I Love U(Suho Imagine)

184 10 1
                                    

Okay! This second request goes to~ Jeng~ jeng~ jeng~ nuramira_sukrishun. Thanks sebab request dengan saya. Sebarang kekurangan saya minta maaf. Enjoy your reading miss❤
-------------------------------------------------

"Suho!!,"jerit Hyera mengejar Suho. Kelihatan juga sebuah beg di tangan Suho ketika dia berlari."Ambillah~,"Suho mengejek Hyera.

Muka Hyera bukan main marah lagi. Laila iaitu teman baik Hyera hanya mampu keluarkan ketawa kecil.

Mahu dihalang susah kerana Hyera dan Suho memang sentiasa bergaduh setiap hari. Hari mereka tidak lengkap jika tidak mengenakan satu sama lain tapi bagi Laila mereka berdua itu kelihatan secocok dan comel bersama.

"S-Suho. Bagi balik beg itu,"kata Hyera semput mengejar Suho dari tadi."K-kau boleh tahan jadi perempuan,"kata Suho yang juga kepenatan berlari.

Tiba-tiba,mata Hyera bertukar menjadi mata helang. Sekelip mata sahaja Suho tumpas."Aduuuhh~ Okay. Lepaskan sakitlah,"kata Suho mengerang kesakitan.

Suho tidak tahu yang Hyera itu mempelajari seni bela diri."Baru tahu,"kata Hyera lalu merampas begnya.

Laila yang kepenatan menunggu akhirnya ternampak muka Hyera yang bukan main masam lagi.

"Eeee!!,"kata Hyera menggenggam tangannya menjadi buku lima."Kau okaykah?,"kata Laila melihat Hyera yang dari kegeraman.

"Cubalah kalau Suho itu pergi sahaja dari sini,"kata Hyera mengeluh."Hyera ibu aku kata kalau lelaki dan perempuan selalu bergaduh itu namanya jodoh,"kata Laila menyakat Hyera.

Mata Hyera terus berubah."Joke,okay? Lagipun kalau Suho berhenti kau tentu akan rindukan dia,"kata Laila lalu menarik tangan Hyera sebelum dia sempat membebel dan membuatkan mereka lambat masuk ke kelas.

fast forward.

Hyera dalam perjalanan pulang dari sekolah."Errr~ Kenapalah manusia macam Suho itu wujud. Gara-gara dialah setiap hari rasanya seperti nasib malang,"kata Hyera membebel

Hari itu tidak pasal-pasal Hyera terpaksa berlari untuk mengejar Suho lepas itu didenda pula oleh Miss A kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Hyera hanya mampu bersabar. Tiba-tiba,Hyera ternampak kereta hitam yang terletak di hadapan rumahnya.

"Kereta baru? Tidak mungkinlah,"kata Hyera. Dia bergegas masuk ke dalam rumahnya. Entah mengapa jantungnya berdegup laju.

Betapa terkejutnya Hyera mendapati Suho dan keluarganya ada di dalam rumah betul-betul di hadapanya. Reaksi Suho juga boleh tahan. Ternganga mulut Suho melihat Hyera.

Flashback(1 minggu lepas)

"Hyera~,"kata Puan Soo ibu kepada Hyera. Hyera memandang ibunya dengan pandangan tajam."Ibu kalau ingin cakap sesuatu cakap sahajalah,"kata Hyera yang sememangnya mengenali betul perangai ibunya.

Puan Soo hanya mampu tersengih."Hunnie ibu ada buat satu pertemuan jodoh lagi untuk kamu. Ibu rasa lelaki ini sesuai dengan kamu. Dia sopan dan juga baik. Handsome pula itu,"kata Puan Soo berusaha meyakinkan anaknya.

Hunnie itu pula ialah nama panggilan manja untuk Hyera. Maklumlah diakan anak bongsu."Okay,"kata Hyera tanpa berfikir panjang."Apa? Kamu setuju?,"kata Puan Soo tidak percaya.

Imagines:Oneshort(Malay Ver)Where stories live. Discover now