Hai nama aku Nur Syafiana.Umur aku 21tahun.Tiada yang menarik tentang aku.Aku cuma seorang gadis biasa yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti awam di Malaysia.Hidup aku berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu malam.
Maaflah ini bukan kisah hantu.Tapi lebih menakutkan dari kisah hantu yang korang baca atau dengar.
Kelas malam aku habis lewat.Dengan hujan lebat malam itu menyukarkan aku untuk terus pulang ke rumah.Aku menyewa bersama 3orang pelajar dari kos yang berlainan.
Apabila motorsikal aku hampir sampai ke taman perumahanku,tiba-tiba ianya hilang kawalan.Aku terjatuh.Nasib aku baik kerana aku memakai helmet.Jadi kepalaku selamat dari hentakan kuat.Aku cuba bangun tetapi satu kesakitan menjalar keseluruh tubuh badanku.
"Ya Allah cik!" Aku terkejut apabila suara entah dari mana tiba-tiba menyapa aku.Aku mula tercari-cari cermin mata ku untuk melihat.
"Ah sudah..mana mata aku ni.masa ini lah dia hilang"aku mula membebel apabila carian aku tidak berjaya."Cik!cik! Okay ke?ada cedera dimana-mana?" Suara itu bersuara lagi. Suaranya kedegaran seperti lelaki.
"Sa..sa..ya okay.cuma kaki sa..ya tak dapat bergerak" aku habiskan juga walaupun aku ketakutan. Ye lah manalah tahu,dia nak apa-apakan aku.sudahlah mata kabur.Kalau aku nak buat laporan bagaimana?aku tak dapat melihat wajahnya.
"Boleh saya tengokkan kaki Cik?" Lelaki itu meminta izin dari aku.kali ini tubuhnya makin dekat.aku dapat menghidu bau perfumenya.Wangi.Aduh Syafiana masa inilah kau nak mengedik kan.Aku hanya menganguk.Pada mulanya aku memang tak nak dia sentuh kaki aku tapi,sometimes we think positive sometimes we think negative.Suara lelaki ini macam baik aje.
"Kaki Cik ni terseliuh.Sekejap ye.Cik cuba tahan sikit.Biar saya betulkan urat dikaki cik"
"Ahhh!" Aku terjerit apabila dia membetulkan urat dikakiku.Perit.Rasa nak gugur aje air mata tapi sebabkan aku gadis kental,aku tahan juga."Kaki Cik kena balut dengan segera kalau tak nak bengkaknya menjadi lebih teruk.Lagipun tangan Cik luka rasanya. Lihat ada darah mengalir" jarinya menunjuk kearah sikuku.
Lelaki itu mencadangkan aku untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Aku cuba bangun perlahan-lahan dengan bantuan lelaki tadi.Sakit dikaki aku semakin kurang walaupun kekadang aku terjerit kecil.
"Cik duduk dulu di sini.Saya nak tukar baju.sekejap lagi kita ke hospital.Cik jangan risau,saya biarkan pintu itu terbuka." Dia bersuara sebelum kakinya melangkah ke biliknya.
Aku hanya memerhati keadaan sekeliling rumahnya.Kemas dan teratur.Tiba-tiba angin yang bergitu kuat membuatkan pintu rumahnya tertutup rapat.Aku cuba bangun untuk membuka pintunya kembali.kesakitan dikaki ku menyukarkan aku bergerak dengan lebih cepat.
YOU ARE READING
Berikan Aku Rasa Itu
RomanceTidak semua pertemuan pertama itu indah dan tidak semua perakhiran perlukan kesedihan. Siapa sangka niat murni Irzaf menolong Syafiana telah disalah ertikan segolongan pihak. Mereka disatukan dalam keadaan tidak rela. Apakah yang bakal terjadi pada...