The Monster(Baekhyun Imagine)

143 8 1
                                    

Notes!
Nama korang kat sini ialah Wendy. Thanks sebab jadi membaca setia^^ Saya sangat menghargai semua itu
      Enjoy.Comment.Vote.Likes.
————————————————

Luxion Powers Of School.

Sekolah yang tidak pernah pun Wendy cuba untuk jejaki. Sekolah yang Wendy tidak pernah tahu pun tentang asal usul serta kewujudannya. Wendy masih tidak percaya sekolah itu wujud dan benda yang dinamakan kuasa itupun masih wujud.

Kuasa? Siapa yang ingin percaya pada zaman sekarang. Semua itu karut. Semua itu hanya imaginasi tetapi bukan di sini. Wendy menarik nafas dalam-dalam dan mengambil langkah pertamanya.

Baru sahaja masuk dia sudah dapat melihat pelbagai kuasa yang ada. Luxion Powers of School. Sekolah ini telah lahirkan legenda. Sekolah yang penuh dengan orang yang istimewa. Pelbagai kuasa ada. Air,Elektrik,Cahaya,Kilat dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba,ada api yang sangat pantas menuju ke arah Wendy."Hati-hati!!,"teriak seorang lelaki."Arggghh!!,"jerit Wendy. Syukur,Wendy cepat bertindak dan dapat mengelak api yang tidak diketahui dari mana datangnya.

"Itu sangat bahaya,"kata Wendy.Seseorang menyentuh bahu Wendy membuatkan dia terkejut."Sorry. Kamu ini pelajar barukah?,"soal lelaki itu."Ya. Nama saya Wendy,"kata Wendy."Saya Chanyeol. Park Chanyeol. Sorry sebab kejadian tadi. Kamu tidak tercedera,bukan?,"soal Chanyeol kerisauan.

"Tidak,"kata Wendy."Kalau begitu saya mesti terus berlatih. Jumpa lagi,"kata Chanyeol dan terus berlalu pergi."Baru hari pertama macam-macam sudah berlaku,"kata hati Wendy. Wendy mengeluarkan keluhan besar. Dia hampir lupa bagaimana dia mampu menjumpai sekolah itu.

Flashback.

Semuanya berlaku sangat pantas. Di saat Wendy sedang bergembira bersama keluarganya. Tiba-tiba,sekumpulan penjenayah masuk ke dalam rumahnya.Penjenayah itu bukan seperti penjenayah biasa. Lagi membuat situasi itu pelik kejiranan mereka langsung tidak pernah dicerobohi oleh sebarang penjenayah.

 Wendy dan keluarganya amat terkejut. Penjenayah itu mengeluarkan pedang dan bukan sebarang pedang tetapi pedang samurai yang sememangnya susah untuk didapati pada masa ini."Kamu?,"kata ayah Wendy. Wendy terkejut sepertinya ayahnya mengenali mereka.

"Wendy bawa ibu ke atas,"kata ayah Wendy."Ayah macam mana?,"kata Wendy. Kelihataan air mata bergenangan di mata Wendy."Pergi!!,"kata ayah Wendy. Wendy segera menarik tangan ibunya. Zupp~ Sekelip mata sahaja ayah Wendy mati dibunuh dengan kejam.

Wendy bergegar. Apa yang harus dia lakukan. Semua itu berlaku terlalu pantas dan mengapa harus dia yang jadi mangsanya."Wendy,"panggil ibu Wendy."Dengar sini! Walaupun macam mana pun sukar hidup kamu lepas ini tempuhinya dan jangan sesekali pernah terfikir untuk bunuh diri.Ingat! Sekarang! LARI!!!!,"kata ibu Wendy menolak Wendy untuk pergi tetapi Wendy keras kepala enggan untuk pergi.

Zupp~ Kali ini ibu Wendy yang terkorban. Meninggalkan Wendy sendiri."Lari anakku. Lari,"kata ibu Wendy."OMMA!! APPA!!,"jerit Wendy sekuat hatinya. Air matanya semakin deras. Tiba-tiba,muncul cahaya putih di dalam diri Wendy. Entah datang dari mana pedang berwarna biru itu bukan itu sahaja yang bertukar warna anak mata Wendy juga bertukar kepada warna biru muda.

Imagines:Oneshort(Malay Ver)Where stories live. Discover now