Jarinya leka menulis puisi di dalam buku tanpa menghiraukan keadaan semasa. Ditemani angin yang membuai lembut, Arissa menikmati keindahan semulajadi itu selagi dia mampu. Tangan berhenti seketika, dia mencapai kopi panas di atas meja. Dia menghirup perlahan sambil melihat akan kelibat orang ramai yang berada di pantai itu. Tenang! Bebas dari gangguan bunyi dan sebagainya, Arissa begitu gembira dapat pergi jauh dari kesibukan kotaraya. Selagi mampu, dia akan cari masa untuk berada disini, tempat dia dilahirkan.
"Lega." Ujarnya perlahan. Senyum."Hoi Arissa!" Arissa menoleh mencari tuan punya suara. Sepantas kilat dia mengecam rakannya itu. Darren rupanya.
"Apa kau buat dekat sini?" Rakannya bertanya. "Mm.. tak nampak ke aku tengah main bola ni?" Jawab Arissa sinis.
"Aii.. gurau kasar nampak." Kata Darren sambil mengambil tempat duduk disebelah Arissa. "Takdelah, sorang je. Balik tak bagitahu pun?" Darren mengajuk cara percakapan Arissa sambil menghirup kopi rakannya itu. Selamba.
"Memang kau boyfriend aku pun nak tahu semua benda. Memang kopi tu pun aku belikan untuk kau." Arissa menjawab. Geram dengan perbuatan Darren. Tapi apakan daya, membesar bersama. Dia sudah muak dengan sikap rakannya yang juga merupakan jirannya suatu ketika dahulu. Tapi Darren juga yang ada bersamanya tiap suka duka.
"Woi!!" Darren menepuk meja. Arissa tersedar. "Orang bercerita kau mengelamun pulak. Bazir air liur aku. Ingat free ke?" Bebel Darren. Arissa ketawa sinis. "Kau bukak mulut je aku mengantuk. Sorry lah." Ujar Arissa selamba. Tapi dalam diam Arissa berasa simpati akan kawannya. Kasihan dia bercakap dengan tiang.
"Dah lah. Aku balik dulu. Susah cakap dengan orang pekak ni." Perli Darren lalu bangun seakan akan mahu pergi. "Oi! Aku cukup sifat ok!" Jerit Arissa sambil ketawa. Eleh, merajuklah tu. Kalah perempuan! "Malam nanti jumpa. Tunggu aku call kau." Kata Darren sebelum dia meninggalkan Arissa seorang. Letih! Orang nak bercerita, dia boleh bantai mengelamun pulak.-tu bi kontiniu...-
YOU ARE READING
Ilusi
Short StoryKehadiran seseorang mampu mengubah dunia kita. Tetapi adakah seseorang itu yang kita mahukan?