"Hish apa bau busuk ni." Kata Pn. Park sambil kakinya jalan menuruni anak tangga untuk ke dapur.
Sesampainya Pn. Park di ruang tamu. Bau itu makin kuat menusuk ke hidungnya. Pn. Park mengikut bau itu.
--
"Bertuahnya punya anak!" Jerit Pn. Park.
Jimin tersedar daripada tidurnya.
"Hish! Apa bising-bising ni omma." Kata Jimin sambil jarinya menggosok-gosok matanya.
"Boleh tanya lagi. Jimin pergi kelab lagi?" Tanya Pn. Park.
"Hah? Mana ada. Jimin kan baru balik daripada ulangkaji dekat rumah Hae Mi."
Balas Jimin."Nak tipu Omma ye. Habis bau arak ni ape? Nak kata Jimin minum jus."
"Mana ada omma. Ji---"
Kata-kata Jimin dipotong.
"Sudah! Omma tak nak dengar satu alasan daripada mulut Jimin. Omma tak berkenan Jimin kawan dengan Hae Mi tu. Dia tu bukan kawan yang baik untuk Jimin." Pn. Park berkata jujur.
"Omma? Hae Min tu kawan yang baik untuk Jimin. Omma tak berhak kata begitu pada Hae Min." Balas Jimin.
"Kawan yang baik Jimin kata? Cuba tengok keadaan Jimin sekarang ni. Busuk, tidak terurus, kaki perempuan, kaki minum lepas tu selalu balik pagi-pagi buta. Ini sebab Jimin kawan dengan kaum wanita. Jimin tak boleh ke sekali tu bergaul dengan lelaki." Ujar Pn. Park.
"Omma tahu kan yang Jimin ni benci---"
"Ye omma tahu yang Jimin benci lelaki dan omma juga tahu kalau Jimin rapat dengan mana-mana lelaki, Jimin anggap perkara itu gay. Tapi itu bukan alasannya Jimin tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki." Selit Pn. Park.
"Omma? Boleh tak omma faham perasaan Jimin." Kata Jimin mengharap.
"Perasaan omma siapa nak faham. Kalau Jimin sayangkan omma, pergilah cari kawan yang baik untuk Jimin. Omma tak suka tengok Jimin macam ni tak pandai berdikari langsung. Esok omma akan bincang dengan appa untuk daftarkan Jimin ke sekolah appa."
Jimin membulatkan matanya kerana terkejut dengan apa dikatakan oleh ommanya.
"Tapi sekolah appa, sekolah hanya untuk lelaki sahaja." Kata Jimin yang terkejut.
"Jadi? Ada masalah ke?" Tanya Pn. Park sedangkan dia tahu anaknya itu tidak mahu masuk ke sekolah itu.
"Jimin tak mahu! Jimin tak suka!" Bantah Jimin.
"Itu bukan masalah omma. Yang omma tahu, omma nak ubah Jimin jadi yang lebih baik dan lebih berguna."
"Tapi--"
"Berhenti! Omma tetap dengan keputusan omma. Esok omma akan bincang dengan appa. Omma nak Jimin pergi bersihkan diri lepastu tidur."
Pn. Park berlalu pergi meninggalkan Jimin terpana di ruang tamu itu.
Jimin memandang ommanya yang berlalu pergi.
Jimin melangkah berat meninggalkan ruang tamu itu dan menuju ke biliknya.
Jimin memulas pintu tombol itu.
Dia menghempas badannya di katil mewah itu. Dahinya diurut lembut. Pening dengan masalahnya tadi ditambahnya dengan mabuknya itu.
Selepas menenangkan fikiranya, dia bangun daripada katil untuk membersihkan badannya.
Dia mengambil tuala yang digantung pada pintu belakang biliknya.
---
Keesokan paginya.
Di Dapur.
Pn. Park membantu orang gajinya menyiapkan sarapan pagi untuk Jimin yang satu-satu anaknya di rumah itu dan suaminya yang tercinta.
"Sedapnya bau." Puji suaminya sambil meleparkan senyuman kepada isterinya itu.
Pn. Park membalas senyuman suaminya sambil mengambil kot yang berada di lengan suaminya itu untuk diletakkan ke tepi.
"Mana anak lelaki kita? Tak turun makan ke?" Tanya Encik Park yang sedang mencari anaknya.
"Apalagi yang dia buat mestilah tidur kerjanya." Jawab Pn. Park sambil tangannya menuangkan nasi goreng kimchi ke dalam pinggan suaminya.
"Tak sekolah?" Tanya Encik Park lagi.
"Sekolah. Kelasnya bermula pukul 8.30." Balas Pn. Park.
"Bik?" Panggil Pn. Park.
"Ye puan." Orang gajinya menunduk hormat.
"Tolong gerakkan Jimin suruh dia bersiap sekarang. Nanti lambat pulak." Arah Pn. Park.
"Baiklah." Balas orang gaji itu.
"Yeobo?" Panggil Pn Park.
"Ye."
"Nak cakap sikit ni."
"Cakaplah." Kata Encik Park.
"Ni tentang anak kita."
Encik Park yang sedang makan itu mula terhenti apabila isterinya menyentuh mengenai anaknya.
"Kenapa? Jimin buat masalah lagi di sekolahnya." Tanya Encik Park.
"Tak. Sebenarnya saya cadang, saya nak hantarkan anak kita tu dekat sekolah abang. Boleh tak?" Tanya Pn. Park.
"Boleh apa salahnya. Tapi anak kita tu kan...."
"Ye saya tahu. Saya nak anak kita tu pandai berdikari dan pandai bergaul dengan lelaki. Lagi pun saya tak berkenan Jimin berkawan dengan Hae Min. Hae Min tu bukan kawan yang baik untuk Jimin. Saya tak larang Jimin berkawan dengan mana-mana perempuan dekat luar sana tapi tak kan lah Jimin tidak mahu bergaul langsung dengan mana-mana lelaki. Saya risau tentang anak kita tu." Terang Pn. Park.
"Ye tak ye jugak. Abang setuju dengan kata-kata sayang. Disebabkan Jimin berkawan rapat dengan semua perempuan, Jimin sering kali membawa perempuan keluar masuk rumah ini. Tak pernah sekali pun anak kita tu bawa masuk lelaki dalam rumah ni. Lihat betapa benci Jimin dengan lelaki." Balas Encik Park.
"Jadi, setuju lah ni." Pn. Park masih mengharapkan kepastian.
"Ye. Abang setuju. Nanti abang daftarkan anak kita tu dekat sekolah abang." Kata Encik Park.
Bersambung...
YOU ARE READING
I Hate Him! I'm Not Gay!
FanfictionJimin sangat membenci semua lelaki di sekolah lamanya kecuali perempuan. Jimin membenci lelaki kerana sekiranya dia rapat dengan seseorang lelaki dia akan menganggap dirinya gay. Kerana itulah membuatkan Jimin seorang yang kaki perempuan dan dia jug...