"Masa dah tamat. Letak pen dan pensil anda. Dilarang menulis apa-apa lagi."
Selesai mengemas barang, aku segera keluar daripada dewan peperiksaan UPSR itu. Aku menunggu rakan-rakan rapatku yang lain.
"Hei, Zara!" Aku menoleh ke arah suara itu.
"Rina, Azie.. Dah siap ke?"
Rina dan Azie berjalan menghampiriku.
"Dah. Jom balik." balas Rina.
Kami berjalan menuju pagar utama sekolah, untuk menunggu ayah masing-masing untuk membawa pulang.
"Hei, korang rasa macam mana soalan Science tadi? Okay tak?" soal Azie kepada kami berdua.
Aku mengajak Rina dan Azie duduk di bangku berdepan dengan pagar sekolah.
"Hmm. Tawakal je Zie. Taknak cerita lagi." Jawabku.
"Alah, tak payah fikir lagi Zie. Tutup cerita UPSR. Kita just tunggu je apa result nanti. Okay? Takyah risaulah." Kata Rina beria-ia.
"Eh, ayah saya dah sampai. Saya balik dulu ye."
"Saya pun. Bye Zara."
Aku melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Seperti biasa, aku bersendirian menunggu papa.
"Assalamualaikum."
Aku mengangkat kepala. Jantungku mulai berdebar saat terpandang wajah seorang lelaki yang lebih tua daripada usiaku.
"Wa.. wa'alaikumussalam. " Jawabku tunduk. Aku sungguh malu untuk bertentang mata dengannya.
"Tunggu ayah?" soal lelaki itu lagi sebelum meninggalkanku menuju ke bilik kerani.
Aku hanya mengangguk tanpa bersuara.
**********
Cuti panjang sudah pun bermula. Bermakna, tak lama lagi aku akan bergelar pelajar tingkatan 1. Tak dapat untuk aku gambarkan bagaimana aku menjalani kehidupan di Tingkatan 1 nanti.
*Januari
"Macam mana bang? Rumah tu dah siap ke?" soal mama.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa lalu mencapai remote Television.
Kartun Garfield tertayang di skrin tv.
"Dah, dah. Dah siap dah. Abang dah pergi tengok rumah tu. Memang cantik." Jawab papa.
"Betul ke bang? Wahh, tak sabar Rose nak tinggal kat sana."
Aku memasang telinga mendengar perbualan mama dan papa.
"Hmm. I think, kita dah boleh packing barang. Minggu depan kita terus pindah ke sana."
"Papa? Kita nak pindah ke?" aku menyampuk.
"Yes, sayang. Kita akan pindah rumah." Jawab papa.
"Tapi kenapa, pa? Habis tu, Zara nak sekolah dekat mana nanti?"
"Pasal tu, no worries sayang. Papa.dah pun carikan sekolah yang sesuai. Papa akan pastikan Zara suka sekolah tu." Papa tersenyum.
Aku? Aku tak tahu patut gembira atau tidak.
Plan nak bersekolah bersama Rina dan Azie, sahabatku tak menjadi. Hampa.
*guys! sebelum tu, jumm follow ig saya @thecahayafarah dan akaun twitter baru saya @thefarahain hehe
mention for follow back taau!*
YOU ARE READING
HEMBUSAN CINTAKU
Random"Saya hanya nak tahu sejauh mana awak takkan berputus asa pada saya. Saya sedar, awak lebih daripada sempurna." Persoalan sentiasa bermain di minda. Kerana terlalu banyak tersakiti, masihkah lagi rasa cinta dan sayang itu terpahat di hati? Selepas k...