Mr.Arrogant(Minhyuk Imagine)

506 18 0
                                    

Pengenalan!

Minhyuk atau dikenali dengan nama samarannya iaitu Minstar adalah seorang pengarah di sebuah syarikat yang bernama "Whole Star".Dia seorang yang lelaki yang sombong dan dingin.Namun,setelah menjumpai Jessica(bayangkan diri korang) Minhyuk berubah.Apa yang terjadi??..Lihat seterusnya^^..

_____________________________________________________________________________

"Jessica,bangun cepat! Ish,anak dara ini memang mahu kena dengan aku,"marah ibu Jessica kerana dari tadi dia cuba untuk bang Iunkan Jessica."Mak! Jebal! 5 minit lagi,"raung Jessica."5 minit lagi??!! Sekarang ini sudah 7.45 pagi tahu,"marah ibu Jessica."Arrhh??!!..Alamak,lambat sudah.Mak apasal tidak kejutkan awal lagi,"rengek Jessica dan terus bergegas bersiap."Hey,mak sudah berusaha bangunkan kau itu sahaja yang memang tidur mati,"kata ibu Jessica kemudian meninggalkan Jessica sendiri.

Jessica bersiap dan terus pecut ke sekolah.Jessica memang seorang yang tomboy dan tidak tahu berfesyen tapi baginya itu bukanlah masalah.Tiba-tiba,Jessica ternampak seorang wanita tua dirompak secara automatik Jessica terus menukar arah dari pergi ke sekolah dia menyerang perompak itu sehingga dia terlupa bahawa dia sudah terlambat."Kau ini pakcik memang tiada kerjakah??..Mencuri sahaja yang kau tahu,"Jessica menengking perompak itu.Malah,polis pun terkejut dengan tindakan Jessica yang pantas itu.

Dia menyerahkan beg tangan itu kepada wanita tua itu."Nak,terima kasih ya,"kata wanita tua itu."Hehehe,biasa sahaja pun,"sengih Jessica."Hoi,budak!,"teriak seorang lelaki.Jessica memandang lelaki itu dan dengan muka bersahaja.Dari gaya sahaja sudah tahu bahawa lelaki itu orang berada."Sini kau!,"marah lelaki itu.Dia mencubit telinga Jessica hingga merah."Adui! Pakcik ini siapa??!! Suka-suka sahaja cubit telinga orang,"marah Jessica.

"Kaukan budak yang kejar perompak itu??!,"tanya lelaki itu dengan nada marah."Ya,saya,"kata Jessica selamba."Tengok ini!,"kata lelaki itu lagi.Jessica memandang sebuah kereta Ferrari yang terdapat satu calar yang besar di pintu kereta itu."Uh-oh!,"kata Jessica.Akhirnya,dia ingat yang dia ada terlanggar kereta ketika mengejar perompak tersebut tetapi tidak sangka ia menghasilkan calar yang besar."Lari!,"kata Jessica dan terus pecut."Hoi!,"kata lelaki itu dan terjadilah adegan kejar mengejar antara Jessica dan lelaki itu.

Jessica lari dengan sepenuh tenaganya."Hati-hati!,"kata lelaki itu dan terus memeluk Jessica.Jessica hampir dilanggar sebuah kereta."Sorry,"kata maaf itu laju sahaja keluar dari mulut Jessica.Akhirnya,Jessica diheret ke sekolah untuk menyelesaikan masalahnya dan lelaki itu.

Di bilik disiplin.

"Jessica ini amaran terakhir!,"kata guru disiplin itu."Kamu tahukah??..kamu sudahlah lambat ke sekolah kamu juga cari pasal dengan orang atasan,"kata guru disiplin itu lagi."Maafkan saya,Mr.Minhyuk budak ini memang begini,"guru disiplin itu meminta maaf dengan lelaki yang sudah menyelamatkan Jessica."Minhyuk buruknya nama,"kata Jessica yang sememangnya mulut laser.Guru disiplin itu memberi pandangan maut kepada Jessica menandakan dia menyuruh Jessica untuk menutup mulut."Ceh! Tidak apa,cikgu.Saya tahu macam mana ingin selesaikan ini,"kata Minhyuk sambil tersenyum sinis.

"Nah!,"Minhyuk menghulurkan satu baju yang kelihatan seperti baju tukang gaji."Kau kena jadi tukang gaji dirumahku selama 5 bulan,"kata Minhyuk dengan sombong."Ehh! Tidak mahu!Setakat kereta itu pun mahu berkira!,"perli Jessica dan tetap berkeras."Atau kau bayar ganti rugi kereta itu yang berjumlah RM 7 puluh ribu,"ugut Minhyuk dengan senyuman jahat.Hampir terkeluar biji mata Jessica mendengar harga bayaran itu.Keluarga Jessica bukanlah keluarga berada jadi jumlah duit sebanyak itu memang jual rumahlah jawabnya."Okay.Fine! Aku buat!,"bentak Jessica dan menjeling tepat ke muka Minhyuk."Dasar lelaki sombong sudahlah sombong buruk lagi,"kata Jessica sambil menghentak kakinya.

Imagines:Oneshort(Malay Ver)Where stories live. Discover now