"Hubungan apa?!" kata Zairul ingin kepastian mengenai apa yang didengarinya. Dia berasa pelik dengan sikap Ain yang cepat berubah sekelip mata. Lantas dia mengikuti Ain untuk berbicara dengannya dan meninggalkan Azwa yang masih terpinga pinga. "Ammar! Jawab soalan aku" kata Zairul sambil mencerlung matanya memandang Ammar. Ammar yang sedari tadi diam mula membuka mulut. " Kitaorang ..... mmmmmmm... aku..... dengan Ain... sebenarnya..... " "Musuh!" jawab Ain. Ammar tidak dapat menghabiskan ayatnya sebab ditelah(memcelah) sekali lagi oleh Ain. Ain tidak mahu perkara lama mengenai dirinya diungkit oleh Ammar. "Musuh? Maksud awak? " kata Zairul dengan memek muka keliru. "Kau tak perlu tahu faham. Kau tak ada kena mengena dengan aku. Kau tak ada hak nak tahu segala galanya. Faham!" Ain sudah penat hendak melayan kerenah mereka. Dia berlalu dari situ dengan satu jelingan yang dilemparkan untuk mereka. "Ain...." jerit Ammar yang berkira kira untuk mengejar Ain. Ain tidak peduli lalu meneruskan langkahnya menuju ke kelas. Azwa yang memerhati dari tadi mengikut Ain.Zairul menghalang Ammar yang hendak mengejar Ain dengan memegang bahunya. Ammar terkejut. "Apa hubungan kau dengan dia?!" Zairul inginkan kepastian. Hatinya meronta- ronta ingin tahu mengenai kisah mereka. "Kawan!... tapi sekarang! Dia bencikan aku" katanya dengan nada keras. Dia mulai tidak suka akan perangai Zairul yang suka menjaga tepi kain orang. "Aku bukan nak jaga tepi kain orang cuma aku rasa aku patut tahu" kata Zairul yang mengetahui apa yang di fikirkan oleh Ammar. Ammar terkaku. "Macam yang Ain kata. Kau tak ada hak"Ammar meninggalkan Zairul disitu bersendirian. "Memang aku tak ada hak untuk tahu tapi aku ada hak untuk selidik" kata hati Zairul. Zairul berlalu dari situ dengan memegang buku nota kecil kegunaan hariannya. Dia menulis sesuatu di dalam buku itu. * Projek Menyelidik* baru bermula. Katanya didalam hati.Apakah yang akan dilakukan oleh Zairul? Adakah rahsia yang Ain sukar lupakan itu terbongkar?
Bersambung... tunggu part 7...