4

180 1 3
                                    

"Aunty minat betul lah dengan awak ni, Arissa. Susah betul nak cari perempuan macam awak ni sekarang!" Puan Tasya menyelit. Rajin, sopan, pandai ambil hati orang, semuanya lah. "Ala aunty. Kalau dah suka, memang lah semuanya nampak okay." Arissa membalas. Tangannya sibuk mencuci pinggan dan cawan di dalam singki. "Lagipun... Arissa tak rasa nak ada apa apa dengan anyone." Menarik nafas lega. "I feel free. It's nice to feel like this." Senyuman dilemparkan pada Puan Tasya. Puan Tasya mengangguk perlahan, tanda setuju dan memahami.
         Masa menunjukkan pukul 6 setengah petang. Daripada rumah yang penuh dengan tetamu, kini hanya tinggal beberapa orang. Susah jadi tuan rumah kalau buat event macamni, penat! Tapi apakan daya, bak kata mamanya, memberi lagi baik daripada menerima. Lagipun it's worth the time and pain! Banyak pujian dia dapat. Kembang pipi Arissa dibuatnya.
Arissa tersenyum sendiri. Walaupun rakan rakan ibubapanya terdiri daripada golongan yang berada, tapi mereka bersifat rendah diri. Tak sombong, tak berlagak. Kagum. Bukan senang nak jumpa orang macamtu. Kalau nak dibandingkan, rasanya lagi ramai diluar sana yang hanya memiliki harta yang sedikit, tapi sombong dan ego tinggi melangit. Arissa kurang gemar dengan golongan yang sebegitu. Not anywhere near amusing.
"Ha mengelamun! Entah anak siapa lah dia fikirkan tu." Kata kata Dato' Khalid membawa Arissa kembali ke dunia realiti. Arissa berpaling dan senyuman manis dilemparkan. "Mana ada mengelamun! And it's nothing about anyone okay pa?" Sedaya upaya Arissa mencuba untuk lagak biasa. "Hm ye lah. Tak mengelamun. Ye lah. Dia tak sedar agaknya dari tadi cicah biskut tapi tak makan makan." Arissa tersedar. Tangan kanannya menarik biskut kering dari dalam cawan kopi. Tinggal separuh! Mana nak sorok muka ni! Pipinya merah tanda malu. Dato' Khalid hanya mampu menggeleng kepala, terhibur dengan sikap anaknya itu.
Selesai sahaja kejadian 'cover malu' tadi, Arissa naik ke bilik tidur. Penat! Dia hanya mahu meluangkan masanya di atas katil bersama laptop kesayangannya. Lagu Numb - Linkin Park dimainkan. Headphones dicapai lalu dibetulkan atas kepala. Lega! Tiba tiba telefon bimbitnya bergetar. Siapa pulak yang kacau ni! Aplikasi whatsapp dibuka dan terpapar mesej daripada kawan baiknya, Juliana. Rindu!
    Jue~ : Woiii Arissa!!
    A.Dk : Hiiii! Mana menghilang? :(
    Jue~ : Hehe.. Ada je ni. Kau yang sombong!
    A.Dk : I miss you hun :(
    Jue~ : I miss you too! Aku ada good news.
    A.Dk : And which is...?
    Jue~ : Esok aku balik!!!

Nak je menjerit. Tapi nanti papa perli. But she's coming back to Malaysia kot! Rindu! Arissa menggedik seorang. Terlalu gembira dengan berita yang disampaikan oleh kawannya itu. Confirm dia dapat boyfriend masa dekat Australia tu!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IlusiWhere stories live. Discover now