QARIN - Slot 2

284 21 0
                                    

FARIS menyental kemeja putih yang berlumuran darah itu di sinki bilik airnya. Kesan darah itu masih tidak mahu hilang. Dia mulai resah. Resah kerana semakin dibasuh semakin banyak darah merah itu mengalir. Hairan dengan situasi tersebut, Faris tiada cara lain selain membakar kemeja putihnya itu. Faris bersandar pada sofa setelah membersihkan diri dengan wajah gelisah. Dia tidak sedar bila dia berada di lorong gelap yang sunyi dengan kemejanya yang berlumuran dengan darah. Cukup misteri.

Aku tak boleh ingat apa yang berlaku. Sakit kepala aku memikirkannya. Selepas aku kalah dan kes pembicaraan Puan Salimah, aku terus pulang ke pejabat. Kemudian, macam biasa aku pulang ke rumah. Aku tidur di sofa tetapi macam mana aku boleh berada di lorong gelap itu? Aku betul-betul tak boleh ingat apa yang berlaku. Faris bermonolog sendiri.

Sudahnya Faris tidak dapat melelapkan mata hingga ke subuh. Dia ke pejabat guamannya juga walau dalam keadaan mata yang sembam.

"Encik Faris... are you okay?" Nana menegur lembut.

"Saya okay."

"Tapi bawah mata Encik Faris tu.." Nana membuat isyarat.

"Saya tak dapat tidur malam tadi."

"Kenapa tak ambil m.c saja."

"Kalau saya duduk di rumah rasanya lagi saya stress."

Nana menggeleng perlahan.

"YOU jangan buat cerita kelakar dengan I." Nadia bermain dengan straw di dalam gelas minumannya. Puas didesak baharulah Faris sudi makan tengahari bersamanya. Jika tidak Faris hanya duduk di pejabatnya menghadap kerja.

"I tak reka-reka cerita." Kenapa Nadia langsung tidak mempercayai cerita dia. Sukar benar untuk dia menyakinkan Nadia. Semua ceritanya dikatakan karut.

"You stress sangat kut. Kerja you tu berat sangat. I suruh you kerja dengan papa I you tak mahu. You nak juga teruskan profesion you sebagai lawyer." Nadia tidak begitu berkenan dengan kerjaya yang dipilih oleh Faris. Ada tikanya Faris terlalu sibuk hingga tiada masa untuk mereka berdua.

"I tak berminat dengan dunia perniagaan. I suka kerjaya yang mencabar."

'Tapi you jarang menang kes kan?"

"Itu bukan soalnya." Menang atau kalah itu ikut nasib juga. Wang juga memainkan peranan. Kebenaran juga boleh dijual beli. Yang miskin selalu menjadi mangsa si kaya. Dunia masih penuh dengan penindasan.

Faris melepaskan keluhan berat. Nadia langsung tidak mahu memahami dirinya. Nadia berbeza dengan hantu libray itu. Asmida bila diajak berbicara gadis itu tidak lokek memberikan pendapat tersendiri.

"Faris... you ikut saranan I. You perlukan rest. Kita pergi holiday." Nadia memaut jari-jemari kasar Faris.

"Emm, I tak boleh. You pergilah dengan rakan-rakan you."

Nadia mula menarik muka masam.

"You selalu buat I macam ini. Sibuk you tu 24 hours. Langsung tiada masa untuk I. Apa salahnya you ambil cuti sehari dua."

"Nad... I bukan tak mahu luangkan masa dengan you. Please... I promise I akan curi masa I untuk you."

Tiada garis senyuman di bibir Nadia.

"I sudah muak dengan janji you." Kemarahan dalam hati Nadia tidak mampu dibendung lagi.

Nadia angkat punggung dan menarik tas tangannya. Faris melurut rambutnya ke belakang.

'Perempuan sama saja Faris.'

Faris tersentak. Dia menoleh kiri dan kanan. Dahinya berkerut. Siapa yang empunya suara. Pendengarannya masih tidak rosak lagi. Dia yakin dia dalam keadaan sedar dan bukan bermimpi.

'heheheee...'

Suara tawa seakan berbisik pada gegendang telinga Faris.

FARIS tidak dapat menumpukan perhatian pada fail-fail kes di dada meja. Dia masih memikirkan empunya suara misteri yang berbisik pada telingnya itu. Suara siapa? Hantu? Faris menggigit hujung batang pennya. Tabiat yang sukar dipisahkan darinya sejak kecil lagi.

"Encik Faris..." Nana pembantunya meluru masuk tanpa sempat mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Kenapa ni?"

Nana menghulurkan surat khabar kepada Faris. Bola mata Faris membulat besar membaca tajuk kecil di dada surat khabar terbabit.

'DATO' MATI DIBUNUH!'

Faris segera membuka helaian muka surat untuk cerita keseluruhan berita terbabit. Gambar pembunuhan yang dipaparkan cukup mengerikan. Faris menelan air liur.

"Ngeri. Pembunuh tu tikam berkali-kali sampai nampak isi perut mangsa." Suara Nana. "Malang betul nasib Dato' Kamarudin tu. Menang di court tapi kena bunuh pula. Pasti ada orang yang tak puas hati dengan dia. Buat jahat dibalas dengan kejahatan."

Faris menutup helaian berita itu. Dia bersandar pada kerusinya. Dia tidak berani memberikan sebarang komen terhadap pembunuhan Dato' Kamarudin.

'Dato tu memang patut mati!'

Dia mendengar lagi suara itu. Faris cuba berlagak selamba di hadapan Nana.

"Dah ajal dia." Itu saja kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Riak wajah Faris terus berubah apabila melihat bayangan di belakang Nana. Bayangan hitam itu kelihatan tersengih dengan mata kemerahan-merahan.

"Orang jahat macam ni tak perlu kita kasihan. Terbela juga nasib Puan Salmiah tu."

"Emm... ya-ya..."

"Encik Faris okay?"

"Saya okay. Nana... boleh awak buatkan saya Horlicks panas."

"No problem."

Nana melangkah keluar dari bilik Faris. Bayangan di belakang Nana itu sudah tidak kelihatan lagi. Faris membuka cermin matanya. Dia memicit-micit dahi. Adakah matanya tersalah pandang? Atau memang benar dia berhalusinasi?

ASMIDA menerima mesej dari Faris. Dia tidak membalas mesej-mesej tersebut. Hatinya masih tertanya-tanya pada mimpi aneh yang kerap menganggu tidurnya saban malam. Malam tadi dia bermimpi seorang lelaki mati dibunuh. Lelaki yang sama wajahnya dengan gambar yang terpapar di helaian muka surat khabar ini.

Wajah pembunuh yang melakukan pembunuhan itu tidak jelas dalam mimpi Asmida. Kabur. Asmida tidak dapat memastikan pembunuh itu sama ada lelaki atau pun perempuan.

"Hi, As. sorang je?" Johendry menarik kerusi duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Kau ada nampak aku berdua ke?"

"Manalah tahu kalau kau berdua dengan 'teman hantu' kau itu."

"Dia ada kat sebelah kau."

"Mana-mana?" Johendry menoleh kiri dan kanan kemudian melambakkan tawanya.

"Aku simbah muka kau dengan milo panas ni nanti," Gerutu Asmida. Gemar benar Johendry menyakatnya

"Janganlah, nanti tak hensem muka aku dah."

"Perasan!"

Asmida tidak lagi bercerita tentang mimpi-mimpinya kepada Johendry. Dia sudah muak dengan Johendry yang selalu memperlekehkan cerita-ceritanya.

"Berita apa yang menarik perhatian kau tu?"

Johendry menarik surat khabar milik Asmida.


QARINWhere stories live. Discover now