BERIKAN AKU RASA ITU

8.1K 149 1
                                    

Hari ini secara rasminya genap dua minggu aku tinggal bersama Irzaf.Setelah hampir sebulan kami sebagai suami isteri,Irzaf kadang-kadang layan aku baik cuma kalau datang moodnya yang entah apa-apa aku yang menjadi mangsanya.

Aku tak tahu kehidupan Irzaf diluar.Irzaf kekadang seperti chipsmore.Sekejap ada sekejap lagi menghilang.Selalu juga dia keluar meskipun dia sedang enak tidur. Apa yang disibukkan sehingga waktu tidur dia pun sanggup dia berkorban.Mungkin teman wanitanya lebih penting.

Malam ini dia keluar lagi.Nampak tergesa-gesa.Aku hanya melihat dari ekor mata.Pernah dulu aku bertanya tentang halnya diluar tetapi dimarah kembali.Sejak itu aku tidak lagi berani bertanya.

...................................................

Aku mula berkemas meja diruang tamu.Esok aku ada test jadi malam ini terpaksalah aku bersengkang mata.Jam dinding menunjukkan 3pagi.Irzaf tidak pulang lagi. Sedang aku mula memanjat tangga,pintu rumah ku dibuka.Aku berhenti kerana aku tahu Irzaf telah pulang.

"Kenapa tak tidur lagi?awak tahukan dah lewat."Irzaf mula bebelannya kepada aku.

Aku meninggalkannya sendirian dibawah.Malas.Aku naik kekatil dan cuba untuk tidur.

Aku dapat bau perfume Irzaf apabila dia memasuki ruang kamar kami. Pancuran air dikamar mandi kedengaran tidak lama selepas itu.

"Tak tidur lagi?"suara Irzaf memecah kesunyian kami di kamar itu.

Aku menukar posisi tidurku menghadap Irzaf.

"Esok saya hantar awak ke kuliah.tapi sebelum tu kita sarapan kat luar."kata Irzaf sambil menyelak helaian surat khabar.

Aku hanya diam tidak berkutik.malas mahu memberikan jawapan.Kerana aku tahu,tiada jawapan selain 'ya'.

................................................

Pagi-pagi dia dah berleter.Apalah nasib aku dapat suami kuat membebel.Mengalahkan aku yang perempuan.Kadang-kala rasa nak jahit aje bibir dia. Aku tak pasti apa yang dibebelnya.

"Apalagi awak tercegat disitu.nanti kalau terlewat ke kelas,jangan salahkan saya." Irzaf mengatur langkah ke keretanya Selepas itu.

Bunyi sudu dan grafu yang menjadi peneman sarapan kami pagi itu. Bagus juga jika berterusan bergini.Aman dunia ku tanpa mulut murai dia.

Irzaf menghantar aku betul-betul dihadapan blok akademik walaupun pada mulanya dia ingin menurunkan aku di pintu pagar utama. Aku tahu ada beberapa mata yang memandang kearah aku.

Kelihatan Faiqah,rakan sekelas ku tersenyum dari jauh.Aku tahu sebentar lagi aku akan dihujani pelbagai persoalan.

................................................

"Salam.Awak saya minta izin nak ke hospital kejap lagi." Aku menekan butang send kepada Irzaf. Baru sahaja aku mengangkat punggung telefon bimbit ku menjerit lagu Love Line. Terkejut aku apabila nama 'My Man' yang tertera.

"Assa.." belum sempat aku memberi salam Irzaf memotong percakapan aku.

"Awak sakit apa?teruk sangat ke sehingga nak kena pergi hospital?awak ada mana?" Bertubi-tubi soalan dari dia.Macam peluru. Aku hanya tergelak.Gelak yang pada mulanya kecil bertukar kepada besar dan kuat.

Berikan Aku Rasa ItuWhere stories live. Discover now