Special Costume(Chanyeol Oneshot)

238 15 0
                                    

Pengenalan!

Chanyeol atau dikenali sebagai Channie adalah pelajar popular di sekolahku.Namun,ada sesuatu yang benar-benar mengejutkan diriku dan pertemuanku dengannya juga seperti dirancang.Apakah yang bakal terjadi?Baca Seterusnya.

__________________________________________________________________________

"N/K(nama kamu),cepatlah!,"teriak Kim Yoona sahabatku.Dialah satu-satu orangnya yang benar-benar memahami diriku."Arasso!,"aku membalas panggilannya.Yoona menyuruh kamu cepat kerana kamu berdua sudah lambat untuk perhimpunan pada pagi itu.Syukurlah,kamu berdua sempat menghadiri perhimpunan pada pagi itu.

"Yoona,sudah siap Sejarah?,"soalku kepada Yoona."Ya.Nah,"kata Yoona menghulurkan buku sejarahnya kepadaku.Aku tersipu-sipu malu."Yoona,awak macam tahu-tahu sahaja,"kataku.Yoona hanya menjelirkan lidah kerana dia sudah mengenaliku begitu lama.Kelas pada hari itu bermula dengan subjek yang amat amat amat membosankan!

Kring! Kring!

Loceng berbunyi menandakan rehat."Arrgghh! kebas tanganku menulit terus,"rungutku tidak henti-henti.Yoona pula sibuk mencari bekal makanannya di beg.Tiba-tiba,aku terpandang seseorang yang menarik perhatianku.Park Chanyeol.Ya,dialah lelaki paling terkenal di sekolahku."Comelnya,"aku berkata dalam hati sambil memerhati Chanyeol atau dikenal sebagai Channie bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

"Boo!,"Yoona mengejutkanku."Aish..mahu kena kau!,"bentakku geram."Hehehe.Ooohh,mengintip senior Channie ya?,"kata Yoona menyakatku.Channie dan jugaku hanya beza 2 tahun sahaja.Namun,memang suka untuk orang biasa seperti anda menarik perhatian Channie itu kerana hampir satu sekolah itu meminatinya dan juga rakan-rakannya.

Ketika anda sibuk bermain dengan Yoona,anda tidak perasan bahawa Chanyeol memerhati anda juga."Itu! Perempuan rambut panjang itu?,"tunjuk Baekhyun teman baiknya."Oohh,N/K?,"kata Chanyeol."Ya,dialah itu yang memerhatikan kita dari tadi,"kata Baekhyun."Cute,"kata Chanyeol tersenyum."Chan,jangan kata kau meminatinya?,"soal Sehun paling bongsu dalam kumpulan mereka.Chanyeol hanya senyum dan meninggalkan beribu soalan diantara mereka.

"Yoona!,"teriakku.Kelihatan kelibat Yoona dari hujung koridor itu berlari ke arahku."Kenapa?,"soal Yoona."Ini,"kataku menunjuk kepada sebuah poster."Eh eh,funfair ini kan berdekatan perumahan kita kan?,"soal Yoona."Emmm! Dibuka pada hari ini juga.,Apakah petang-petang nanti kita ke sana?,"ajakku."Okey,"kata Yoona lalu kami pun masuk ke kelas.

Petang kemudian.

 "Yoona.Kita berhenti mainlah dulu.Aku penat sangat ini,"kataku kepada Yoona."Itulah,aku sudah katakan kalau ada pemeriksaan kesihatan ikut bukannya lari,"sakat Yoona.Ha! Itulah dia Yoona menyakat sahaja tahunya."Ishh,"kataku seperti merajuk."Alah,merajuklh itu.Sudahlah mari aku belanja aiskrim.Siapa lambat tidak dapat,"kata Yoona dan terus berlari."Ishh,Yoona!,"kataku mulai mengejarnya.

Gedebuk!

 "Ouu!,"rengekku."Aduuhh,"kata seseorangku terlanggar tadi.Yoona yang berlari tadi berhenti dan patah balik untuk melihat keadaanku."Kencanayo?,"soal Yoona.Yoona ialah anak kacukan Korea jadi memang tidak hairan kalau dia mulai berbahasa Korea."Ya,aku okey,"kataku dan berdiri.

"Sorry,kau-,"

Kata-kataku terhenti bila nampak orang yang aku langgar itu."Chanyeol??!!,"kataku seperti ingin berteriak.Aku rasa seperti mata ini menipuku.CHANYEOL DALAM KOSTUM PANDA SAMBIL MENJUAL BELON DAN GULA-GULA KAPAS!! Chanyeol juga terkejut bila melihatku dengan Yoona.

 "Bukankah dia anak orang kaya?,"kataku dalam hati.Itulah dia bila anda mulai meragui sesuatu fikiran anda hanya kusut tentang itu sahaja."Kenapa kau ada disini?,"soal Chanyeol.Dia nampak cute dengan costume."Aku beli sesuatu dulu.Bye,"kata Yoona.Aku tahu Yoona sengaja tinggalkan aku dan Chanyeol sendiri.

 Buat seketika aku dan Chanyeol diam membisu.Janggal."N/K,"panggil Chanyeol.Belum sempatku menjawab mahupun menoleh Chanyeol memakai kembali costume itu dan membawaku lari."Yoona,aku pinjam dia kejap,"kata Chanyeol.Yoona hanya mengangguk."Chanyeol moga berjaya meluahkan perasaanmu,"kata Yoona dalam hatinya.

 Sebenarnya,Chanyeol meminta pertolongan Yoona kerana dia ingin meluahkan perasaannya kepadamu."Chanyeol,perlahanlah,"kataku cuba mengejar jejak langkahnya.Orang ramai tersenyum dan tertawa melihatku ditarik oleh orang yang memakai costume panda.Aku hanya mampu menundukkan kepala menyembunyikan malu.

 Sampai di sebuah taman.Aku terkejut taman itu dihiasi dengan gambar-gambarku."Cantiknya~,"kataku rasa terharu."N/K aku-,"kata-kata Chanyeol terhenti.Dia menarik nafasnya dalam-dalam manakala aku pula rasa berdebar-debar."Aku sudah lama menyukaimu tapi aku takut kau tidak menerimaku.Aku juga perasan kau selalu memerhatiku.Aku takut untuk meluahkannya sebab aku risau kau ,mendengar kisahku yang bukan-bukan.Will you be my girl?,"kata Chanyeol menutup matanya dengan rapat.

 Aku terkejut."Adakah aku bermimpi?,"kataku bertanya soalan pada diri sendiri."I will,"kataku.Chanyeol begitu gembira dan memelukmu dengan erat.Itulah bagaimana aku boleh menyukai Panda because it's a special costume you ever found.





Imagines:Oneshort(Malay Ver)Where stories live. Discover now