QARIN - Slot 4

192 21 2
                                    

AMELIA duduk di hadapan cermin sambil menyikat rambutnya yang panjang melepasi bahu itu. Bibirnya menguntum senyuman. Untung menjadi perempuan cantik. Lelaki mudah terpedaya hanya dengan kata-kata manis dari bibirnya. Dia cukup senang hati kerana memenangi kes tersebut. Ada hati mahu menyaman dia. Suaminya tergila-gilakan dia, mahu menyalahkan dia pula. Perempuan tu memang bernasib malang.

Amelia membelek wajah di depan cermin. Hasil suntikan vitamin pada wajahnya itu akan membuatkan kulit mukanya sentiasa tegang dan cantik. Asal ada duit semua boleh diusahakan. Dia terfikir untuk membuat pembedahan plastik bagi memancungkan lagi hidungnya itu. Dia akan cuba berbincang dengan kekasih hatinya itu nanti. Lelaki berhidung belang mudah tunduk pada perempuan cantik sepertinya. Cukup hanya dengan godaan kata-kata yang manis.

Tiba-tiba matanya yang cantik menawan itu bertukar menjadi merah menyala. Amelia menjerit kecil. Serentak dia bangun dari kerusi meja soleknya itu. Dirinya di dalam cermin itu mengukir senyuman yang menakutkan. Amelia ingin melarikan diri dari billik tidurnya tetapi pintu bilik itu tertutup dengan sendiri. Puas dia memulas tombol pintu. Usahanya tidak berhasil. Pintu itu seolah-olah berkunci dari luar.

"Bibik!" Amelia menjerit lantang.

"Bibik!" Jeritnya lagi.

Kedua belah tangannya sudah memukul-memukul pintu bilik. Dia menjerit-jerit meminta tolong namun jeritan seakan tidak didengari oleh sesiapa. Tubuh Amelia menggeletar melihat makhluk yang menyerupai dirinya di dalam cermin itu merangkak keluar. Makhluk itu sudah berada di hadapannya kini. Mulutnya ternganga luas sebaik melihat makhluk itu menjelmakan wajahnya. Senyuman tersungging di hujung bibir makhluk itu.

To... tolong... jangan apa-apakan aku." Dia merayu. Wajah makhluk itu semakin menghampiri.

"Tiada sesiapa boleh tolong kau. Hehehehe..."

Tawanya mengilai.

"Tolongggg!" Jeritan Amelia bergema.

Darah mula memercik di pintu bilik itu. Tubuh Amelia terkulai tidak bernyawa berlumuran darah. Makhluk itu mula ketawa nyaring sambil menjilat-jilat darah yang melekat pada tangannya itu. Satu lagi nyawa menjadi miliknya.

"Darah manusia memang menyelerakan."

FARIS tersedar dari tidur secara mengejutya. Peluh sudah membasahi tubuhnya. Nafas Faris tercungap-cungap. Matanya terbelalak melihat tangan dan bajunya berlumuran darah. Faris bangkit dan meluru ke bilik air. Faris duduk di dalam tab mandi dengan dicurahi air pancuran. Faris memeluk tubuhnya yang menggeletar. Apa yang berlaku pada dirinya memang tidak dapat diterima olah akal fikiran. Dia tidak boleh membiarkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya menjadi tanda tanya. Dia perlu menyiasat sendiri. Adakah benar semua mimpi-mimpi ngerinya itu? Adakah dia yang melakukan pembunuhan-pembunuhan kejam tersebut?

MUKA Faris pucat lesi memengang akhbar di tangan. Berita yang tepapar di depan muka akhbar itu cukup memberikan kejutan pada Faris. Wajah model jelita bernama Amelia itu cukup dikenali. Pihak polis tidak dapat menjejaki apa-apa bukti pada pembunuhan misteri tersebut.

Aku tak boleh berdiam diri lagi. Aku mesti cari kebenarannya. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku mesti cari pembunuh itu. Aku mesti menyelesaikan misteri ini. Bisik hati kecil Faris.

"Perempuan jahat tu memang patut mati." Suara misteri itu berbisik lagi pada telinganya. Faris menoleh kiri dan kanan.

"Aku tahu kau mahu orang-orang tak berguna itu menerima hukumannya. Jadi aku menghukum mereka bagi pihak kau." Suara misteri bersuara lagi.

"Siapa?" Dia bersuara agak gementar. Tiada sesiapa. Hanya dia bersendirian di pantri tersebut. Siapa pemilik suara misteri itu. Adakah jembalang? Seram sejuk menjalar ke leher Faris.

"Kalau kau nak tahu siapa aku, kau kena cari aku. Hehehehee..." Tawa yang menyeramkan

Terasa bahunya disentuh dari belakang.

Faris memalingkan tubuhnya.

"Encik Faris tak apa-apa?"

"I'm okay." Faris mengurut dada. Kenapa hanya dia yang mendengar suara misteri itu?

"Tapi muka encik nampak pucat. Encik Faris tak sihat ke?"

"I'm okay. Don't worry. Awak ada baca paper hari ini?"

Faris cuba berlagak biasa menyembunyikan rasa takut yang menjalar sebentar tadi.

"Oh, pasal pembunuhan misteri model Amelia tu. Pelikkan? Cara matinya sama dengan Dato' Kamarudin. Kedua-duanya berkaitan dengan kes yang kita ambil. Kedua-duanya menang di court tapi mati dibunuh. Mungkin juga satu kebetulan." Nana mengusap dagu.

"Saya pun pelik."

"Balasan untuk orang jahat macam mereka sebab mati ngeri macam tu."

"Tak baik awak cakap macam tu."

"Geram Encik Faris."

"Oh, ya. Awak buatkan saya satu mug milo panas kurang manis."

"Encik Faris duduk dalam pantri ni semata-mata baca paper aja." Nana jongket kening.

Faris tersenyum.

"Air tangan awak lagi sedap kut."

"Kalau girlfriend Encik Faris dengar mahunya dia cekik saya sampai mati."

Nana buat-buat cengkam leher sendiri.

Faris geleng kepala. Nana pekerja yang cukup disenangi oleh Faris. Banyak cakap tetapi seorang yang tekun dalam tugas diberikan

"Takpe saya simpan rahsia."

"Lima minit nanti saya hantar di bilik Encik Faris"

"Okay." Faris melangkah keluar dari pantri.

Faris menarik panjang sebaik berada di dalam kamar pejabatnya. Mujur saja Nana tidak mengesyaki apa-apa. 


QARINWhere stories live. Discover now