"I will be yours, forever. Keep my words with you as its only for you, and for you only." Jejaka tampan itu mendekatkan bibirnya pada Arissa. Dengusan halus nafasnya dapat dirasakan dengan begitu ketara sekali dipipi Arissa. Mata dipejam rapat. Dia merasakan badannya ditolak ke dinding dengan perlahan. Bibirnya diusap perlahan. Ah sudah.. Cair aku macamni! Arissa merelakan bibirnya dimain jari jemari si kacak itu. Rezeki jangan ditolak.
"Nur Arissa Natasya binti Dato' Khalid Izmail! Dah tengahari ni awak boleh bantai tidur ya!!" Arissa terjaga dari mimpi. Ala mama ni. Spoil betul lah! Matanya diusap perlahan. Mama membuka tirai dibiliknya, sinaran mentari terus menyinar tepat ke muka Arissa. Silau! "Ala mama... bukannya kerja pun hari ni. 5 more minutes..." Arissa menarik selimutnya kembali.
Puan Izara menggeleng kepalanya perlahan. Manja sungguh anak tunggalnya ini! "Ha ye. 5 more minutes. Lepastu kejap lagi dekat bawah penuh dengan orang, marah mama sebab tak ingatkan." Puan Izara mengejek anaknya itu. Kelibat Arissa tiada lagi di atas katil. Pintu kamar mandi dibuka dan ditutup sepantas kilat. Ingat nak sambung tidur sampai ke petang. Puan Izara ketawa sambil meninggalkan bilik tidur Arissa.
Kejap lagi ramai orang. Kena pakai lawa lawa! Arissa mengomel sambil membelek almari bajunya. Sebenarnya dia malas untuk berada dirumah sepanjang majlis makan makan itu berlangsung. Tetapi disebabkan bondanya mengatakan kawan kawan yang datang akan bersama anak mereka, Arissa tiba tiba sahaja bersemangat untuk berada di rumah. Member member papa punya anak mesti handsome. Senyum. Gatal!
Baju kebaya berwarna ungu cair diacukan pada badannya di depan cermin. Hm, macam okay je. Not too fancy, not too old-fashioned. Terus disarung dan Arissa lekas bersiap. Mukanya hanya disapu sedikit bedak dan lip balm untuk bibirnya. Natural beauty is always the best! Perasan lawa. Huh. Arissa terhibur dengan dirinya sendiri.
Perlahan lahan Arissa menurun tangga rumahnya. Takut jatuh. Bikin malu! Matanya melilau cuba mengecam seorang demi seorang tetamu yang hadir. Tiba tiba suasana terdiam sepi, semua orang mengalih pandangan ke arah Arissa. Eh, kenapa? Aku lupa pakai kain ke? Arissa segera memeriksa dirinya sendiri. "Lawanya anak you Khalid! Macam princess!" Rumah kembali riuh rendah.-tu bi kontinui....-
YOU ARE READING
Ilusi
Short StoryKehadiran seseorang mampu mengubah dunia kita. Tetapi adakah seseorang itu yang kita mahukan?