BERIKAN AKU RASA ITU

8K 146 2
                                    

"Kau tahukan kita bernikah sebab apa?aku malas nak panjangkan cerita.Cuma aku mahu kau dengar dengan jelas.Aku hanya bercakap sekali sahaja.Tiada siaran ulangan.Faham?" Irzaf mula bersuara sebaik sahaja daun pintu tertutup rapat.

"Aku tak kesah kau nak hebohkan perkhawinan ini satu dunia,jemput semua wartawan ke,tulis kat semua media sosial yang kau ada..cuma aku nak minta tolong kau jangan sibuk hal aku.Sebagai balasan,aku tak akan sibuk hal kau.Faham?" Kata-katanya seperti mengejek aku.
"Ha lagi satu!pasai tanggungjawab.aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kau dan kau jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri. Apa yang kau nak lakukan,aku izinkan"Irzaf menyambung kembali percakapannya sebelum beredar ke bilik mandi.

......................................................

Hampir seminggu kami berkahwin.Hari ini aku kembali kerumah sewa ku. Irzaf sudah kembali kerumahnya sejak hari ketiga perkhawinan kami lagi,dengan alasan ingin menguruskan rumah kami.Sejak hari itu,tiada langsung khabar berita dari dia.Sehinggalah petang semalam.

"Kau balik sendiri.aku sibuk dengan kerja.hujung minggu ini baru kau duduk rumah aku.kau masih ingat rumah aku?so jangan mimpi aku nak jemput kau macam tuan puteri- Irzaf "

Aku melangkah selepas membuka pintu pagar.Belum sempat aku membuka pintu,seseorang telah membuka pintu dari dalam.

"Ya Allah Syaf!kenapa kau tak cakap kau dah sampai..kalau tak,aku jemput kau." Kila,salah seorang rakan ku.

"It's okay.Macamlah aku tak biasa pulang sendiri. " aku menjawab pertanyaan Kila.

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, Solehah rakan sebilik aku keluar dari bilik.
"Amboi hang Syaf,baru sekarang nampak batang hidung aih..hang pi mana ha?terkejut tau dak bila kami dengaq hang accident..elok-elok semua pakat siap nak pi tengok hang..hang dah balik kampung. " leteran Solehah aku balas dengan senyuman.

"Nanti-nantilah aku cerita kat korang.aku nak rehat.Penat naik train tak habis lagi. Aku masuk bilik dulu.bye." aku melangkah ke bilik aku setelah bersuara.

Aku mula membuka whatsapp setelah ada beberapa massage.

Aku terus membuka salah satu chat yang dihantar kepadaku.

"Kau tak perlu tunggu hujung minggu.Datang rumah aku petang ini.Yang aku tahu,malam ini aku balik,ada makanan terhidang diatas meja.pintu pagar tak berkunci.Kunci rumah ada di rak kasut bawah sekali dalam kasut nombor tiga.-Irzaf "

Aku mula menghadam pesanan dari Irzaf. Dengan lambat aku bangun dari katil menuju ke bilik air.

Jam diruang tamu menunjukkan jam 6 petang. Sedang aku tercari-cari kunci motorsikal ku, Solehah menampar belakangku.
...........................................................

Berikan Aku Rasa ItuWhere stories live. Discover now