Selama ini, tanggapanku terhadap semua lelaki kecuali papa, semuanya negatif. Lelaki buaya darat. Lelaki gila perempuan. Lelaki gila harta. Lelaki tak tahu menghargai.
Aku pernah mendengar luahan hati seorang perempuan. Dipermainkan kekasihnya sedang dia 'setia mati.'
Mulai dari situ, aku takut hendak bercinta. Aku takut punyai kawan lelaki yang lebih rapat. Aku takut mempercayai lelaki dan akhirnya cuma ditipu. Aku takut andai sekeping hati ini berkecai hanya disebabkan seorang lelaki yang tidak berguna.
Namun, dia telah membuktikannya. Rayyan Hakim Badlishah telah membuktikan tidak semua lelaki sama. Aku mulai belajar menilai.
Aku terasa dihargai, disayangi sepenuh hati. Namun, perasaan kurang yakin masih menyelubungi. Aku masih tetap berhati-hati dengan sang lelaki.
"Zara, apa yang awak menungkan tu?" soal Airin menyapa lamunanku.
Aku duduk di balkoni menjadi pemerhati keindahan alam Yang Maha Esa.
Langit biru putih, cuacanya baik sekali.
"Takdelah Airin. Saya tengok langit tu. Cantiklah."
Airin duduk di sebelahku turut mendongak ke langit.
"A'ah. Cantik.. mata awak tengok kat langit. Tapi fikiran awak melayang kan?" Aku memalingkan wajah memandang Airin lalu tersenyum.
"Kenapalah dengan awak ni Airin. Semua benda awak boleh tau kan. Oh, awak ada power baca fikiran orang ya?" Aku tergelak
Airin turut tergelak.
"Entahlah. Mungkin sejak azali lagi saya ada power ni. Awak kena bangga tau ada kawan macam ni. He he he.."
"ek eleh. Mulalah nak merapu tu. Hmmm. Airin.."
Aku memandang tepat ke wajah Airin. Airin turut memandangku dengan wajah yang tenang.
"Bodoh kan? Saya boleh terima dia macam tu aje? Padahal saya tak kenal dia lebih mendalam pun. Kenapalah saya mudah percaya dekat lelaki."
"Ish, tak baik cakap macam tu. Kalau dia dengar, macam mana? Kecik hati dia tu nanti. Ayat awak tu sepatutnya sesuai kat orang yang putus cinta tau. Peliklah awak ni Zara. Awak sebenarnya tak semudah tu Zara. Dah ramai lelaki yang awak reject. Semua tau. Tak pernah pun awak terima mana-mana lelaki. Tapi kali ni, tiba-tiba aje awak terima. Antaranya, si Fariz yang tergila-gilakan awak tu. Orangnya baik. Tapi awak tetap tak terima dia. Saya sendiri terkejut macam mana awak boleh terima seseorang kali ni."
"Sebenarnya... saya dengan Dr. Rayyan dah lama kenal. Dia lelaki pertama yang curi hati saya. Cuma dulu saya tak serius sangat dan tak yakin. Tambah lagi masa tu saya masih kecik."
Airin membeliakkan mata.
"What?? Oh, Patutlah korang rapat gila. Saya sendiri tak pernah terfikir yang korang dah lama kenal. Kenapah saya tak perasan."
"Tak tak.. selama ni, saya tak pernah sedar pun pasal ni. Saya sangka Dr. Rayyan dengan Rayyan yang saya kenal dulu adalah lelaki yang berbeza. Serius saya tak tipu." Aku mengangkat tangan kananku seperti orang yang berikrar.
"Oh yeah? What a sweet love story, Zara. Habis tu macam mana?"
"Malam tu, kitorang keluar makan. Saya tak sangka betul dia bawa saya pegi satu tempat. Tempat tu memang sangat cantik. Dekat situ, saya dah tau segala-galanya......." Aku menceritakan kenangan malam di mana aku dan Rayyan menyatakan isi hati kami. Malam bersejarah, malam penuh makna.
*******
"Apa angin kamu datang malam-malam ni, Rayyan?" Soal Datuk Kamil yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
"Ish, abang ni. Biarkanlah dia nak datang malam ke, subuh ke, inikan rumah dia juga."
Rayyan hanya tergelak melihat karenah ibu dan ayahnya.
"Ibu, ayah. Rayyan menginap kat sini semalam je. Esok Rayyan baliklah rumah Rayyan. Banyak kerja nak buat kat ofis tu. Rayyan rindulah masakan ibu. Dekat rumah tu takde siapa nak masakkan. Hari-hari kena makan kat luar. Lama-lama boleh naik muak Rayyan ni tau ibu."
Tengku Raisya tersenyum manis menampakkan keibuannya.
"Sebab tulah Rayyan. Ayah dah sarankan Rayyan cepat-cepat dapatkan calon isteri. Adalah yang boleh jaga kamu. Ayah tengok kamu ni macam tak terurus dah semenjak tinggal sendiri ni."
Rayyan tersengih.
"Ayah.. nak cari calon isteri tu bukannya senang ayah. Kalaulah main petik jari je dah dapat, dah lama tau Rayyan buat macam tu."
"Habis tu, dia tu kamu dah jumpa?" sampuk Tengku Raisya.
Rayyan dan Datuk Kamil serentak memandang Tengku Raisya.
"Dia? Maksud ibu?" Soal Rayyan.
"Tu.. gambar perempuan kat dalam bilik kamu tu.. baju t-shirt budak perempuan tu." Tengku Raisya tersenyum nakal sambil mengangkat kening.
"Hah??? Ibuuu... Ibu nampak ke?"
Datuk Kamil dan Tengku Raisya lantas tergelak melihat wajah anak mereka yang sudah pun merah padam menahan malu.
"Tak payah nak berselindung dari ibu ayah kamu ni Rayyan. Dah lama kami nampak. Saja tak nak bising-bising. Siapa nama dia?" Kata Tengku Raisya.
"Zara.." jawab Rayyan ringkas. Wajahnya sudah pun merah padam.
"Sedap nama tu. Comel macam orangnya. Tapi ibu cuma nampak dia waktu budak aje. Kat dalam gambar tu. Taktaulah bila dah besar ni kan. Mesti tambah cantik kan Rayyan?" tambah Tengku Raisya lagi.
Rayyan tersengih.
"Cantik, ibu. Secantik keperibadiannya. Dari dia masih berumur 8 tahun, sehinggalah sekarang, dia masih cinta pertama Rayyan."
"Kamu dah jumpa dia kat mana?" Soal Datuk Kamil.
Rayyan tersenyum gembira lalu mengangguk.
Tengku Raisya dan Datuk Kamil bertentang mata lalu mengukir senyuman.
"Betul ke Rayyan? Dekat mana? Macam mana kamu boleh jumpa dia? Hebatlah anak ibu ni." Kata Tengku Raisya.
"Rayyan jadi tuto kat kelas dia, ibu. paling menggembirakan, dia dah mengaku dekat Rayyan yang dia pun menyimpan perasaan sama macam Rayyan. Cuma dulu dia masih keliru. Ada masa nanti, Rayyan ajak dia datang sini ya."
"Haa, eloklah tu Rayyan. Ayah nak kamu berdua cepat-cepatlah kahwin. Ayah takut tak sempat nak tengok anak ayah ni bahagia dengan pasangannya." kata Datuk Kamil teruja.
Rayyan tersenyum gembira. Lega hati ibu dan ayahnya boleh menerima pilihan hatinya.
YOU ARE READING
HEMBUSAN CINTAKU
De Todo"Saya hanya nak tahu sejauh mana awak takkan berputus asa pada saya. Saya sedar, awak lebih daripada sempurna." Persoalan sentiasa bermain di minda. Kerana terlalu banyak tersakiti, masihkah lagi rasa cinta dan sayang itu terpahat di hati? Selepas k...