QARIN - Slot 1

615 39 2
                                    

MATANYA dibuka perlahan-lahan. Suasana dalam bilik itu gelap. Terlalu gelap hingga dia meraba-raba disekelilingnya. Tangannya menyentuh sesuatu. Apa yang disentuhnya itu? 'Benda' hidup atau 'benda' mati. Bendalir warna merah melekat-lekat pada jari-jemarinya.

Cahaya mula menerangi bilik yang tadinya gelap. Bola matanya membulat besar. Dia menoleh pada 'benda' yang disentuhnya tadi. Sekujur tubuh manusia yang berlumuran darah. Suaranya menjerit lantang.

"SAYA rasa tiada apa-apa masalah pada awak. Mungkin awak terlalu kuat berhalusinasi sendiri." Itu yang dijelaskan oleh pakar psikiatrinya, Doktor Rabiatul sepanjang sesi temujanji yang dihadirinya.

Faris hanya membatu diri. Dia seperti tidak boleh menerima penjelasan dari Doktor Rabiatul itu. Dia yakin yang dia tidak berhalusinasi. Tapi dia tidak punya bukti apa yang dilihatnya itu adalah sahih dan realiti.

Dengan langkah longlai, Faris melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Sayang..." Nadia menghampiri. Teman wanita kepada Faris. "Macam mana?" Nadia memaut lengan Faris.

"Dia cakap I berhalusinasi."

"Kan I dah beritahu you. You tak mahu dengar. Semua tu halusinasi you aje."

"Tapi I..."

"You tu kerja kuat sangat. Apa kata kita pergi bercuti."

"Dengan you?"

"Habis dengan siapa lagi? Dengan I lah. Takkan you nak bercuti dengan budak nerd mata empat tu." Desis Nadia. Bibir Nadia mencebik.

"I tak mahulah."

"Bukan pergi berdua tapi pergi dengan rakan-rakan I. Bilik asing-asing. You ingat I nak kongsi bilik dengan you? I ni nampak aja kebaratan tapi masih tahu juga buruk-baik."

Faris hanya tersenyum. Perempuan seksi tak semuanya nakal dan jahat.

AKU nampak lagi. Aku nampak lagi pada bayang-bayang lelaki itu. Bayang-bayang yang menakutkan. Dia bangun dan memeluk erat buku-bukunya. Dia ingin berlalu tetapi berlaga bahu dengan lelaki itu. Buku-buku yang dipeluknya jatuh bertaburan atas lantai. Dia membongkokkan tubuhnya mengutip buku-buku itu semula.

"Sorry As."

Dia hanya mengorak senyuman kecil.

Faris membantu memungut buku-buku tersebut lalu diserahkan semula kepada Asmida.

"Takper."

"Kelam-kabut semacam. Kau nak ke mana?"

"Er... saya nak ada hal sikit."

"Hal kecemasan ke? Mak kau sakit balik?"

Asmida menggeleng laju.

"Aku ada..."

"Faris!" Nadia muncul di antara mereka. Wajah Nadia berubah melihat Asmida bersama Faris. Dia cukup tidak berkenan jika Faris berbual-bual dengan Asmida.

Asmida mengambil peluang mengorak langkah panjang. Jalannya menunduk. Gelagat Asmida menjengkelkan hati Nadia.

"Apa hal cari I?"

"I nak ajak you sekali dalam discussion percutian kita tu."

"Tak perlulah."

"Faris.... you kena release tension you tu. Kalau you melepak di library ni pun you akan stress. Or you selalu ke sini sebab budak nerd tu."

"Apa you merepek ni? As tu kawan biasa I je. Kami kenal pun di library."

"Manalah tahu hati you berubah pada dia."

Faris menggeleng perlahan.

"Teman I makan. I lapar." Faris mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Nadia terus-terus berbicara tentang Asmida. Kesian gadis itu. Gadis itu tidak pernah menimbulkan onar.

"I tak nak makan di restoran mamak."

Faris sudah masak dengan selera Nadia. Dia hanya ikutkan saja. Nasib badan dapat kekasih high maintenance seperti Nadia.

Sebaik Faris berlalu bersama Nadia, Asmida keluar dari persembunyiannya. Wajah seram

pada bayangan Faris itu menggusarkan hatinya. Jika dia memberitahu pada Faris, necaya lelaki itu menganggap dia berkhalyal.

"Hoi!" Ada suara yang menyergah Asmida dari belakang. Asmida menjerit kecil.

Lelaki berambut panjang paras bahu itu tersengih. Asmida mengertap bibir geram.

"Kau ni tak abis-abis stalker si Faris tu. Aku tahulah kawan baru kau tu hensem tapi dia dah ada makwe kan?" Jojet kurang senang Asmida rapat dengan Faris.

"Aku bukan stalker." Asmida menolak bingkai cermin matanya naik semula ke batang hidungnya yang agak mancung itu.

"Habis tu?"

"Kalau aku citer pun kau takkan percaya."

"Ceciter pada aku."

Asmida menghela nafas kecil. Dia pakukan mata pada wajah Jojet.

"Aku nampak muka yang menakutkan pada bayang-bayang Faris."

Jojet diam seketika mendengar kata-kata Asmida itu. Kemudian tawanya meletus. Asmida mesti banyak menonton cerita-cerita seramlah ni.

"Kau ni mengarutlah As."

"Aku dah cakap, kau takkan percaya!"

Asmida berkecil hati. Dia kembali mengaturkan langkah meninggalkan Jojet.

"As!"

Jojet turut mengekori langkah Asmida.

TIDAK berkelip mata Asmida menonton berita yang tersiar di kaca televisyen. Polis menemui mayat seorang wanita di sebuah rumah kosong. Penemuan mayat tersebut telah membongkarkan misteri kehilangan wanita itu. Asmida seram sejuk. Zaman sekarang penjenayah ada di mana-mana sahaja. Keluar rumah berdua pun sudah tidak selamat.

Wajah mangsa dipaparkan di kaca televisyen. Anak mata Asmida seakan tidak mahu berkalih dari menatap wajah tersebut. Perlahan-lahan wajah wanita itu berubah menjadi wajah yang cukup menyeramkan. Punggung Asmida seperti sudah melekat pada sofa. Dia tidak mampu untuk bergerak. Wanita yang berwajah menyeramkan itu seakan sedang merangkak keluar dari kaca televisyen. Asmida menjerit nyaring sambil menutup matanya.

Asmida membuka matanya. Dia bingkas bangun dari sofa. Nafasnya termengah-mengah. Peluh dingin memenuhi segenap ruang dahi Asmida. Asmida mengalihkan pandangan pada televisyen yang masih terpasang di ruang tamu itu. Filem seram The Ring masih berputar dimainkan oleh DVD playernya. Dia meraup-raup wajah. Dia bermimpi rupanya.

Asmida bangkit menuju ke arah dapur kecilnya di ruang apartmennya itu. Dia membuka pintu peti ais. Sekotak susu soya jenama Marigold dipegang lalu dia menuang ke dalam gelas. Asmida tinggal sendirian menyewa di apartmen tujuh belas tingkat ini. Dia lebih selesa berseorangan dari duduk dengan orang lain. Lagi pun dia bukannya ada ramai kawan rapat selain Jojet. Orang tuanya juga bising dengan sikap dia seperti 'kera sumbang itu'.

Asmida bermenung seketika sambil memusing-musingkan gelas di tangan. Kebelakangan ini dia sering bermimpi ngeri. Dia tidak sedap hati. Mimpi-mimpi itu seolah-olah bagaikan satu petanda.

bersambung....

QARINWhere stories live. Discover now