Selesai menunaikan Solat Maghrib dan Isyak, aku mengambil masa untuk merehatkan diri di atas katil kesayanganku.
Selalunya waktu sebegini merupakan waktu untuk aku berbalas mesej kalau bukan dengan Rina, dengan Azie. Mereka pasti hairan kenapa aku tak balas atau pun tak menghantar mesej kepada mereka. Paling penting sekali, pasti mereka hairan kenapa mesej merek tidak dapat dihantar sekiranya mereka menghantar mesej.
Aku baring berbantalkan patung Teddybear bersaiz budak gemuk berumur 17 tahun sebagai hadiah daripada papa kerana keputusan UPSRku yang cemerlang dulu. Berwarna putih. Bersih. Comel.
Aku memandang siling putih itu dengan pandangan kosong. Aku tidak tahu apa yang perlu aku jelaskan kepada mama dan papa di atas kecuaian diriku.
Jam yang tergantung di dinding berdetik mengikut putarannya. Pukul 8 beberapa minit.
Pintu bilikku dikuak perlahan.
"Zara? Tak dengar ke mama panggil dari tadi?" mama berdiri di muka pintu.
Aku segera bangun.
"Mama.. mama ada panggil Zara tadi? I'm sorry ma. Zara betul-betul tak dengar." jelasku.
"Kamu mengelamun ye? Dah, jomlah turun. Papa dah tunggu tu kat meja makan."
Oh. Aku terlupa akan perutku yang dari tadinya berbunyi bagaikan sebuah tong drum.
*******
"Sayang, tambah lagi?" kata mama.
"Emmm, takpelah ma. Zara dah kenyang." jawabku ringkas. Aku meneguk segelas Jus Avokado di hadapanku.
"Kenapa ni Zara? Nampak monyok aje?" soal papa. Mama juga turut memandang ke arahku. Aku mengangkat kepala. Mataku liar memerhatikan sekeliling sekiranya Makcik Milah ada di situ.
"Nothing at all pa. Zara just getting sleepy." Aku menipu.
"Takkanlah mengantuk mata segar macam tu?" Sampuk mama.
'Aihhh. Mama ni..' desisku.
'Zara, bagitau je mama dan papa kau pasal telefon bimbit kau tu. Diorang takkan marah.' suara hatiku berkata.
"Betul.. Zara ngantuk.."
"Baby.. jangan macam ni. What's wrong? bagitau mama dan papa. Tadi okay je kan kat pantai." pujuk mama.
"Err.. mama.. papa.. ni semua salah Zara. Zara cuai.. Zara tak berhati-hati." Kataku.
"Apa yang cuainya ni? Apa yang Zara dah buat?" sambung mama.
"Zara.. Zara terhilangkan telefon Zara kat pantai tadiii... Zara terlupa yang Zara letak telefon kat dalam poket. Dan sebab kecuaian Zara.. telefon hilang. dah hanyut.." aku tunduk. Suara mama dan papa masih tidak kedengaran. Hatiku jadi resah. Mama dan papa pasti akan memarahiku. Aku tunduk langsung tidak menunjukkan reaksi wajahku. Aku takut hendak menatap wajah mama dan papa ketika itu.
Sesaat kemudian, kedengaran suara papa dan mama tergelak sakan tak henti-henti. Papa pula tertawa sambil menekan-nekan perutnya.
Aikkk ?@!#*
"Allahu Akbar. Ya Allah. Zara.." mama menyambung tawanya. Aku terkebil-kebil melihat gelagat mam dan papa.
"haih.. Astaghfirullah.. kamu ni buat mama dan papa sakit perut.."
"Apesal mama dan papa gelak pula ni?" Soalku serius.
Papa sudah pun berhenti ketawa.
"Zara, zara.. macam-macamlah kamu ni.. sebab telefon kamu hilang pun kamu boleh moody semacam sampai macam ni?"
Aku mengangguk.
"Come on sayang. Perkara kecik je kot. Takkanlah sebab tu aje? Be mature sikit sayang. Telefon kamu hilang, mama boleh belikan yang baru. Papa boleh belikan yang baru. Kamu cakap je nak jenama apa. Taknaklah sampai makan pun takde mood macam ni..."
"A'ah. Betul tu sayang. Dahlah. Tak payah risau-risaulah. Esok papa pergi belikan. Kamu nak jenis yang macam mana?"
"No mama, papa. The problem is not about telefon tu yang hilang, but this is about, I lost my bestfriend's phone number! Mana Zara nak cari nombor diorang?" jelasku. Aku memandang mama dan papa penuh harapan.
Mama dan papa tidak bersuara.
Aku lantas bangun meninggalkan meja makan itu naik ke tingkat tiga.
YOU ARE READING
HEMBUSAN CINTAKU
Random"Saya hanya nak tahu sejauh mana awak takkan berputus asa pada saya. Saya sedar, awak lebih daripada sempurna." Persoalan sentiasa bermain di minda. Kerana terlalu banyak tersakiti, masihkah lagi rasa cinta dan sayang itu terpahat di hati? Selepas k...