BAB 16

11K 276 118
                                    

"Hello Rayyan." Panggilan Datin Raisya kepada anak lelakinya bersambut.

"Hello ibu. Ibu kat mana ni?" kedengaran suara Rayyan di hujung talian.

"Ibu ada kat rumah. Rayyan, nak tau sesuatu tak?"

"Apa dia bu? Bunyi macam best je."

"Tentu Rayyan terkejut dengar. Rayyan ingat tak Aunty Kamelia kawan ibu. Malam tu ibu dan ayah datang makan malam kat rumah aunty Kamelia. Nak tau ibu jumpa siapa?"

"Siapa ibu?"

"Zara." jawab Datin Raisya ringkas.

Suara Rayyan tidak kedengaran. Mungkin kerana terkejut dengan apa yang diberitahu ibunya.

"Betul ke ni ibu? Maknanya, Zara anak kawan ibu, aunty Kamelia lah ye?"

"Aah Rayyan. Nanti ibu send gambar kitorang selfie eh. Sempat jugak kitorang ambik gambar tadi. Lawalah budak tu Rayyan. Berkenan ibu tengok."

"Amboi ibu. Dah pandai selfie dah ye sekarang. Okay then. Tak sabar Rayyan nak tengok gambar yang ibu nak send tu. emmm, ibu.. Rayyan ada kerja nak buat ni. Nanti kita borak lagi eh. Bye ibu. Assalamualaikum."

*****
Aku duduk sendirian termangu di atas katil. Memikirkan tentang lelaki itu sudah kepastian. Tak pernah tak lari dari kotak fikiran. 'Kenapa dia tak whatsapp aku lagi ni? Ke tunggu aku yang intro.'

"Assalamualaikum. Busy ke?"

Selang beberapa saat, satu pesanan mesej sampai melalui aplikasi Whatsapp. Laju sahaja jariku membuka aplikasi berwarna hijau itu lalu nama Rayyan Alien tertera paling atas.

"Panjang umur. Rayyan baru nak call tadi tapi ingatkan yang Zara dah tidur, tak jadi.. Rayyan baru sampai rumah ni. Banyak sangat kerja tadi.."

"Lahhh. Jangan dipaksa sangatlah Rayyan. Hari esok kan ada? Kalau Rayyan terlalu buat kerja, lama-lama boleh berkedut tangan tu nanti. Takkan nanti Zara nak kenalkan dekat mama papa yang boyfriend Zara ni orang tua?"

"Huhu sobsob.. cinta hati intan payung Rayyan cakap kita orang tualah. Hmmm no worries sayang. Rayyan dah biasa camni. Dah biasa kerja keras. Ni pun untuk keluarga Rayyan. Untuk you for one day.

"Yelah. Jangan sampai sakit k?"

"Awwww, okay sayang. Sakit sikit je. Sakit rinduuuuu. Rayyan rindu gila dekat Zara. Dah lama tak hangout kan. Sorry tau."

"Eeeiii, its okay. Rayyan kan busy. Zara faham. Oh, anyway tadi ada kawan mama datang. Kitorang dinner sesama. And you know what. Boleh pula kawan mama tu kata muka Zara ada iras-iras girlfriend anak dia. Nak ketawa serba salah je rasa sebab waktu tu reaksi kawan mama serius semacam je. Hmmm. maybe ada kisah sedih kot."

"Hahaha yeke? Mungkinlah. So, how is she?"

"Best.. spoting je. Macam manalah agaknya kalau Zara jumpa mama Rayyan. Mesti lagi spoting kan."

"Absolutely Zara akan sayang macam Zara sayang dekat mama Zara.

"Iye? Hmm. I hope so.

"Eh, sayang. Dah lewat ni. Pergi tidur k? Dah, tutup lampu, pakai selimut. Jangan lupa baca doa."

"Alright. I'm going to sleep. Rayyan pun sama. Kena rehat banyak. Esok nak pergi kerja pulak."

HEMBUSAN CINTAKUWhere stories live. Discover now