku tak nak kau ganggu aku faham! Macam yang kau kata dulu, kau cara kau, aku cara aku." kata Ain. Ain berpusing kembali untuk ke kelasnya tetapi sekali lagi tangannya direntap kasar oleh Ammar. " Kau nak ape lagi hah?!" Ain sudah tidak tahan dengan sandiwara ini. Dia harus menamatkan semua ini. "Please maafkan aku . Aku janji akan jaga kau." rayu Ammar. " Janji kau telah aku buang jauh dari hidup aku. Last aku kata. Jangan ganggu aku. Kita dah tak ada hubungan lagi faham!!!...." kata Ain untuk mengakhiri segala yang berlaku.... "Hubungan apa?!" Ain dan Ammar terkejut dengan sapaan itu. Soalan yang menbuatkan dirinya rasa tidak selamat. Lalu dipandang wajah lelaki yang bertanya. Dia kemudian menunduk. Ammar melepaskan tangannya yang sedari tadi menggenggam tangan Ain. Apa yang harus dia jawab pada pemuda itu?
Konflik antara mereka sudah tercetus. Apakah yang harus Ain katakan pada lelaki itu? Dan apakah tindakan Ammar selepas ini?
Tnggu ye... part 6