Tanpa ucapan salam, lambaian terakhir,
kita terpisah.
Tanpa sepatah kata, segaris senyuman,
kita sudah jauh.
Mengapa?
Di saat semuanya indah,
perpisahan menjemput.
Hikmah?
Tertanya-tanya aku, apakah maksud di sebalik ini semua?
Dalam kehampaan,
aku redha.
Ini ujian dari-Nya.
Setiap pertemuan,
pasti ada perpisahan.
Tetapi,
cara kita menjauh,
aku tidah berkenan.
Kerana, aku tau...
Setapak aku melangkah pergi,
dirimu tidak kutemu lagi.
Mungkin ya,
mungkin tidak.
Hanya berharap ianya sementara,
kerana jauhnya jarak kita,
seakan sesak nafas di dada.