"Ye. Abang setuju. Nanti abang daftarkan anak kita tu dekat sekolah abang." Kata Encik Park.
"Selamat pagi omma appa!" Kata Jimin sambil menuruni setiap anak tangga.
"Awalnya anak appa bangun. Ni mesti ada apa-apa ni. Selalunya kena simbah air baru nak bangun." Kata Encik Park pelik dengan keadaan anaknya itu.
"Mestilah ada." Perli Pn. Park.
"Mana ada appa. Jimin kunci jam sendiri tahu tak tanpa bantuan orang gaji kejutkan."
Jimin menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya.
"Jimin ingat Jimin buat macam tu boleh ubah keputusan omma. Tidak sama sekali. Omma tetap dengan keputusan omma daftarkan Jimin ke sekolah appa." Kata Pn. Park sambil tangannya sibuk menuangkan nasi goreng kimchi untuk anaknya itu.
Kemudian Pn Park mmberikan pinggan yang dituangnya tadi kepada Jimin.
"Appa dah dengar daripada mulut omma." Encik Park menyelit.
"Jadi?" Tanya Jimin.
"Jadi appa setuju dengan kehendak omma. Appa harap omma dengan appa hantar Jimin dekat sana boleh mengubah penampilan Jimin. Appa harap Jimin ubah perangai Jimin supaya jadi lebih baik." Jelas Encik Park.
Jimin mendengar bait-bait perkataan appanya itu.
"Jimin dah kenyang." Kata Jimin sambil dia mengambil beg sandangnya untuk pergi ke sekolah.
"Tak nak appa hantar ke?" Jerit Encik Park kepada Jimin.
"Jimin boleh naik bas." Jawabnya sambil memakai kasut.
"Tak pe lah abang nak pergi kerja ni." Kata Encik Park kepada isterinya.
"Baiklah."
Pn. Park mengambil kot suaminya untuk disarungkan pada badannya.
----
Di Dalam Bas.
"Apa aku nak buat ni. Appa dengan omma nak hantarkan aku sekolah appa."
"Walaupun aku sekolah dekat sana aku tetap dengan pendirian aku sendiri. Aku tak kan sesekali ubah walaupun sedikit."
Bisik Jimin.
Art High School.
Jimin memasuki kelasnya.
Jimin melabuhkan punggungnya disebelah Hae Min.
Hae Min memandangnya.
"Asal ni? Kau okay. Selalunya tak macam ni pun aku tengok kau." Tanya Hae Min yang mengambil berat tentangnya.
"Aku tak okay. Aku kena pindah sekolah." Jimin memandang Hae Min.
"Apa kau kata?! Pindah sekolah? Tak. Aku tak benarkan." Balas Hae Min yang tidak berpuas hati.
"Maaf. Aku terpaksa. Lagipun aku dah bantah tapi omma tetap tidak benarkan."
"Baiklah. Asalkan kita boleh berjumpa." Kata Hae Min yang berasa lega.
"Errr itu aku tak pasti."
"Kenapa?" Tanya Hae Min.
"Aku sekolah dekat tempat appa aku. Kau pun tahu sekolah appa aku tu sekolah berasrama penuh mesti aku kena tinggal dekat asrama tu." Jelas Jimin.
"Sekolah appa kau? Bukan sekolah tu khas untuk lelaki je ke."
"Ye. Memang untuk lelaki." Jawab Jimin malas.
"Aku paksa diri aku ni bangun awal sendiri tanpa dikejutkan oleh orang gaji aku. Itu pun sebab aku nak tunjuk dekat omma aku yang aku boleh berdikari tapi omma aku tetap dengan keputusannya." Sambung Jimin.
"Memang tak kan omma kau percayalah sebab omma kau tahu yang kau punya berdikari tu hanya sekejap." Balas Hae Min.
Jimin tidak tahu berkata apa.
"Habislah kau dianggap gay." Hasut Hae Min.
"Eh kau. Aku tak kan berkawan langsung dengan mana-mana lelaki. Aku akan cari jalan untuk keluar dengan kau waktu tengah malam."
"Macam ni lah Jimin yang aku kenal." Puji Hae Min.
Di Rumah.
Jimin melangkah masuk ke rumahnya dan menuju ke bilik.
Selesai sahaja mandi, Jimin terus ke dapur untuk makan tengah hari bersama ommanya.
"Omma?" Panggil Jimin.
"Ye." Sahut Pn. Park.
"Kalau Jimin sekolah sana mesti Jimin kena tinggal dekat asrama kan."
"Ye mestilah. Kenapa?" Tanya Pn. Park.
"Kalau omma nak Jimin sekolah dan tinggal dekat sana. Jimin nak bilik yang tiada teman sebilik dengan Jimin."
"Maksud Jimin? Omma tak berapa faham."
"Maksud Jimin, Jimin nak bilik yang Jimin tinggal tu hanya Jimin seorang sahaja. Jimin tak nak teman. Harap omma tunaikan. Kalau omma mahu Jimin sekolah dekat sana." Minta Jimin.
"Baiklah dah itu Jimin mahu, omma akan tunaikan." Jawab Pn. Park setuju dengan permintaan anaknya itu.
Jimin tersenyum menampakkan eyesmilenya itu.
"Lepas ni naik atas pergi siapkan semua barang-barang Jimin masukkan ke dalam beg. Esok pagi ikut appa pergi ke sekolahnya." Perintah Pn. Park.
"Baik omma."
Di Dalam Bilik.
Seperti yang disuruh oleh ommanya, dia terus memasukan pakaiannya ke dalam beg bagasinya untuk dibawa esok.
"Kenapa aku rasa, aku tak boleh terima semua ni? Argh! Aku tak sanggup pergi sana esok. Aku benci!" Jimin menghentakkan tangannya pada beg bagasinya itu.
"Macam mana aku nak lalui semua ni sedangkan aku benci berkawan dengan manusia yang dinamakan lelaki!"
Bemacam-macam aku fikirkan di fikiran ku terasa mahu pecah otak ni.
Esok Pagi.
"Mana Jimin ni? Tak bangun lagi ke. Semalam boleh pulak bangun awal." Kata Encik Park.
"Semalam Jimin bangun awal sebab nak tunjukkan dia boleh berdikari sendiri supaya kita tak hantar anak kita tu ke sekolah sana." Terang Pn Park yang sudah masak dengan perangai anaknya.
"Jadi sekarang ni Jimin buat perangai balik lah ni. Bertuah punya anak." Marah Encik Park.
"Tak pe, biar saya kejutkan Jimin."
Encik Park mengangguk kepalanya.
Bersambung...
YOU ARE READING
I Hate Him! I'm Not Gay!
FanfictionJimin sangat membenci semua lelaki di sekolah lamanya kecuali perempuan. Jimin membenci lelaki kerana sekiranya dia rapat dengan seseorang lelaki dia akan menganggap dirinya gay. Kerana itulah membuatkan Jimin seorang yang kaki perempuan dan dia jug...